“Dah habis job?”
“Baru settle. Nak having some coffee dengan Amin kat mamak bawah studio ni. Senyap je. Zika tak pergi kerja ke? Sakit dulu datang balik, ke?”
“Eh, taklah Faiq. Zika kat mini market kejap. Boss suruh beli balloons dan apa benda entah lagi. Sebab ada klien VVIP nak lepak kelab kejap lagi.”
Telefon bimbitnya itu, didaratkan di atas bahu. Dan Faiq, mengepit henpon itu menggunakan telinganya. Ditelengkan kepalanya menyenget, agar henpon itu tak jatuh terhempas ke tanah.
Panggilan yang tiba-tiba dari Zika buatkan hatinya risau. Kalau jadi apa-apa, jauh jugak untuk dia berkejar ke Damansara; sedangkan dia masih ada di Shah Alam waktu ini. Risaunya dia, risau penyakit lama Zika datang menyerang balik, lepas setahun rasa selesa bebas dari belenggunya.
Faiq lekas-lekas menyimpan barang kameranya dalam but kereta. Kamera kesayangannya itu, dia keluarkan; dan terus disangkut di lehernya. Dia lekas-lekas mendapatkan Amin yang sedang sedap menghirup teh tarik.
“Min. Bibir tu. Sampai berbuih dah kenapa? Sedap sangat ke?”
Amin cepat-cepat mengelap misainya itu dengan tisu yang diambil di kaunter.
“So Faiq, Ila tu not bad jugak kan? Ada darah-darah Pakistan tu. Anak kau mesti mancung semuanya.”
“Apa benda la kau ni. Takkan aku nak ngorat budak tu pulak. Aku dah ada makwe la bro!”
“Aku tahu kau minat kat budak tu. Cara kau layan dia pun, aku tahu kau syok kat dia.” Amin menyorongkan cebis kertas meluncur atas meja terus merapat ke tangan Faiq.
“Nombor Ila? Dah kenapa?” Faiq berpura-pura bingung.
“Kau ajaklah dia keluar. Dia menyewa dengan kakak dia kat Bandar Sentosa. 15 minit ja dari apartmen kau. Ajak dia lepak kat rumah kau, chill sikit. Main chess ke.”
“Kau ni dah gila agaknya. Ashila tu client kita. Professional ethics kau mana, do? Lagipun, aku dah ada Zika. Kitorang nak kahwin, dah.”
Amin diam lama. Dia menghirup-hirup bihun sup mamak yang baru sampai. Entah mana resepi yang mamak kedai cedok, tapi rasanya betul-betul sama dengan bihun sup bawah pokok kat Arau sana.
“Zika, bakal bini kau. Ashila, teman istimewa kau. Kau tak kecoh, takkan ada siapa yang akan tahu.”
“Engkau ni aku rasa, tukar jela nama. Nama Amin tu berat sangat untuk kau!”
“Nak tukar nama apa? Wei! Lepak ah sat.”
“Tukar nama jadi Iblis. Lagi sesuai.”
Faiq betul-betul marah. Milo ais tabur yang dah lama tiba atas meja pun, dibiarkan tak disedut-sedut.
“Anney! Milo ais ni, boleh refund ke? Tak jadi minum, la.”
Boss kedai mamak yang berkemeja kotak-kotak lengan panjang itu, dengan selamba menunjuk isyarat buto kepada Amin tanda protes; marah dengan gurauannya.
“Payment aku nanti, kalau dah transfer, lemme know. Aku nak pakai duit.”
Mesej itu diabaikan sahaja oleh Amin, sebagai tanda ego seorang lelaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
TERASING
Roman d'amourKisah cinta beberapa jiwa yang kompleks dan sukar terluah-ungkap.