𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝟕

186 15 5
                                    

PIN! PIN! PIN!

Miya masuk ke dalam kereta. Kepala menoleh ke kanan. Bibir terus tersenyum manis.

"Sorry I lambat ke?" Tanya Miya. 

Kai geleng kepala. Matanya tidak lepas dari memandang wajah ayu Miya. Sungguh cantik.

"Kai?" Panggil Miya, jari dipetik di depan wajah lelaki itu.

"Oh, ya. Jom. Sorry you cantik sangat malam ni," puji Kai. Jujur. Miya tersenyum malu. Merah pipinya.

Kai memulakan perjalanan untuk ke destinasi yang ingin dituju. Setelah beberapa minit berdiam diri Miya berasa bosan.

"Kai, boleh I buka radio? I bosan."

"Boleh. Bukalah," balas Kai. Mata tetap memandang ke jalan raya.

𝙎𝙚𝙘𝙧𝙚𝙩 𝙞 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙝𝙚𝙡𝙙 𝙞𝙣 𝙢𝙮 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩~

𝘼𝙧𝙚 𝙝𝙖𝙧𝙙𝙚𝙧 𝙩𝙤 𝙝𝙞𝙙𝙚 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙞 𝙩𝙝𝙤𝙪𝙜𝙝𝙩~

𝙈𝙖𝙮𝙗𝙚 I 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙣𝙖 𝙗𝙚 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨~

𝙄 𝙬𝙖𝙣𝙣𝙖 𝙗𝙚 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨~

𝙄 𝙬𝙖𝙣𝙣𝙖 𝙗𝙚 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨~

𝙒𝙖𝙣𝙣𝙖 𝙗𝙚 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨~

𝙒𝙖𝙣𝙣𝙖 𝙗𝙚 𝙮𝙤𝙪𝙧𝙨~

Miya terdiam. Entah kenapa rasa sesuatu pula di dalam hati.

"Dear, let it be true that you want to be mine?" Kai senyum manis.

"Eh, tak lah ni lagu je. Tak bermaksud apa-apa pun," bidas Miya tenang.

"Sometimes kita confess kat someone tu dari lagu." Tenang suara Kai berkata.

"I rasa ni kita ni memang ada jodoh lah," sambungnya.

"Apa yang you mengarut ni?"

"Ya lah, first time kita jumpa dekat lift then dekat taman? Or hospital? Dua ii kut. And lastly I jadi boss you tanpa kita tau pun," ujar Kai panjang lebar. Miya hanya mendiamkan diri.

Tak lama kemudian, mereka tiba di destinasi. Ternganga juga mulut Miya melihat sebuah restaurant mewah depan mata. Cantik.

"Jom," ajak Kai. Miya mengikuti langkah Kai dari belakang.

"Tengku Kai Uqasha?" Soal seorang waiter. Kai mengangguk kepala.

"Ikut saya." Kai dan Miya dibawa ke tingkat dua.

"Thank you," ucap Kai.

"Wah!!! Cantiknya deco!!" Ujar Miya teruja. Kai tersenyum lalu menarik kerusi untuk gadis muda itu. Miya duduk di kerusi.

Di atas meja bulat itu tersusun beberapa lilin di dalam kotak. Sungguh cantik.

"Thank you," ucap Miya. Menghargai usaha lelaki itu.

"Most welcome dear," balas Kai bersama senyuman menawan.

"Why you buat semua ni untuk I?" Tanya Miya. Agak hairan kenapa lelaki itu buat semua benda ini untuk dirinya. Padahal dia dengan lelaki itu tidak ada hubungan special pun. Hanya sebatas bos dan pekerja.

"Just for fun because I think you someone special since we first met."

Miya tertawa kecil. Entah kenapa rasa bahagia. Boleh kering gusinya kalau asyik senyum sahaja.

"Jom, makan."

ⓀⒶⒾⓂⒾⓎⒶ

SELESAI dinner, Kai membawa Miya ke pantai. Katanya nak healing waktu malam menikmati keindahan pantai di malam hari.

MRS. KAI UQASHA OBSESSION [SU] Where stories live. Discover now