Episod 11

5 0 0
                                    

“Possible tak kalau aku cakap, aku nak cari Kina?”

Faiq terkedu. Roti canai kuah banjir yang dah terbaring di dalam kolam camca, diundurkan semula daripada menjengah masuk mulut. Matanya sesrkali melilau melihat sekitar. Sudu diletak kemas di atas pinggan, diseretnya pula punggung cangkir teh tarik mendekat. Dihirup teh yang masih panas itu sedikit demi sedikit.

“Nak cari kat mana? Dah hampir sembilan tahun dah. Macam-macam benda boleh jadik.”

“Aku yakin, aku masih kenal Kina. Walau apa yang jadi kat dia, aku yakin aku boleh tahu dia adalah adik kandung aku.”

Faiq menggumam lama. Disusunnya baik-baik setiap bait kata yang ingin dilontar.

“Gambar dia pun kita tak ada. Aku yang dah empat tahun dengan kau ini pun, tak tahu muka Kina macam mana.”

Zika meneruskan lahapnya. Roti canai dua keping di dalam pinggan hampir tidak tersisa.

“Itu cuma rancangan aku jela. Selebihnya, biar tuhan yang buat kerja. Mana tahu, satu hari nanti aku terserempak dengan adik.

Dua tiga hari ini, aku mimpikan Kina. Dia menangis. Dia minta tolong. Cumanya, dia datang dalam susuk tubuh dia masa umur 15 tahun. Sembilan tahun dah, muka dan badan kompem dah berubah.”

“Tak apa. Aku ada free time nanti, aku cuba tanyakan kawan aku. Dia polis kat KL sana. Mana tahu dia boleh semak kat data orang hilang ke apa.

Apa nama adik?”

“Nur Sakinah binti Mad Rosli. Lahir tahun 91.”

“Nanti aku cuba tanyakan. Janganlah risau. Kalau Kina masih hidup, aku yakin dia mesti sedang baik-baik saja.”

Faiq cuba memujuk. Perlahan, wajah makwenya itu kembali menguntum senyum.

“Terima kasih Faiq. Sebab itulah aku sayang sangat kat kau. Kau layan aku baik sangat. Aku tak tahu entah boleh hidup ke tak kalau kau takde.”

Faiq mula serba salah. Plan awalnya untuk minta putus semakin menuju gagal. Satu demi satu peluru dihujah oleh Zika. Walaupun simpati masih ada, namun sayangnya dia pada Zika sudah lama tidak ada.

Semuanya kerana hal yang jadi setahun yang lalu.

“Faiq. Kau takde nak tanya aku apa-apa ke? Tu roti canai tu, sekeping pun tak boleh habis. Kau dah sarapan dulu ye sebelum ambik aku?”

“Eh tak tak. Sabarlah. Kejap lagi aku sambung makan. Nak minta Wak tambahkan kuah dulu ni. Kurang.”

Faiq mencipta alasan. Vape yang digantung di lehernya itu, disedut sepam dua.

“Aku nak tanya kau satu soalan. Kau nak jawab macam mana, itu terpulang kau la. Cuma aku tetap nak tanya.”

“Tanya apa?”

“Apa sebenarnya yang jadi setahun yang dulu?”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TERASINGWhere stories live. Discover now