Episod 2

145 0 0
                                    

Dia terus sahaja mencampakkan badannya ke atas katil yang separa keras-lembut itu. Perlahan, dia menarik wayar yang bergulung ikal, yang terpasak di suis tepi dinding bilik tidur. Ditariknya lurus, dilurutkan berkali-kali, biar wayarnya itu tidak bergulung kembali. Ditusuknya kepala wayar itu memasuki lubang lebar punggung henponnya, lantas diketik suis di dinding. Berkelip-keliplah lampu di atas henponnya itu, tanda sedang menyedut tenaga.

Faiq mencapai tuala. Dilucutkan seluar jeans kepala kain yang dia beli dari Bali itu, dan dibiarkan hanya sekeping boxer lusuh sahaja yang masih tersisa membalut badan. Dirabanya di laman perutnya itu. Faiq senyum. Enam petak kecil itu diulitnya perlahan. Diambil sedikit minyak bayi, dilumurkan di seluruh permukaan badan. Biseps juga turut dia lumurkan dengan minyak bayi, agar terlihat kilat.

Tuala mandinya itu dicampak langsung ke atas kerusi. Hajatnya untuk mandi, dia batalkan. Tubuhnya yang berminyak itu, dibiarkan kering dahulu.

“Zika sayangkan Faiq. Zika tahu, Zika tak layak dapat lelaki setampan Faiq. Tapi Zika janji, Zika akan jaga relay kita sekuat yang mampu.”

Mesej yang Zika hantar, dibeleknya semula. Itulah mesej terakhir yang Zika hantarkan kepadanya sebelum dia terbang ke Bali. Banyak juga mesej pengharapan yang Zika hantar sepanjang Faiq di Bali, dan selalunya berupa mesej amaran untuk tidak nakal dan menjaga relay mereka daripada godaan wanita lain.

Faiq membatu. Liburannya ke Bali adalah cubaannya untuk menjauh. Selepas hubungan serius selama hampir tiga tahun, dia mula rasa rimas. Dia sudah tak tertahan menyerap rasa pura-pura yang dia topengkan bila bersama Zika.

Selepas dua bulan pulang dari Bali, barulah Faiq berhenti daripada terus mendiam diri, mesej Zika kembali, dan cuba untuk memutuskan perhubungan yang mereka ikat.

Zika nalurinya kasar, dan memujuk bukanlah salah satu sifatnya yang dia ada. Namun untuk berlaku curang dan mengkhianati hubungan yang serius, Zika bukanlah orangnya.

“Zika nak Faiq jadi Zika punya last love. Kalau anything bad happens to our relay, Zika tak teragak-agak untuk jump from this building.”

Faiq yang ketika itu sedang tekun mengunyah lokcing di atas bangunan lot kedai tinggal tiga tingkat Dong Nam, hanya mengangguk bodoh. Dia tahu, Zika adalah perempuan jenis walk the talk. Zika tak akan sembang bull shit, dan apa yang dia cakap, dia akan kota.

TERASINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang