Dah pukul 4 petang. Waktu yang sepatutnya Zika kena balik siap-siap, untuk masuk kerja pukul 5:30 petang nanti. Dengan sedikit duit wedding artis tahun lepas, Faiq buat bayaran muka untuk Vespa, biar malwenya nampak cool pergi dan balik kerja. Dia tak kisah, kerana bagi dia, Zika adalah semuanya.
Zika itu keluarganya kini. Lepas emak dan adiknya kemalangan dua tahun lepas, Faiq lost. Bapaknya memang dah meninggal lama; sejak dia Darjah 5 lagi. Hidup merana sebatang kara ini, bukanlah asing buat Faiq.
*****
2013
Faiq bertemu Zika pun bukanlah secara sengaja. Zika adalah seorang bartender kat satu kelab malam di tengah KotaDam.
Malam itu, suka atau tak, Faiq terpaksa memijak lantai kelab malam bingit itu. Kliennya, yang juga anak orang ada-ada, sebolehnya ajak close deal dalam kelab malam, tempat Zika bekerja. Faiq yang bekerja seorang diri, tak ada pilihan lain; melainkan hanya akur dan mengusung kontrak dan sampel album masuk ke ruangan VIP kelab malam tersebut.
Di tepi sudut, dia lihat seorang makwe kulit putih kemerahan sedang tekun melambung-lambung botol perisa. Di lehernya, terlekat choker kaler hitam berbuah loket huruf Z, menjerut lehernya. Rambutnya yang tiga tona itu, menarik perhatian Faiq. Walaupun bekas kekasihnya dulu adalah seorang ustazah Kafa, namun entah kenapa, dia tertarik benar dengan gadis berambut purple-blonde itu.
Selesai sembang dan sain kontrak, klien-nya terus sahaja bangun dan meninggalkan Faiq terpinga-pinga sendiri. Dipimpin tunangnya itu, menari bergesel di tengah lantai tarian.
Faiq yang dari tadi memerhatikan mkawe bartender itu, kini cuba beranikan diri untuk mendekati Zika, makwe yang terlalu sibuk malam minggu itu. Pesanan air halal dan kencing setan tak putus-putus masuk. Nak sebut syukur alhamdulillah pun tak boleh, sebab jualannya lebih kepada minuman keras dan koktel soda.
“Saya suka makwe yang bekerja dalam bidang art macam awak ni. Nak baling-baling botol pun, kena ada skill. Dan, I'm impressed.”
“Sorry?” Zika yang asyik dari tadi menyiapkan tiga pesanan Bloody Mary, terkejut dengan teguran Faiq.
“I like your style. Your hair, with nice Z choker on your neck. Cuma baju je bukan latex.”
“Kalau I pakai latex, orang akan confused between I dan Cat Woman.” Zika mengenyitkan matanya. Dia langsung tak berasa ofensif dengan fantasi yang cuba Faiq mainkan.
“Habis kerja pukul berapa? Jom lepak!” Faiq cuba untuk jadi gentleman. Mungkin sebab dia boring balik rumah dan terus tidur.
“Drinks?” Pelawa Zika.
“It’s okay. Suasana kelab tak sesuai dengan jiwa saya. Dan drinks, semuanya terlalu keras untuk kampong boy macam saya.”
Zika hanya berbalas ketawa. Dia mencuit pinggang May, untuk menggantikan tugas dia kejap.
“Jom lepak luar. Dalam ni terlalu bising. Kat dalam sini, banyak sangat orang hipokrit. Datang pura-pura mabuk, beli arak mahal-mahal tapi tak berani minum, bergesel-gesel menari dengan slut; and finally, got punch on his face.”
Zika menarik tangan Faiq yang sedang mengepit bag woven berisi album kahwin tadi.
“You minum?” Soal Faiq.
“Just once. Masa I interview.”
“Habis tu, macam mana you tahu sedap atau tak air yang you buat semua?”
“May ada. Amoi tu yang jadi drink tester I. I tak boleh in dalam liquor semua ini. Badan I sakit. I'm only smoke, and as a bartender; I didn’t dare to drink. Shame on me.”
“Itu maknanya, Tuhan masih sayang kat you lagi, kot.”
“By the way, I Zika.” Gadis putih genit itu menghulur tangan, berjabat dengan Faiq. Di tangan kirinya, masih erat tersepit rokok yang tinggal separuh.
“Faiq. I am wedding photographer. First time masuk kelab, sebab nak close deal job dengan client.”
“You don't need to explain your life, Faiq. I'm not your Queen. I am not your Boss. Tuhan tahu niat kita. Kita masuk sini, sebab kita nak cari duit halal. But yeah, in a little wrong way.”
“After work jom lepak nasi lemak kukus? Sebab I rasa lapar giler. Dan boring jugak kalau hari-hari makan sorang.”
“Sure. Pukul 1 nanti pick up I la. Takkanlah you nak tunggu I habis kerja, kan? Ada satu jam setengah lagi. Tempat ni bingit pulak tu. You baliklah dulu. Got a nice shower first.”
“Boleh ja. I balik kejap drop my stuff. Then nanti I datang ambik you.”
“I balik dengan May. Kalau you lambat, I balik terus tau. Sebab susah nak dapat teksi with a nice driver.”
“Sure! You masuklah sambung kerja. Banyak sangat dah you smoke.”
“I inhale this smoke, cuz I nak exhale the stress out. Orait babe. See you at 1.”
“So, it's an official date?”
“No, lah Faiq. Keluar makan jela. I pun dah lapar nak mati dah ni.”

ANDA SEDANG MEMBACA
TERASING
RomanceKisah cinta beberapa jiwa yang kompleks dan sukar terluah-ungkap.