Episod 7

96 0 0
                                    

“Faiq, boleh tak kita just guna aku-kau, instead of I-You?”

“Sure. Why not. Lagi selesa, kan?”

“Lagipun, aku tak biasa sembang dengan orang sangat. Kat kelab tu, cuma ada orang tua gatal, dengan lelaki gila mabuk.”

“Introvert? Tak sangka pulak. Sebab tadi masa menyembang, kau nampak okay je. Tak kekok pun.”

“Itu yang aku pun pelik. Aku tak rasa awkward langsung bila sembang dengan kau. Macam dah lama kenal. Mungkin sebab kita dua-dua asal kampong agaknya. Masih ingat asal-usul.” Balas Zika sambil meneguk milo ais langsung terus dari bibir gelas.

Faiq menyuapkan potongan ayam goreng rempah garing itu ke mulut. Di sebelah, dia melihat Zika sedang bergelut dengan sotong raja goreng tepung.

“Pakai tangan jela beb. Senang sikit. Nah, meh tangan kau.”

Faiq membasuhkan tangan Zika yang dari tadi menekan-nekan sotong menggunakan sudu besi. Dibasuhnya juga tangannya, untuk temani Zika makan guna tangan.

“Faiq! Kau suka perempuan macam mana?”

“Aku suka jenis simple. Kulit putih, dan tak melebihi tinggi aku, lah. Paling penting, aku suka perempuan yang ada attitude. Macam kau, lah.”

“Entah apa benda entah yang kau nampak kat aku ni. Mana ada lelaki yang syok kat bartender. Dalam movie pun, makwe buat air ni, biasanya jadi penyedap cerita je.”

“Aku suka stail kau. Kau tak hipokrit. Cakap kau kasar, tak kepit-kepit macam makwe lain. Cakap beriya kepit, sekali sendawa, mengaum macam gajah.”

“Jenis flat-chest macam aku ni pun ada orang suka. Kau ni, dah gila agaknya. Aku tak boleh suka kat kau bro, sebab aku peng.”

“Kau ada 'makwe' ke sekarang ni? Kalau tak, kiranya kau perempuan harsh yang single. Kalau aku boleh ngorat kau, mungkin aku boleh ubah persepsi kau pasal lelaki.”

“Aku tak couple sekarang ni. Serabut. Bercinta dengan perempuan sangatlah memeningkan kepala. Kau nak ubah aku, Faiq? I dare you not.”

Faiq diam. Dia lihat, pinggan Zika dah habis licin. Hanya tinggal dua hiris timun, dan lidi cucuk sotong raja tadi.

“Zika! Sejak bila kau start smoke?”

“Form 3, literally. Tapi sebenarnya, aku tak habis sekolah pun. Tingkatan tiga enam bulan, kemudian aku boring. Aku merambu sana-sini. Aku ikut jantan mana hala entah. Lepak gelak-gelak dengan diorang. Sejak itulah aku start smoke.

But, juat smoke. No drugs, no fuck.”

“Aku bukan Tuhan nak hukum kau. Kalau aku benci dengan stail kau, dari awal lagi aku tak datang approach. Family kau mana?”

“Macam family kau jugak. Mati. Cumanya, family aku mati dalam keadaan hina, lah. Bapak aku mati dalam rumah pengasih. Hospital cakap dia kena sawan babi. Emak dan adik-beradik aku semuanya mati in one way.

Emak depressed lepas bapak aku mati. Masa tu umur aku 17. Setiap hari, taik dadah datang kacau dia. Mintak hutang abah yang belum settle. Diorang ambik Kina, adik aku. Aku tak tahu Kina sekarang kat mana.  Entah jadi masaj girl jadi hooker, atau jadi papan seks taik dadah. Aku tak tahu!”

“Kau dah settle makan? Jom aku bawak kau ke satu tempat.”

Keduanya bangun, dan Faiq menghulur jaketnya kepada Zika. Dingin pagi yang mencengkam tulang, memang akan menggigit tubuh Zika yang hanya berbaju singlet hitam itu sahaja.

Faiq hulurkan tangan, dan tanpa ragu, Zika menyambut tangan yang dihulur. Menuju parkir kereta yang tak jauh mana, dua susuk remaja itu berpimpin tangan, dan menari-nari mengelak jalan berlubang.

*****

“Cantik, kan? Dati atas bangunan ni, kau boleh nampak seluruh KL. Kau boleh lepak chill atas ni, tanpa ada orang kacau pun. Cumanya, kereta kena sorok sikit, lah.”

“Aku harap Kina masih hidup. Aku harap dia okay. Dan apa pun ujian Tuhan bagi kat dia, dia kuat untuk terus hadap.”

“Kau marahkan bapak?”

“Aku tak bencikan dia pun. Aku benci kat taik dadah yang ajak dia main barang. Pak Ngah aku sendiri. Orang kaya main barang, bolehlah hidup. Stok banyak. Bapak aku cuma kerja security, nak isi perut enam bijik, nak beli dadah lagi. Mana mampu. Nasib Tuhan bantu, polis cekup dia, dan campak dalam pusat.”

“Emak dan adik kau yang lain?”

“Aku dan Kina je yang besar. Tiga lagi masih kecik. Lapan, lima, dan dua tahun setengah. Kina pulak baru 15, dan aku 17. Emak gaul nasi dengan racun tikus, dia suap gilir-gilir adik aku. Lepas diorang terbaring berbuih, emak kelar lengan dia sendiri.”

Faiq memeluk erat tubuh Zika dari sisi. Diusapnya kepala gadis itu, dan dibiarkan rebah atas bahu.

“Aku ada, aku akan jaga kau.”

“Aku dah jumpa banyak lelaki dah, bro. Semuanya janji benda yang sama. Tapi at the end of the day, they just wanna fuck.”

“Terima aku jadi kawan kau jela. Free time macam ni, kita lepak. Aku kerja sendiri, banyak free time. Anytime, text je aku. Kita chill sama-sama.”

Zika senyum. Airmatanya dilap kuat-kuat. Celak matanya habis comot.

“Kau tak malu lepak dengan peng macam aku? Rambut kaler keladi, dan smoke sigaret?”

“Aku suka kau apa adanya. Aku percaya, Tuhan temukan kita ada sebabnya. Dan mungkin, kau adalah asbab untuk aku bahagia.”

TERASINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang