𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟗

139 14 0
                                    

SAMPAI sahaja di hospital, terus Zhafran memanggil nurse.

Zhafran mengeluh kecil. Rambut hitam pekatnya diraup ke belakang.

"Salah aku," gumam Zhafran. Kalau lah dia tak menjawab panggilan telefon tadi, pasti benda ini tak akan terjadi.

Zhafran duduk di kerusi yang disediakan. Telefon I-Phone XR miliknya diambil lalu nombor seseorang dicari.

"Assalamualaikum." Zhafran memberi salam.

"Waalaikumusalam." Kedengaran suara Kai menyahut di corong telefon.

"Kau kat mana?" Tanya Zhafran, badan disandar ke kerusi.

"Otw balik KL, asal?" Balas Kai lalu bertanya.

"Maira dengan Miya?" Zhafran menyoal lagi.

"Miya ada dengan aku. Maira dengan Airel. Kenapa?"

"Hm, Orkid masuk hospital," beritahu Zhafran.

"What? Macam mana dia boleh masuk hospital? Apa kes?"

"Haih, panjang ceritanya. Nanti aku cerita. Yang penting sekarang, aku nak korang bawa Miya dengan Maira datang hospital," ujar Zhafran. Dia mengeluh penat.

"Okay, dalam setengah jam kitaorang sampai, assalamualaikum." Zhafran menjawab salam dan menamatkan panggilan telefon.

Selepas hampir 40 minit, doktor yang merawat Orkid keluar. Zhafran segera berdiri.

"Doktor macam mana keadaan dia, doktor?" Soal Zhafran, risau.

"Alhamdulillah, keadaan dia dah stabil. Dia pengsan disebabkan panic attack. Maybe dia terlalu cemas masa tu dan tambah lagi dia ada trauma. So disebabkan tu juga panic attack dia menyerang," jawab doktor lelaki itu tenang.

"Trauma?"

"Itu, Encik boleh tanya dia sendiri. Saya minta diri dulu." Usai berkata terus sahaja doktor itu berlalu pergi.

Berkerut dahi Zhafran saat dia cuba mencerna ayat doktor sebentar tadi.

"Trauma?"

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

KRING! KRING!

"Yow bro, asal? Rindu nak berkepit dengan aku ke?"

"Weh, not this time. Sekarang ni kita gerak pergi hospital kau," arah Kai. Berkerut dahi Airel.

"Lah, asal? Adu, baru nak rest otak. Malas lah nak tenung bangunan tu," keluh Airel.

"Aku pun tak tahu kenapa tapi Zhaf suruh bawa Miya dengan Mai sekali sebab Orkid masuk hospital," ujar Kai.

"Oh, okay-okay." Terus saja Airel menamatkan panggilan telefon.

Setelah setengah jam perjalanan akhirnya Kai dan Miya telah sampai di AZ's Hospital.

"Miya." Kai kejutkan Miya. Miya masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.

"Dear, bangun. Kita dah sampai ni." Kai cuit bahu Miya, Miya menggeliat kecil. Mata terbuka kecil.

"Dah sampai?" Tanya Miya dengan keadaan mamai.

"Ya, bukan rumah tapi hospital."

Miya duduk tegak. Kepala toleh ke kanan. Berkerut dahinya.

"Buat apa kat sini?" Tanya Miya pelik. Dia sudah segar selepas beberapa jam tidur.

"Kita turun dulu, jumpa Mai dengan Rel." Miya mengangguk dan mereka berdua keluar dari kereta menuju ke arah Amaira dan Airel yang tengah bersembang di kerusi berdekatan. Laju mat Airel drive.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now