PROLOG

0 0 0
                                    

Aneka mitos dan legenda yang berhubung sejarah masa lampau mengajar banyak perkara dan memberi pedoman, seperti kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Terselit keajaiban, tragik dan ada pula seram, namun mampukah semua itu kembali terulang di masa kini?

Thomas David dan Lucy Andrew sudah lama berkahwin, tapi masih belum kunjung menerima kehadiran seorang cahaya mata. Mereka sangat menginginkannya selayaknya pasangan suami isteri yang lain.

Perjumpaan keluarga diadakan di kediaman mewah David Anak Buma. Hidangan lazat sudah terhidangkan, dan masing-masing dari mereka menikmati semua itu dengan ekspresi seperti sedang menikmati makan malam di rumah sendiri. Perbualan dan canda tawa memenuhi seluruh ruang tamu. Thomas merupakan anak bongsu David Buma, sekaligus anak kelima dari lima bersaudara. Hanya si anak sulung iaitu Linda satu-satunya perempuan dalam lima beradik itu.

"Thomas, kenapa kau tidak join makan?" Tanya David kepada Thomas melihat lelaki itu tetap tidak bergerak dari sofa, sebaliknya sibuk berbalas mesej dengan rakan kerjanya.

"Pak, nanti aku pigi." Jawab Thomas dengan senyuman.

Sementara di pinggir meja yang terhidang berbagai makanan lazat, masing-masing sibuk mengambil makanan yang disukai, tak terkecuali Lucy.

"Makin kurus kau, sis..." Sapa Erin, biras Lucy.

Lucy balas tersenyum dan berkata, "Kurus sikit saja. Kalau terlampau kurus nanti tidak lawa pula, kan."

"Apa bah bikin kau kurus ahh? Sharelah bah. Aku pun mahu tahu juga."

"Mana ada aku guna apa-apa. Cuma rajinkan diri senaman saja." Lucy memberi respon atas pertanyaan Erin yang menyangka dia menggunakan sebarang produk untuk menguruskan badan.

"Hebat kau sis, tiada anak yang mahu dijaga pun dapat juga terkurus. Yang aku ni baru dua anak, tetap juga tiada perubahan ni badan. Ni pun macam ada tanda-tanda lagi mahu tambah rakyat, maklumlah, terlampau subur." Kata Erin dan diakhiri tawa kecil.

Kata 'tiada anak' menusuk dalam-dalam ke lubuk hati Lucy. Dia merasa tersinggung berhubung masalah kesihatan yang dihadapinya yang tidak memungkinkannya untuk mengandung. Dia maklum, wanita satu itu memang gemar berbicara langsung to the point tanpa memikirkan perasaan orang lain, tapi dia tetap menggagahkan bibirnya untuk menyungging senyum paksa. Dia tidak mahu menonjolkan apa yang sedang dirasa.

"Senamanlah sis, supaya kurus." Katanya dan langsung bergegas pergi, enggan mendengar seandainya ada lagi yang akan dikatakan wanita itu kerana sudah tentu hanya akan menyinggung perasaannya.

Selesai dengan perjumpaan keluarga, mereka semua pun pulang ke rumah masing-masing, begitu juga Thomas dan Lucy.

Lucy tidak bersemangat memasak di dapur, kerana asyik terfikirkan kata-kata Erin yang menyinggung hatinya ketika berada di rumah bapa mertua hingga tidak sengaja dia menghiris jarinya dengan pisau saat sedang memotong sayur.

"Awww..."

Kebetulan Thomas muncul dan melihat kejadian itu. Dia bergegas memegang tangan isterinya, lantas disedutnya darah di jari wanita itu.

"First time aku nampak jari kau terluka masa pegang pisau, Lucy." Katanya, menampakkan ekspresi risau di wajah.

"Ni mesti ada kau fikir, kan?"

Lucy membatu seketika, namun tidak lama setelah itu dia langsung berkata, "Memang ada yang aku fikir."

"Pasal anak? Pasal apa yang biras kau cakap sama kau waktu di rumah bapa tu?" Thomas sudah mampu mengagak.

Lucy mengangguk perlahan.

"Kalau memang aku tiada harapan mengandung, terpaksalah kita cari anak angkat,"

"Anak angkat?"

Thomas terlopong. Dia sememangnya sudah lama berhasrat ingin mengambil anak angkat, dan betapa senangnya hatinya saat keinginan itu juga rupanya menjadi keinginan sang isteri.

Pasangan bahagia dan kaya raya itu menjadi perhatian orang-orang di luar sana, jadi tidak hairan jika keinginan mereka untuk mengambil anak angkat pun dengan cepat beredar.

"Thomas..." Lucy memekik pagi itu sebaik saja membuka pintu rumah.

Thomas yang kebetulan selesai memasang keseluruhan butang kemeja ungu yang dikenakannya hari itu untuk pergi ke tempat kerja bingkas mendapatkan isterinya.

"Kenapa?"

Lucy tidak berkata sepatah pun, melainkan hanya memuncungkan bibirnya ke arah dua buah kotak kertas berwarna coklat yang terletak di depan pintu.

Thomas yang kehairanan melangkah maju untuk melihat. Rupanya setiap satu dari dua kotak itu terbaring seorang bayi yang comel dan berkulit cerah, masing-masing beralaskan kain tebal. Pasangan suami isteri itu saling berpandangan.

"Baby-baby ni anak siapa, Lucy?"

Lucy mengangkat kedua-dua bahu tanpa bersuara sepatah pun. Dia membungkuk setelah melihat ada selembar kertas putih di dalam kotak-kotak itu, lantas dipungutnya.

Tulisan pada kertas-kertas itu merupakan kenyataan yang ditulis oleh orang tua kandung kedua bayi itu, yang menjelaskan bahawa mereka dirundung kesempitan hidup, dan untuk alasan itulah mereka mengirimkan bayi-bayi mereka kepada pasangan suami isteri itu untuk dirawat.

Mereka serentak menyungging senyum senang di bibir saat pandangan mata kedua-duanya kembali bertembung.

"Ini yang kita tunggu-tunggu selama ni, Thomas. Anak. "

"Ya, Lucy."

Tanpa membuang masa, bayi-bayi itu langsung mereka bawa masuk ke dalam. Masing-masing menggendong seorang dari bayi-bayi perempuan itu.

"Yang satu aku kasih nama Pretty Nella. Yang satu lagi Pretty Nelly. Macam mana, Thomas?" Soal Lucy penuh semangat.

"Terpulang, Lucy. Semua dari kau saja."

SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANGWhere stories live. Discover now