Episod 10

3 0 0
                                    

“Sorry sebab aku tak dapat nak jumpa kau malam ni. Sakit kepala.”

Usai menghantar mesej, Faiq langsung saja melabuhkan punggung kecilnya di atas recliner rona hitam itu. Sudah dua tiga kali, alasan mrnipu itu dia guna untuk mengelak daripada bertemu Zika.

Gugus kunci segenggam itu dicampak perlahan atas meja kaca. Diseluknya poket kiri seluar, dikeluarkan balik cebis kertas yang Amin bagi awal tadi.

“Hai Ila. Ni abang Faiq. Thanks sudi jadi talent kami hari ini. Senang kerja dengan Ila. Gambar Ila nanti, abang akan select dan emel ya. Bagi abang sehari dua.”

Mesej dihantar. Sambil menunggu Zika membalas mesejnya awal tadi, Faiq juga puas mengharap yang Ashila; model studionya itu memberi respons. Setidaknya dia tahu, nombor itu bukan nombor tipu-tipu.

“Hai abang Faiq. Thanks sebab banyak ajar Ila tadi. Sokayy. Take ur time, abang. Ila tunggu. Thanks again sebab sudi layan kami baik-baik tadi.”

Faiq senyum. Mesejnya dibalas. Buah tamggung yang dia beri, disambut baik, dilambung cantik oleh Ashila; model muslimah muda yang disakatnya siang tadi.

Jam di perut henpon sudah menginjak jam 11:30 malam. Tidak ada respons lagi dari Zika. Mungkin benar, makwenya itu sangat sibuk malam ini. Melayan klien orang kaya ini sangatlah cerewet. Oleh kerana mereka berduit, kita yang menyantuni mereka ini dibuatnya semacam anjing; dipaksa menjilat dan mengabdi diri.

Mesej Ashila itu, dibiarnya tak berbalas. Faiq masih berbelah bagi. Walaupun dia tahu, mungkin dengan hadirnya Ila, peluang untuk dia lari dari Zika akan jadik lebih mudah.

Faiq masih menanti jawab balas dari Zika. Sesekali, matanya tetap menjeling henpon. Masih menunggu jawab balas dari Zika. Jika Zika marah, dan memaksanya tetap berjumpa awal pagi nanti, terpaksa jugalah dia gagahkan badan untuk berjumpa.

“Its okay sayang. Zika tahu Faiq penat. Rest la. Esok pagi jom breakfast sama. I am craving some roti canai.”

Lega hati Faiq. Bolehlah dia tidur lena malam ini. Lelapnya yang dari tadi tersenggut-senggut, kini ketemu jawapan akhir.

Lampu ruang tamu dimatikan. Tanpa mandi, Faiq terus saja masuk ke bilik tidur. Ekon yang sejak dari pulang tadi sudah dihidupkan, mula menjilat setiap inci tubuh bogel beliau. Perlahan, dia memanjat naik ke atas katil, dan menyingkap comforter rimau bintang. Dilorongkan masuk tubuhnya, dan ditarik semula conforter itu membalut tubuh bogelnya.

Talipon pintarnya itu dilabuhkan di meja sisi, dan dijolok punggungnya dengan kabel pengecas. Sempat dia mengunci jam ke angka tujuh, agar tak terlambat untuk menjemput Zika di rumahnya jam lapan pagi nanti. Sudah pasti, roti canai Wak Bari itulah yang Zika maksudkan.

Sebelum lena, dicapainya sekali henpon, dan dibalasnya pendek mesej dari Ashila tadi.

“Most welcome cantik. Free time nanti, bolehlah kita jumpa lagi. Goodnight.”

Mesejnya ditutup dengan dua emoji bunga ros. Dihantar tepat ke Ashila, menginjak jam 12 malam.

“Anytime, abang hensem. Mimpikan Ila tau malamni. Hehe.”

Malam itu, Faiq tidur dengan senyuman yang paling lebar. Di otaknya, sudah berlegar macam-macam mimpi dan fantasi.

Faiq lupa agaknya, esok pagi, dia kena berjumpa dengan realiti. Zika. Kalaulah Zika tahu pakwenya itu mesej menggatal dengan model cantik; Ashila, mamposlah dia. Silap-silap, dengan Uda, dengan si Amin sekali diheretnya sama.

TERASINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang