Maxwel mendatangi kedai Nella, namun setelah hampir memasuki pintu pagar, seorang pengawal keselamatan yang menjaga di situ menghalanginya, "Sorry, kau tidak boleh masuk sini."
"Apa?" Maxwel terpinga-pinga dilarang masuk. Sebelum ini dia bebas keluar masuk sesuka hati, tapi kali ini tidak diperboleh lagi.
"Sebab apa?"
"Ini perintah dari owner ni kedai."
"Tidak mungkin." Maxwel menggeleng-geleng kepala. Tidak mungkin Nella melarangnya. Dia tahu selama ini betapa gadis itu mencintainya dan tidak pernah bertegas apatah lagi berkasar sedikitpun walaupun hanya sebatas kata-kata sinis.
"Aku mahu masuk juga. Jangan halang aku. Tidak lama lagi aku sama dia mahu kahwin." Walaupun berkali-kali dihalang, tak menyurutkan hasratnya untuk masuk.
Dia menolak si pengawal hingga orang itu terundur selangkah ke belakang dan langsung bergegas masuk.
Dia mendapatkan seorang pekerja perempuan yang kebetulan akan masuk ke pintu utama, "Boss kau ada?"
"Dia sibuk. Jumpa dia nanti sajalah." Jawab perempuan itu dengan ekspresi serius dan langsung melangkah masuk.
Pengawal tadi datang dan sekali lagi cuba menghalaunya, tapi terhenti saat Nella muncul di pintu.
Tatapan tajam dan sinis gadis itu terus terarah kepadanya. Sejak peristiwa dirinya kedapatan menduakan Nella, gadis itu tidak pernah lagi bersikap manis kepadanya. Bahkan nombor telefon pun sudah disekat. Perkara sama juga terjadi pada diri Pretty Nelly yang juga kini sedang kecewa besar kerana merasa diduakan. Tiada wanita yang mahu diduakan.
"Sorry, sis Nella. Aku sudah cuba halang dia masuk, tapi dia tolak aku tadi." Jelas pengawal seraya menunjukkan reaksi tidak puas hati kepada Maxwel.
Pandangan Nella beralih kepada pengawal, "Bang, kasih biarlah dia. Aku mahu bercakap sama dia. Habis saja aku cakap, abang boleh halau dia."
Pengawal mengangguk dan langsung beredar.
"Ini last aku kasih kesempatan kau bercakap. Cakap cepat apa kau mahu cakap. Aku sibuk."
"Please... Bagi aku kesempatan, sayang. Aku betul-betul sudah menyesal."
Nella terkekeh, "Menyesal? Lawak. Kalau kau tidak kedapatan, sampai bila-bila pun kau tidak menyesal, kan?"
"Nella... Tolong kasih maaf aku."
"Sekarang kau baliklah! Berambus dari sini. Jangan cuba-cuba jumpa aku selagi kau belum buat keputusan tepat kau pilih aku atau si Nelly." Dengan tegas Nella berkata sebelum akhirnya memanggil pengawal tadi kembali ke situ untuk menghalau lelaki itu dari situ.
Maxwel terpaksa melangkah meninggalkan tempat itu.
Maxwel memandu kereta pulang ke apartmentnya dalam keadaan lemas tak bermaya. Dia memikirkan kata-kata Nella tadi yang menyuruhnya membuat keputusan tepat, siapakah yang akan dipilihnya dari antara dua Pretty itu. Sebelum dia mendatangi kedai Nella tadi, dia sememangnya sudah memutuskan untuk memilih gadis itu, bukan Nelly.
Dia merasa perlu untuk menyelesaikan permasalahan itu dengan segera. Dia meminjam telefon salah seorang temannya untuk menghubungi nombor Nelly disebabkan nombornya telah disekat gadis itu.
Nelly kini sudah berada di rumah Thomas. Dia tidak menceritakan kepada ayahnya apa yang sudah terjadi kepada dirinya dan juga Nella. Dia tidak mahu membebankan fikiran lelaki yang sebenarnya hanyalah sekadar ayah angkat.
Ketika sedang memasukkan semua pakaian dari bagasi ke dalam almari bilik, telefon yang diletak di tilam berbunyi. Dari nombor yang tidak dikenali, 'Siapa call ni?'
Dia memiliki kebiasaan untuk menolak panggilan dari setiap nombor yang tidak dikenali, tapi entah mengapa hatinya mendorongnya untuk segera mengangkat panggilan itu. Dia langsung menyeret skrin dan panggilan pun tersambung.
"Hello, siapa ni?"
Kedengaran suara si pemanggil dengan jelas bergema di speaker telefon, "Nelly, aku Maxwel."
