BAB 2

2 0 0
                                    

Erin lantas beredar pergi. Dia akan mencari masa yang tepat lagi nanti untuk memancing kekesalan wanita itu.

Sementara di balik dinding dua Pretty mendengar perbualan mereka dari tadi. Kalau sebelum ini dua Pretty itu kelihatan setiap masa bertengkar, tapi kini kedua-duanya mula saling berbicara secara baik-baik setelah sama-sama terkejut dengan kenyataan yang baru saja mereka dengar tadi.

"Nella, kita bukan anak kandung mommy sama daddy?" Tanya Nella dengan suara berbisik.

"Aku rasa begitulah."

"Bererti kita ni cuma anak pungut. Kita ni adik-beradik kandung pun bukan."

"Kalau memang betul apa aunty Erin cakap, mulai sekarang aku mahu cari tahu siapa orang tua aku. Beserta sebab kenapa diorang buang aku, masuk dalam ni keluarga."

"Aku pun sama. Kita sama-sama cari tahu."

Walaupun benak dipukul ketidak-tenteraman, namun Lucy tetap menampakkan raut wajah yang ceria selama pesta itu. Dia tidak mahu kalau sampai masalahnya memberi kesan kepada suasana. Dia mengangkat gelas berisi wine anggur lantas diteguknya, sedikit demi sedikit.

Hari berlalu, dan Lucy masih tetap merasa hatinya tidak tenang. Betapa selama ini dia dan Thomas menutup rapat-rapat kenyataan mereka bukanlah orang tua kandung dua Pretty itu, kerana ingin dianggap ibu dan ayah kandung sesungguhnya.

Lucy berfikir panjang mencari idea dan akhirnya dia memperoleh satu idea berupa sandiwara yang akan dia mainkan bersama suaminya nanti, hanya demi meyakinkan dua Pretty bahawa mereka sungguh-sungguh ibu dan ayah kandung dua gadis itu. Dia mendapatkan Thomas yang sepertinya sedang sibuk menyelesaikan tugas pejabat di bilik pejabat peribadi mereka, tidak jauh dari bilik tidur mereka.

Dia masuk ke situ dan mendapati suasana gelap seperti tiada seorang pun berada di situ.

"Thomas... Kau ada di sini?"

Dia mencapai suis lampu lantas ditekan, dan saat lampu menyala kelihatan lelaki itu tertidur di meja pejabatnya dengan posisi punggung yang masih duduk di kerusi.

"Thomas, bangun. Kenapa tidur di sini? Pigi tidur di bilik." Dia menggoyang-goyang bahu lelaki itu untuk dibangunkan.

Dan apa yang tidak sengaja dia lihat sangat mengejutkannya. Ada kesan lipstik merah terang di leher lelaki itu. Dia terlopong. Kesan lipstik itu jelas-jelas memperlihatkan bentuk bibir.

"Thomas! Bangun!" Makin agresif dia menggoyang-goyangkan Thomas dan akhirnya lelaki itu membukakan mata lebar-lebar.

"Alamak. Aku tertidur di sini pula." Thomas seperti orang yang baru mendapatkan kembali akal warasnya.

Masih dikuasai rasa kesal, Lucy menyentuh kesan lipstik itu di leher Thomas dan warna merah lipstik di jari telunjuknya lantas ditunjukkan di depan mata lelaki itu, "Ini apa, Thomas?"

"Macam mana boleh melekat lipstik di leher kau? Ini lipstik siapa?"

Thomas menyentuh lehernya dan melihat kesan merah itu di tangannya. Dia terkejut, kerana sememangnya dia sendiri tidak tahu apa yang sudah terjadi.

"Apa ni? Aku tidak tahu macam mana boleh melekat lipstik di leher aku."

Lucy makin kebingungan. Sementara Thomas cuba mengingat kembali apa yang sudah terjadi sebelum dia tertidur. Dia akhirnya ingat, Sheila rakannya di tempat kerja tadi datang sebentar ke rumah hanya untuk menghantar satu fail berisi dokumen penting. Gadis itu turut membawakan kopi hangat kepadanya yang dibeli di kedai. Dia langsung meminum kopi itu tanpa mencurigai apa-apa. Sebaik saja habis diminum, dia tiba-tiba dilanda rasa mengantuk yang hebat.

