Pretty Nella senyum seorang diri dalam bilik, satu ekspresi yang sebelum ini tak pernah ditunjukkannya sama ada ketika bersendirian atau sebaliknya. Dia kini benar-benar telah merasakan bagaimana hangatnya bahang cinta.
Bermacam-macam khayalan mula bermain dalam kepala sejak rasa itu mula menyelubungi hatinya. Semua perkara seakan-akan terasa indah. Hanya... Rasa rindu kerana tak bertemu dengan Maxwel, hanya satu itu yang mengganggu semua keindahan itu. Ingin rasanya 24 jam terus bergandingan dengan lelaki yang belum lama dikenalnya itu.
"Tahulah bah pertama kali fall in love tu. Tapi tidaklah bah juga sampai begitu." Tegur Pretty Nelly yang baru saja memasuki bilik. Biliknya dan bilik Nelly hanya bersebelahan, di rumah mewah yang dibeli oleh Thomas untuk mereka, di daerah B itu.
Nelly menggeleng-geleng kepala dihadapkan dengan sikap saudaranya yang sejak kebelakangan ini berubah.
Dia yang tidak tahu dengan siapa Nella telah jatuh cinta langsung menyoal, "Siapa bah dia tu? Aku pun mahu tahu juga, hensemkah tidak. Tengok bah gambar dia."
Nelly mencapai telefon Nella di atas tilam tapi lantas direbut oleh Nella.
"Mahu tahu saja kau sana!"
"Ala... Kasih tengoklah bah gambar dia."
"Nanti kau nampak juga tu. Sabar kau."
Nella langsung berbaring ke katil dan meminta Nelly untuk segera meninggalkan biliknya. Dia ingin tidur lebih awal, kerana esok pagi dia sudah berjanji dengan Maxwel akan bertemu di sebuah restoran dalam daerah B yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini kerana segala hidangannya yang sedap. Setiap hari berbondong-bondong orang datang berkunjung ke situ.
Bunga jenis beracun yang ditaruh dalam karangan bunga pasu di bilik Lucy telah menampakkan kesannya. Aromanya yang mampu membuat sesiapa saja yang menghidunya akan bertingkah laku aneh. Namun kini aroma bunga itu telah berkurang seiring menjadi semakin layu.
Lucy duduk atas katil sambil memeluk kedua-dua kaki. Ekspresinya seperti sedang ketakutan, seolah-olah sepanjang masa dia terus diperhatikan oleh lebih dari sepuluh pasang mata gergasi dari segala arah dalam bilik itu, bahkan dalam rumah itu. Sudah lebih dari seminggu dirinya bertingkah pelik seperti itu, dan sudah dua hari sesuap makanan dan seteguk air pun belum masuk ke mulut. Rambutnya berserabut. Berkali-kali disikat elok oleh Lisa tapi tetap kembali diserabutkan.
Lisa masuk membawakan makanan dan minuman atas talam. Sebaik saja melihat kehadiran pembantu rumah, Lucy kelihatan makin ketakutan.
"Keluar... Keluar... Jangan dekat aku." Pekiknya, membuat Lisa tersentak dan menghenti langkah kaki.
"Sis, makanlah." Lisa memberanikan diri merayunya untuk makan. Bukan hanya kerana wanita itu majikannya, tapi lebih dari itu, sebagai sesama manusia dia simpati akan keadaan wanita itu sekarang. Dia tidak tahu apa penyebab Lucy menjadi seperti itu.
"Keluar aku bilang." Lucy makin meninggikan suara, memaksa Lisa untuk segera pergi.
Sebaik saja hampir melangkah keluar dari pintu, Thomas muncul di depannya.
"Macam mana dia sekarang?" Soal Thomas. Dia baru saja kembali dari luar negara kemarin setelah menyelesaikan semua urusannya di sana.
"Macam begitu saja, tiada perubahan." Jawab Lisa dengan singkat dan langsung meneruskan langkah.
Thomas maju mendekati isterinya. Perlahan-lahan dia menyentuh bahu wanita itu. Anehnya, Lucy sama sekali tidak menunjukkan sedikitpun reaksi ketakutan ketika berhadapan dengan suaminya sendiri.
"Lucy, kau kenapa sebenarnya ni? Apa yang buat kau jadi begini?" Thomas benar-benar simpati dengan keadaan isterinya, walaupun dia sendiri belum menemukan apa punca wanita itu menjadi seperti itu. Dia sempat berfikir bahawa seseorang telah menyantau Lucy.
