𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟐𝟏

56 5 0
                                    

TOMBOL pintu dipulas lalu ditolak, dia melangkah masuk ke dalam bilik officesnya. Kaki berjalan ke arah meja.

"Penatnya..." Gumam Kai, dia melabuh punggung di atas kerusi.

Tok! Tok!

Kepala menoleh ke arah pintu.

"Masuk!"

Miya melangkah masuk ke dalam bilik offices Kai.

"Kai, nanti pukul 2 tengahari, awak ada meeting. Dengan Dato' Akmal," beritahu Miya.

"Meeting lagi?" Kai mengeluh. Dia baru je balik dari meeting, ni kena pergi lagi. Aduhai...

"Ya," jawab Miya senyum nipis. Kasihan lelaki itu, tapi nak buat macam mana.

"Hm. Nanti you ikut I pergi meeting tu. Dekat mana?"

"Eh? I kena ikut juga ke?" Miya tercengang.

"Ya. Dekat mana meeting tu?" Jawab Kai seraya bertanya.

"Kafe Catriona."

Kai mengangguk. Oh, taklah jauh mana.

"Okay. Nanti teman I okay?" Kai sengih. Miya angguk kepala.

"I keluar dulu ya," izin Miya. Kai angguk.

Miya terus berlalu keluar dari bilik offices Kai.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

AMAIRA berjalan masuk ke dalam hospital. Dia keluar sekejap tadi kerana ingin membeli air di kedai.

"Amaira!"

Mendengar namanya dipanggil, terus tubuh dipusing ke belakang.

"Airel?" Terjungkit sebelah kening Amaira.

"Hai! Rindu awak!" Ujar Airel selamba. Ternganga Amaira.

"Mengarut jelah awak ni." Amaira menjeling tajam wajah Airel.

"Garangnya dia. Macam harimau," usik Airel.

"Awak tu yang macam harimau! Menggatal je tahu!" Sindir Amaira pedas. Terus langkah kaki dibuka ingin menuju ke biliknya.

Nasiblah dia tiada pesakit yang harus diurus.

"Eh? Mai, tunggulah!" Airel berlari ke arah Amaira.

"Awak nak apa Airel?" Soal Amaira menahan geram. Dia malas nak layan Airel. Boleh stress.

"Nak awak." Airel selamba.

"Penampar nak penampar?"

"Tak nak!" Laju kepalanya digelengkan.

"Ha tahu takut."

"Nanti waktu lunch, kita lunch sama-sama tau?" Airel kelip mata. Muka comel ditayang.

Amaira tahan senyum. Entah kenapa rasa lucu.

"Yalah!" Terus sahaja dia berlalu pergi.

Airel senyum lebar.

"Yes! Yeay! Dapat keluar dengan cinta hati!" Airel bersorak girang.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

Itali.

KERETA Lamborghini Aventador berwarna hitam meluncur laju memasuki sebuah villa mewah bercat hitam.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now