𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟐𝟐

84 6 0
                                    


"SUHA, kau pergi dulu lah. Nanti aku datang, aku nak kena hantar assignment dekat Lecturer Haikal," ujar Orkid.

"Oh, okay. Hati-hati tau," pesan Nasuha. Orkid mengangguk dan terus melangkah pergi.

Sampai sahaja di depan bilik Lecturer Haikal, pintu diketuk.

Tok! Tok!

"Masuk!"

Orkid menarik nafas dalam lalu dihembus. Tombol pintu dipulas lalu kaki melangkah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum, Lecturer Haikal," sapa Orkid sopan.

"Waalaikumussalam. Ya, Orkid? Kenapa?" Tanya Lecturer Haikal.

Orkid melangkah ke arah meja Lecturer Haikal. Assignment miliknya diletakkan di atas meja.

"Oh, kamu nak hantar assignment?" Orkid mengangguk.

"Duduk dulu, bagi saya check," kata Lecturer Haikal. Orkid melabuh punggung di kerusi bertentangan dengan Lecturer Haikal.

Orkid hanya melihat Lecturer Haikal yang sedang melihat assignment nya. Kedua tangan menggenggam sesama sendiri.

"Betul semua kan apa yang saya tulis tu?" Soal Orkid. Melihat Lecturer Haikal yang terangguk-angguk kepala itu membuatkan Orkid yakin yang tiada salah di dalamnya.

Lecturer Haikal angkat kepala. Matanya terus menatap wajah Orkid.

"Salah."

Orkid tercengang. Terus merah padam muka Orkid.

'Itulah kau Kid! Confident sangat!'

"Oh... Ya ke? Haha..." Orkid ketawa janggal.

"Saya nak awak betulkan balik. Pastikan kalini tak ada salah. Faham?" Ujar Lecturer Haikal. Tegas sahaja nada suaranya.

Orkid mengangguk laju.

"Baik Lecturer. Saya izin keluar dulu ya," kata Orkid seraya mengambil assignment miliknya.

"Ya."

Orkid melangkah keluar dari bilik Lecturer Haikal.

"Aduhai... Malunya aku. Inilah padahnya kalau terlebih confident!" Orkid tampar pipi sendiri. Sakit tapi tak diendahkan. Rasa malunya menggunung.

Kesimpulannya, confident tu boleh. Tapi jangan terlebih confident pula, karang jadi macam Orkid.

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ


MIYA melentokkan kepalanya di meja kerja. Mata hanya memandang kosong ke arah laptopnya yang bercahaya. Dia takde mood nak buat kerja.

"Miya? Kenapa ni?" Tegur Kai hairan.

"Takde mood," jawab Miya.

"Period ke?" Soal Kai. Miya angguk kepala dengan malu.

Kai tahan senyum.

"Tunggu jap, saya nak ambil benda," kata Kai sebelum berlalu pergi.

Tak lama dari itu, Kai kembali semula dengan kotak bentuk bulat yang diikat reben.

"Nah." Kotak itu diletakkan di hadapan Miya. Miya terkebil.

"Apa ni?"

"Bukalah dulu," arah Kai.

Penutup kotak itu dibuka.

"Wah! Coklat!" Kata Miya teruja. Bersinar-sinar matanya ketika melihat banyak coklat yang ada di dalam kotak itu.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now