Episod 3

113 0 0
                                    

“Malam ni jom lepak? Pukul 9 kat Beserah. Lama dah tak pekena tandori.”

“Boleh saja bro. Lepas aku habis tutor, aku terus ke sana. Aku tunggu kat dalam.”

Ajakan Faiq itu disambut mesra oleh Uda, lelaki yang dia kenal sejak umur mereka tiga tahun. Uda merupakan seorang spoil brat sewaktu sekolah rendah dulu. Syukurlah bapaknya jenis sedar-cepat, dan lekas-lekas hantar Uda ke sekolah kemahiran. Sejak umur 9 tahun, Uda dah mula membaiki motorsikal.

Dalam usianya yang baru sahaja menginjak angka 20, dia sudah pun ada bengkel motor sendiri; seratus peratus bebas hutang. Dan di usia 29 tahun kini, dia sudah pun menjadi seorang pensyarah kolej swasta, tempat yang mengutipnya ketika dia menjadi sampah dulu-dulu.

Kat dinding, dah menunjuk jam 8 malam. Pemanduan ke Beserah Bistro makan masa lebih kurang 20 minit kalau tak ada pokok tumbang melintang tengah jalan. Lekas-lekas dia mencapai tuala yang dia campak petang tadi, dililitnya sekeliling pinggang, walaupun ironinya, dia boleh saja berlari bogel masuk ke bilik air; kerana apartmen mewah Mount Kiara itu, hanya ada dia seorang sahaja.

*****

“Apahal tiba-tiba ajak lepak, ni? Betul-betul rindu air tangan Maniam ke?”

Uda cuba mengusik. Maniam adalah penebar roti canai di Beserah Bistro; yang juga merupakan salah seorang daripada dua lelaki India pondan yang dia kenal. Seorang lagi, Siva; kawan sekolahnya dulu, yang kini sudah pun mengerat kemaluannya, dan telah pun menambah pejal di bahagian dada.

“Bodoh jugak kau ni. Memanglah taste aku pelik, makwe pengkid bagai, tapi takkanlah dengan India bapok pun aku selera? Aku saja ajak lepak. Boring.”

“Aku kenal kau 26 tahun dah, Fake. Lagi lama daripada usia balai bomba seberang jalan tu, hah. Janganlah tipu aku.”

Faiq diam. Dia menyedut sedas dua teh ais madu yang dipesan. Dia macam tak berapa kenan dengan gelaran yang Uda sebut tadi.

“Fake tu nama masa sekolah. Sekarang, panggil je nama biasa, Faiq. Bukan susah pun.”

“Orait! Sorry sorry. So, apa masalah kau? Ceritalah. Sambil aku koyak-koyak tosai ni, kau mulakanlah cerita.”

“Aku nak mintak putus dengan Zika, lah. Aku dah boring dengan dia. Aku ingat aku boleh in dengan makwe peng macam dia. Tapi aku silap. Aku rimas. Kasar dia, macam dibuat-buat.”

Uda terkedu. Dia letakkan semula kepingan tosai yang usai dia siat-siat.

“Kau anggap jela kau tak pernah sebut pasal hal tadi kat aku, ya. Aku kalau boleh, memang tak nak campur dengan hal korang.”

“Tolonglah aku Uda. Esok pukul 2 dia ajak lepak Mekdi. Kau pura-pura lalu kat situ, then join kitorang lepak.”

“Zika tu, lagi kasar daripada bapak aku. Cukuplah dua das tumbukan yang dia bagi kat aku tahun lepas. Sampai sekarang, mata kiri aku susah nak buka pagi-pagi.”

“Itu tahun lepas. Itu memang kau punya salah. Yang kau cakap dia small tits chick dah kenapa?”

“Aku manalah tahu dia sensitif macam tu sekali. Aku ingat dia boleh dibuat gurau. Tak tahu pulak lepas kapel dengan kau pun, dia still lagi pakai bengkung dada tu.”

“Dia pakai, dan still pakai lagi. Sebab itu dah memang habit dia. Tapi, aku putus bukanlah sebab dia ada small tis or whatsoever, cumanya aku rasa, aku memang takkan berjaya nak selamatkan relay kitorang.”

“Aku cubalah. Kalau kelas aku habis awal, aku singgahlah. Mekdi KotaDam ke?”

“Aah, bro. Tak payah text ke apa. Kau drop by je terus. Aku nak mintak putus, then aku terus hantar dia balik rumah. Simple as that.”

“Kalaulah semudah itu.”

Kata-kata terakhir Uda itu, sengaja Faiq diamkan tak berbalas. Dia tahu, 14 jam dari sekarang, akan mengubah total kehidupan dia di masa depan.

TERASINGWhere stories live. Discover now