“Hari ini aku tak dapat nak hantar kau pergi. Sebab ada assignment pukul 6 kat Shah Alam. Tak tahu sempat tak nak hadap jem ni.”
“Sokay la Faiq. Vespa merah tu kan ada. Zika ride jela. Bukannya jauh pun. Faiq chill sikit. Jangan stress sangat kerja, sayang.”
“Take care sayang. Love you.”
Faiq cuba berpura-pura meluahkan rasa cinta yang dah habis kepada Zika. Sungguh, dia tak sanggup untuk bertegas di hadapan Zika. Walaupun dia tahu, Zika pernah tipu dia. Dan kes setahun sudah itu, akan terus segar di ingatan dia sampai bila-bila.
“Faiq! I love you too, sayang. Kerja hati-hati. Jangan ngorat makwe hijabi pulak!”
Zika terus sahaja merapatkan pagar rumahnya. Dia langsung tak tunggu sampai pakwenya gerak beransur pergi. Sedikit lambaian pun dia tak hulur. Jujurnya, memang Zika seorang yang keras.
“Khamis nanti Zika off. Kita lepak sushi, sayang. Nanti Zika tunjuk sekali chalet yang kita nak pergi holiday tu sekali.”
Mesej itu dihantar terus kepada Faiq. Entah baca atau tidak, Zika tak peduli. Tapi dia yakin, pakwenya akan baca dan balas mesejnya itu. Cuma, soal masa sahaja penentunya.
“Ok insyaAllah. Nanti Faiq bagitahu masa bila free. See you soon.”
Zika benar-benar faham akan perangai Faiq. Dia tak pernah serius dalam hal-hal yang serius. Dia sentiasa teragak-agak untuk setiap keputusan yang dia harus buat.
Faiq, lelaki yang cepat sayangkan orang. Seorang lelaki yang betul-betul menjaga hubungan yang dia ada. Sebab itulah Zika tahu, keputusan minta putus itu pun, Faiq tak yakin sebenarnya.
*****
“Awal pulak kau sampai studio, Faiq?”
“Aku dari luar tadi. Terus shoot ke Shah Alam.”
“Balik dating, ke? Zika macam mana? Dia sihat tak? Kau duduklah dulu. Aku nak setup backdrop kejap. Kalau nak drinks, ambik je kat chiller.”
Faiq mengangguk. Dihempaskan punggungnya atas bean bag, dan terus sahaja meneguk air isotonik yang tak berapa sejuk dari chiller.
“Amin! Aku ambik satu tin. Model-model dah sampai, ke?”
“Belum lagi, bro. Hari ini kita ada tiga talent. Product shoot untuk krim pencerah wajah. So nanti, kau setting lighting kasi kuat sikit la. Biar muka model terang-benderang, buat efek cerah dan putih.”
“Aku tahu, lah. Hal-hal menipu ni, kau serah jela kat aku. Lagipun, semua produk pun guna kaedah yang sama. Model muka cokelat, tapi kemain terang dia simbah lighting kat muka.”
“Assalamualaikum!”
Perbualan dua sahabat itu tersentak dengan suara yang lembut dari pintu utama. Ada suara lembut meliuk yang memberi salam, dan meminta izin untuk masuk.
“Ashila?”
Gadis itu mengangguk dengan soalan yang Amin ajukan. Dengan bauan badan yang merengak, menaikkan nafsu syahwat mana-mana laki yang menghidunya.
“Maria dan Farah on the way naik. Tadi diorang pusing-pusing cari parking.”
Amin hanya mengangguk faham. Faiq yang baru sahaja baring kejap, terus duduk kaku atas bangku palet di tepi meja komputer. Terpukau dengan kecantikan Ashila yang kini tersaksi di hadapannya.
“Dah berapa lama you buat modelling?” Soalan Faiq cuba untuk memecahkan sunyi.
“Ila baru lagi. Saja ikut-ikut Maria dan Farah photoshoot. Rezeki kot, bang.”
“Ada mix Paki ke?”
“Aah! Kat sebelah atuk. Pakistan dan Cina. Bapa saya cina mualaf. Emak saya Pakistan. So, lahirlah saya; Pakina.”
Seloroh Ashila itu betul-betul menyeksakan Faiq. Suka atau tak, dia sengaja berpura-pura terhibur dengan lawak yang dia dengar tadi.
“Jom! Abang test shoot Ila dulu. Sementara tunggu dua orang lagi sampai. Ila berdiri dekat simbol X kat lantai tu.”
Ashila hanya mengikut. Dia tak tahu, yang sesi ini hanyalah sesi usikan Faiq untuknya. Dan sesi sebenar adalah jam 6 petang nanti, 40 minit dari sekarang.
“Ye. Saya faham Dato'. No worries. Minta wakil datang cepat sikit, lah. Sebab saya ada job jam 8 malam. Risau clash masa nanti.”
“So, how? Lambat lagi ke orang tua kaya tu nak sampai?”
“Dia tak datang. Ada surprise party kat yayasan dia. So nanti, wakil dia je akan datang. Tak apa. Kita shoot je terus. Barang semua ada dalam ofis aku.”
Ashila senyum. Sesekali, dia menjeling-jeling juga ke arah Faiq yang meninggalkannya sendiri di tengah ruangan latar studio itu.
“Dah dulu, Ashila. Sesi kita belum start pun lagi. Kau duduk jela dulu. Kang penat pulak!”
Jeritan Amin dari dalam ofis itu betul-betul buat Ashila terkejut.
“Habis tadi?”
“Abang saja ja nak shoot Ila. Sebab Ila lawa sangat. Nanti abang buatkanlah comcard untuk kamu.”
“Abang jahat!”
![](https://img.wattpad.com/cover/115431005-288-k545649.jpg)