Thomas pergi ke dapur untuk mengambil makanan serta minuman yang sempat dibawa Lisa tadi dan kembali lagi ke situ.
Dia cuba meminta Lucy untuk makan, "Makan, sayang... Nanti kau sakit. Dua hari sudah kau tidak makan apa-apa. Please..."
Dengan perlahan Lucy menganggukkan kepala, membuat Thomas menyungging senyum senang. Lelaki itu langsung menyuap sesudu demi sesudu makanan ke mulutnya, dan dia mengunyah selayaknya orang sedang makan. Perlahan-lahan mata Thomas menjadi merah, tapi dia berusaha menahan air matanya.
'God... Apa sebenarnya yang buat dia jadi begini? Tolong sembuhkan dia. Aku tidak sanggup tengok dia terus-terusan begini.'
Lisa yang sedang mengelap pintu icebox dapur melihat Thomas melangkah menuju ke satu ruangan. Dia bingkas mendapatkan lelaki itu.
"Boss, dua Pretty sudah tahu keadaan mama diorang sekarang?"
"Tidak. Lebih baik diorang tidak perlu tahu dulu."
"Tapi kalau diorang balik sini, terus nampak sendiri, macam mana?"
"Pandailah aku halang diorang balik sini. Maybe aku mahu bawa si Lucy pigi tempat jauh. Nanti aku tinggal cakap saja sama diorang yang mommy diorang pigi oversea sebab ada urusan."
Lisa mengangguk faham dan tidak bertanya apa-apa lagi.
Erin tersenyum lebar setelah mendapat khabar bahawa Lucy mengalami gangguan jiwa. Bunga itu benar-benar telah memperlihatkan kesannya. Dia mendatangi rumah si penjual bunga, seorang lelaki berkulit kuning langsat, berbadan tinggi dan bermata agak sepet.
"Ini..." Dia memberikan sejumlah wang kepada si lelaki sebagai bayaran tambahan atas keberkesanan bunga beracun itu.
"Thank you, Erin."
"Aku mahu tahu, tu bunga cuma mampu bikin orang jadi gila sajakah? Lebih dari itu?"
Lelaki itu tertawa sebelum akhirnya menjawab pertanyaannya, "Ya, Erin. Tapi banyak kes orang yang hidu wangian tu bunga terus mengalami skizofrenia, lepas tu mati bunuh diri."
"Mati bunuh diri?" Erin makin melebarkan senyumannya. Satu perjalanan yang dahulu telah dilalui oleh adik lelakinya sebelum meninggal kerana bunuh diri. Dia ingin perkara itu terjadi ke atas diri Lucy. Api dendam masih terus membara, tak mampu dipadam oleh siraman air apapun.
Seperti yang dirasakan Nella, Nelly juga merasai bagaimana indahnya jatuh cinta kepada lawan jenis yang berwajah tampan dan menonjolkan sifat-sifat kemaskulinan yang ketara pada diri. Pagi itu dia melakukan pertemuan dengan lelaki itu dalam sebuah cafe. Dan lelaki itu bernama... Maxwel.
"Aku mahu spaghetti carbonara. Minum... Latte coffee." Nelly menyatakan ordernya sebelum akhirnya pelayan perempuan itu melangkah pergi.
"Kau serius belum ada girlfriend, Maxwel?" Nelly bertanya dengan harapan akan mendapat jawapan yang menggembirakan.
Maxwell membatu seketika. Wajah Pretty Nella muncul dalam kepalanya, 'Oh God... Susah aku mahu buat pilihan. Pretty Nelly... Pretty Nella... Dua-dua pun cantik. Mana satu aku perlu pilih?'
"Max... Maxwel..." Nelly cuba menyedarkan lelaki itu yang kelihatan sedang mengelamun.
"Ya, Nelly?" Maxwel menyudahkan lamunan.
"Sorry... Apa kau tanya tadi tu?"
Tanpa mereka sedari, Nella sedang memperhatikan mereka dari satu sudut. Wajahnya penuh kemarahan seakan-akan ingin segera menyerang Nelly.
YOU ARE READING
SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANG
General FictionLegenda Rakyat Sarawak 'Puteri Santubong & Puteri Sejinjang' menginspirasikan sebuah cerita tentang dua gadis jelita bernama Pretty Nella dan Pretty Nelly yang seringkali berselisih. Nella dan Nelly merupakan anak angkat kepada sepasang suami isteri...