"Thomas, jawab. Macam mana boleh ada lipstik melekat di leher kau?" Lucy makin kesal dan makin meninggikan suara.

Thomas cuba mencari apa-apa alasan untuk meredakan kekesalan Lucy hingga akhirnya dia berkata, "Sebenarnya ini bukan apa-apa."

"Bukan apa-apa kau bilang?"

Thomas meneruskan penjelasannya, "Tadi waktu di kedai, aku tidak sengaja berlanggar sama satu perempuan. Dia tidak sengaja tercium leher aku. Pasal itulah lipstik dia melekat di leher aku."

Walaupun harus mengada-adakan cerita demikian, dia sama sekali tidak berniat membohongi Lucy. Dia hanya tidak mahu wanita itu sakit hati, lagipun pada kenyataannya dia sendiri memang tidak pernah menjalin hubungan dengan mana-mana perempuan di belakang Lucy. Dia tak seperti lelaki lain. Dalam masa yang sama, hatinya membara-bara dengan api kekesalan terhadap Sheila.

'Kurang ajar punya perempuan. Kalau bukan pasal husband kau kawan aku, lama sudah aku kasih berhenti kau kerja di tempat aku.' Bentak di hatinya.

Sheila sememangnya sudah lama menyukai dirinya walaupun tahu dia sudah berumah tangga. Zaman sekarang, suami orang jauh lebih menggoda dari lelaki bujang.

Lucy membatu. Kelihatannya dia mula percaya akan kata-kata suaminya. Dia tahu, lelaki itu tidak akan mencuranginya.

"Oh... Aku fikir tadi apa. Okeylah, aku keluar." Katanya dengan bibir menyungging senyum kecil dan akhirnya beredar keluar dari situ.

Thomas menarik nafas lega.

Dua orang perempuan bertemu di sebuah cafe, Sheila dan Erin.

Erin tertawa geli hati, "Good job, Sheila. Kalau boleh kau bikin tu perempuan makin makan hati."

Perempuan yang dimaksud tidak lain tidak bukan, Lucy. Rasa benci, kesal dan iri bercampur menjadi satu setiap kali dia melihat atau sekadar mengingat wajah wanita itu. Peristiwa lama membuat hatinya begitu membenci Lucy hingga ke tulang sumsum.

Sheila ikut tertawa, "Tidak payah kau suruh pun aku memang sudah lama aim si Thomas, Erin. Kau sendiri tahu kan, sebelum dia kahwin sama tu biras kau tu pun aku memang sudah suka sama dia."

"Bagus. Teruskan. Terus bikin rumah tangga diorang makin rosak."

Seberapa hebat pun usaha yang dilakukan mereka untuk meruntuhkan istana kebahagiaan Thomas dan Lucy, tetaplah tidak berhasil. Cinta yang tertanam di hati pasangan suami isteri itu begitu sejati dan teguh, seteguh gunung Santubong dan gunung Sejinjang yang tetap berdiri dengan megahnya di Bumi Kenyalang.

Tahun terus berganti, dan kini Pretty Nella dan Pretty Nelly menduduki usia 23 tahun. Sudah masanya untuk berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan. Kedua-duanya tidak lagi saling bertengkar seperti dahulu, walaupun terkadang ada perkara kecil yang menyebabkan mereka berperang mulut, namun itu hanyalah berlangsung seketika.

Thomas mendengar khabar tentang banyak gedung dan kedai dalam daerah B musnah akibat terjadinya satu kebakaran besar serta pengeboman yang dilakukan oleh beberapa orang yang disyaki sebagai pengganas. Kini daerah itu kekurangan kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan asas hingga mempersulitkan sekalian warganya. Dia membahas tentang perkara itu bersama seisi keluarga ketika sedang menikmati makan malam.

"Daddy terfikir mahu buat satu supermarket di sana. Kamu mahukah tolong daddy?" Soalnya kepada dua Pretty itu.

Nella dan Nelly serentak menjawab, "Boleh."

SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANGWhere stories live. Discover now