Nafas yang awalnya perlahan kini laju. Rasa kesal yang dipadu rasa kecewa dan cemburu kembali menguasai kalbu.
"Aku sudah block kau, masih berani-berani lagi kau call aku guna number yang entah number siapa ni? Berapa inci juga tebal muka kau ni?" Dia membentak sehabis daya.
Hampir saja dia melepaskan telefon dari telinga dan ingin mengakhiri panggilan itu, tapi dia terdengar lelaki itu berkata, "Aku cuma mahu bagi tahu, aku pilih si Nella. Sorry sebab buat kau kecewa, Nelly."
Dan lelaki itu langsung memutuskan panggilan. Kedua-dua matanya merah, hampir menangis. Dia cuba menahan, tapi air matanya memaksa untuk dicurahkan.
"Kau jahat, Maxwel. Tiada perasaan." Dia berteriak sekuatnya walaupun dia sedar lelaki itu tidak akan mendengarkannya.
Dari membayangkan wajah lelaki itu, kini wajah Nella tiba-tiba muncul di kepalanya tanpa diundang. Matanya lurus terarah ke pemandangan luar jendela bilik yang terbuka dan seluruh wajahnya penuh api kemarahan.
Tapi ketika kemarahannya sedang meluap-luap, waktu itu juga dia teringat akan kata-kata ayahnya dulu yang sedang berbicara di meja makan saat mereka sedang makan malam, "Ingat dua Pretty. Pretty Nella, Pretty Nelly... Jangan lagi kamu gaduh-gaduh macam dulu. Kalau sampai kamu ulang balik, tidak mustahil ada perkara buruk terjadi sama kamu dua."
Mendiang Lucy pernah berkata kepadanya bahawa setiap perkataan yang keluar dari mulut ayah mereka selalunya akan menjadi nyata, bagaikan sumpahan.
Hari demi hari, permusuhan dua beradik itu terus berlarutan tanpa ada sedikitpun tanda-tanda akan berdamai, disebabkan masing-masing memperebutkan seorang lelaki. Pekerjaan dan setiap aktiviti penting yang menjadi rutin harian mereka abaikan. Semua itu membuat kecewa hati sang ayah.
Thomas duduk di bilik pejabat peribadinya di rumah. Selesai menghabiskan kerjanya, dia membuka Instagram, dan melihat dua beradik itu saling menyindir. Dia menggeleng-geleng kepala dan mulutnya bergumam perlahan di tengah-tengah hati yang lara, "Apa yang aku risau betul-betul terjadi sekarang. Diorang tidak lagi rukun macam sebelum ni. Aku takut apa yang pernah aku mimpi dulu... Jadi nyata."
"Aku sudah kehilangan si Lucy, sekarang aku tidak mahu lagi kehilangan diorang."
"Tapi... Apa yang terjadi selepas ni, aku terima... Kalau memang itu yang terbaik."
Dalam masa yang sama di luar sana, dua Pretty berdiri di puncak sebuah bangunan dan masing-masing menunjukkan kekesalan.
"Bagus kau mati, Nella." Nelly yang telah hilang akal waras bertindak menolak Nella jatuh dari bangunan. Untungnya Nella sempat berpaut pada besi yang ada di situ.
"Nelly, tolong angkat aku naik atas balik. Macam mana pun aku tetap saudara kau. Cukuplah kita gaduh." Nella memohon.
Nelly terdiam dan tak mampu menahan mata untuk menangis. Kata-kata Nella begitu cepat menyentuh hatinya.
Dia mula meraih tangan Nella dan berusaha menariknya kembali ke atas. Namun, nasib yang baik tidak selalu menyebelahi. Kerana tidak mampu menyeimbangkan tubuh, Nelly jatuh ke bawah dan sekaligus diikuti juga oleh Nella.
Dua tahun kemudian... Thomas datang melawat kubur dua Pretty yang berada di kiri dan kanan kubur Lucy. Bibirnya menyungging senyum kecil, namun hatinya sendu. Air mata menerobos dari kelopak mata, sedikit demi sedikit.
Dia bermonolog perlahan, hampir tak kedengaran, "Lucy, Nella, Nelly. Tunggu aku di sana. Sampai bila-bila pun kamu tidak pernah terganti di hati aku. Aku sayang kamu. Teguh... Seteguh gunung Santubong gunung Sejinjang di bumi Kenyalang, tempat asal-usul kita."
YOU ARE READING
SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANG
General FictionLegenda Rakyat Sarawak 'Puteri Santubong & Puteri Sejinjang' menginspirasikan sebuah cerita tentang dua gadis jelita bernama Pretty Nella dan Pretty Nelly yang seringkali berselisih. Nella dan Nelly merupakan anak angkat kepada sepasang suami isteri...