Suasana dalam kereta sangat senyap. Tidak ada patah kata yang terbunyi dari mulut dua manusia itu. Faiq, sebolehnya cuba untuk menoleh ke arah Zika. Dan Zika, tekun melayan lagu entah apa-apa yang ada di Joox, di dalam henponnya. Wayar putih selirat itu, disumbat sekadar ada sahaja ke telinga kecilnya. Sesekali, earfon itu tercampak keluar tiap kali Faiq melanggar bonggol yang tinggi.
“Awak turunlah dulu. Saya nak cari parking kejap. Tunggu saya depan pintu je.”
Zika tak mengendah apa yang Faiq katakan. Kepalanya masih lagi mengangguk-angguk kuat mengikut irama runut dari henponnya.
“Awak dengar tak ni?”
Ditepuknya peha makwenya itu dua kali, dan barulah gadis kecil molek iti tersentap, dan lekas-lekas mencabut earfon yang terletak elok dalam lenggok telinganya.
“Turun dulu. Saya cari parking jap.”
“Tak apa. Zika nak ikut. Nanti biar kita jalan kaki jauh sama-sama.”
Reaksi Zika, langsung susah untuk Faiq baca. Entah marah atau tidak, dia pun tak dapat nak pastikan. Masa dia datang menjemput tadi, Zika mencampak senyum yang paling manis untuk dirinya.
Faiq sedikit teruja. Pertama kali dia melihat makwenya itu memakai tudung. Dan padanan baju kurung dan sneakers Converse kelabu lusuh itu, betul-betul buat Faiq keliru dengan perasaannya sekarang. Gaya pemakaian inilah yang sentiasa ada dalam fantasi Faiq, namun di hari dia ingin memutus cinta, barulah dia dapat melihatnya.
“Walau apa yang jadi, godalah aku macam mana sekalipun, aku tetap dengan keputusan aku. Mintak putus.”
Monolog itu, dibiarkan sahaja terus bergema dalam ruang kerongkongnya.
“Kita lepak luar, boleh tak? Senanglah kalau nak smoke nanti.”
“Ikut kau la, Zika.”
Zika bangun terus usai meletakkan rokok dan lighter di atas meja. Faiq, hanya biar duduk bersandar sahaja di atas kerusi besi. Dibiarkan sahaja makwenya itu yang membeli makanan.
“Nah! Burger ayam tanpa sayur. Fries dan choc sundae. Aku tahu kau masih suka dip fries dalam sundae, kan? Jom makan!”
“Zika. Kau okay ke tak ni? Ku tahu kan, aku ajak lepak ni sebab apa?”
Zika mencapai cawan kertas berisi air gas soda putih. Disedutnya dua kali panjang-panjang. Dia capai kotak rokok, dan diketuk-ketuk di atas telapak tangan. Dia keluarkan satu, dan dicampak terus masuk mulutnya.
“Aku tak kisah pun kau nak smoke, kau nak rambut perang sekalipun, jujur aku tak kisah. Sebab aku cintakan kau, sebab kau faham aku. Kau tahu apa aku suka makan, dan kau tahu macam mana nak tolong settle banyak masalah aku.”
Zika hanya diam. Rokoknya itu ditarik sedut dalam-dalam. Dia langsung tak kekok bilamana ada sekumpulan remaja Cina yang menjeling tingkah lakunya. Gadis Muslim bertudung dan berbaju hari raya; sedang hisap rokok di laman luar Mekdi.
“Faiq dah mula bosan? Macam tu? Ke, kau dah jumpa cinta lain masa lepak kat Bali hari tu?”
Faiq resah. Matanya mencari sesuatu. Dia cuba-cuba meninjau, kalau-kalau Uda dah sampai. Uda sampai, bolehlah dia tukar topik nanti.
“Jawablah bro. Takkan nak terus keras, ja?”
“Aku penat. Aku tak tahu nak teruskan relay kita macam mana. Aku rasa, lepas benda yang jadi tahun lepas, kita dah tak seintim dulu.”
“Nak intim macam mana? Nak romen dulu, baru boleh buktikan yang aku memang sayangkan kau? Nak kena belai-belai rambut kau tiap kali keluar dating, gosok-gosok peha kau sepanjang kau bawa kereta. Macam tu ke?”
Faiq menggeleng. Dia capai rokok yang masih tersisa di bibir makwenya itu, dicampak ke lantai terus.
“Stop la jadi bitchy. Just be yourself. Control sikit gen lelaki yang ada dalam badan kau. Aku ni pakwe kau, biar aku ja yang smoke. Kau tak payah!”
“Memangnya, smoke ni hanya untuk orang lelaki, ja? Dan mekap itu ini semua, hanya untuk orang perempuan? Selama ini, kau pandang aku sebagai apa, Faiq?”
“Aku sayangkan kau, Zika. Cumanya, aku tak suka sangat lifestyle kau sekarang ni. Ye! Aku cemburu. Aku tak suka kau peluk lelaki lain.”
“Bro! Zam tu member aku. Dia tu, langsung tak stim dengan aku. Kau relaks, la. Aku sayang kau, bro. Aku akan jaga relay kita. Aku takkan buat benda yang buat kau sakit hati. Chill.”
“Kita putus.”
Zika bangun, dan terus saja masuk ke dalam. Ditekan-tekannya punat sos cili itu dua kali, dan ditadahnya sos cili, bawa keluar.
“Kau kena relaks. Zika tahu, bulan ni memang tough sikit untuk Faiq. Banyak wedding job nak kena settle. Dengan task Ku Puteh semua jadah tu, memang akan serabut. Zika tak nak putus.
Be a man la, Faiq. Jangan lari dari masalah. Aku dah start smoke sejak umur 15. Susah nak stop. Kadang-kadang, ketagihan tu datang sendiri. Bukan aku buat-buat. Kau bagilah aku masa. Aku cuba stop. But, not drastically.”
“Terpulang Zika, lah. Kau buat jela apa yang kau suka. Aku dah tak peduli.”
“Kita take a break. Seminggu ini, kita tak payah contact. U need a rest. Next Monday, Zika ambik cuti, kita pergi holiday. Kita enjoy sunset.”
“Maybe. Tengoklah macam mana nanti. Aku susun jadual dulu.”
“Kau chill jela. Kita bukannya budak-budak lagi, asyik nak lari daripada masalah, ja. Face the problems, and be a gentleman.”

ANDA SEDANG MEMBACA
TERASING
RomanceKisah cinta beberapa jiwa yang kompleks dan sukar terluah-ungkap.