BAB 8

1 0 0
                                    

Nelly tidak dapat menghidu lama-lama sisa keharuman bunga kering itu ketika bahunya tiba-tiba ditepuk Nella.

"Nelly, mari ikut aku pigi bilik aku sekejap. Ada aku mahu minta tolong kau."

Nelly meletak semula semua itu di lantai dan bersama Nella melangkah pergi dari situ.

"Lisa, tolong pungut tu pasu pecah. Lepas tu ganti sama pasu baru di stor." Pinta Thomas kepada Lisa yang kebetulan lalu di depan pintu.

Lisa menuruti perintah, tapi bunga kering itu membuat aktivitinya terhenti. Dia mengambilnya dan direnung dengan lama.

"Ni bunga..." Ucapnya perlahan. Dia tahu tentang bunga satu itu, salah satu dari sekian banyak tumbuhan beracun, mengeluarkan haruman yang mampu membuat sesiapa saja yang menghidu aromanya akan mengalami halusinasi tingkat tinggi.

'Siapa yang taruh ni bunga di sini bilik?'

Dia keluar dan mendapatkan dua Pretty yang sedang duduk berbual bersama ayah mereka di sofa ruang tamu.

Thomas hairan melihatnya masih memegang bunga kering itu, "Ada apa, Lisa?"

"Bang, sebenarnya..." Lisa langsung memberi penjelasan panjang lebar tentang bunga itu membuat mereka terkejut.

"Apa?" Thomas berdiri dan langsung meraih bunga itu dari tangan Lisa.

"Siapa yang taruh ni bunga dalam bilik kami selama ni? Patutlah si Lucy..." Kata-katanya tersekat seiring dia baru menyedari bahawa tidak seharusnya dia mengungkapkan kepada dua Pretty apa sebenarnya yang sudah terjadi kepada Lucy.

Dia menatap dua gadis itu dengan ekspresi gelisah, sementara dua Pretty itu saling bertatapan hairan.

Nella berdiri, maju mendekati ayahnya dan dengan ekspresi serius bertanya, "Dad. Di mana mommy sebenarnya sekarang? Apa yang terjadi sama dia?"

Nelly tak mahu ketinggalan untuk turut maju dan berkata, "Apa yang daddy kasih tapuk dari kami pasal mommy?"

Thomas terdiam, dia tiada pilihan lain selain dengan berat hati berkata yang sebenar-benarnya.

Dua Pretty menggeleng-geleng kepala tidak percaya akan penjelasan sang ayah.

"Dad, di mana mommy kena rawat sekarang? Kami mahu jumpa dia." Pinta Nelly.

Kedua-dua mata Thomas merah hendak segera menumpah air mata, "Ya, esok daddy bawa kamu pigi lawat dia."

"Tidak, dad. Kami mahu jumpa dia sekarang."

"Nelly, esok sajalah kamu jumpa mommy. Sekarang yang paling penting, kita mesti cari tahu siapa taruh tu bunga dalam bilik sampai mommy kamu jadi begitu." Lisa mengemukakan pendapat, membuat Nelly akhirnya membisu.

Thomas ingat bahawa dia ada memasang kamera CCTV secara tersembunyi di dalam biliknya. Besar kemungkinan akan kelihatan jelas kelibat orang yang telah menaruh bunga beracun itu dalam pasu bunga di biliknya.

Thomas pergi ke biliknya bersama mereka. Dia menghidupkan PC miliknya dan mula memeriksa kembali rakaman CCTV selama dirinya berada di luar negara. Anehnya, rakaman itu terlihat gelap seluruhnya seolah-olah kaca kamera telah tertutup oleh sesuatu.

Sementara di luar sana, Erin yang berada di rumahnya menyungging senyum kecil.

'Tiada siapa tahu aku yang letak tu bunga dalam bilik si Lucy, sebab sebelum masuk tu bilik, aku sudah kasih rosak semua kamera CCTV dalam tu rumah guna ni benda.' Benaknya berkata seraya merenung alat elektronik kecil di tangannya yang dapat mengeluarkan sinar laser yang mampu merosakkan apapun jenis benda.

Pagi itu Thomas bersiap-siap hendak berangkat kerja. Dia menikmati sarapan pagi saat telefon yang diletaknya di meja berdering. Nombor dari pihak hospital psikiatri. Pasti mereka ingin menginfokan sesuatu yang penting tentang Lucy.

"Hello, saya bercakap dengan encik Thomas, betulkah?"

"Ya, saya sendiri. Ada apa?"

"Saya harap encik tenang. Saya cuma mahu bagi tahu sesuatu yang penting pasal isteri encik."

"Ada apa sama isteri saya?" Degup jantung Thomas semakin laju dalam tubuhnya. Dia meletakkan sudu dan garfu di piring.

Dan setelah orang di dalam telefon selesai menghabiskan bicara, saat itu jugalah jantung Thomas terasa mulai melayang keluar dari jasad. Benaknya dihentam beribu-ribu anak panah yang dibidik dari segala arah.

"Apa? Kamu sudah confirm yang kamu tidak salah orang?" Suara Thomas tersekat-sekat, bahkan sepatah katapun terasa berat terucap di mulut, di tengah-tengah suasana hatinya yang telah remuk menghadapi kenyataan itu.

"Tidak, encik."

Lucy telah ditemui mati gantung diri dalam bilik mandi.

Jasad Lucy selamat dikebumikan dengan sempurna, walaupun meninggalkan kesan rasa kehilangan yang cukup berat dalam benak Thomas dan dua Pretty.

Kawasan perkuburan. Satu-persatu orang melangkah pergi meninggalkan tempat itu, hanya menyisakan dua Pretty dan ayah mereka.

"Aku bersumpah, yang buat mommy meninggal tragik macam begini, tu orang nanti pun mati lebih tragik lagi dari ini." Kesal Nelly di tengah-tengah isak tangisnya. Tangannya terus menyentuh tanda yang tertera nama Lucy.

"Kita cari sampai dapat tu orang, walaupun perlu masuk lubang cacing." Nella menyampuk.

Ingin rasanya Thomas menghentikan kata-kata berunsur kekesalan yang keluar dari mulut dua gadis itu, tapi dia tidak terdaya melakukannya. Dia sendiripun telah kehabisan kata walaupun hanya sekadar sepatah dua. Seluruh dayanya telah dikendali oleh perasaan sedihnya. Sedih kerana harus merelakan kepergian insan yang sama sekali tidak pernah terfikir olehnya akan pergi secepat itu.

Erin menghubungi Sheila, dan selang beberapa minit setelah itu, perempuan itu sampai di rumahnya.

"Kenapa kau panggil aku datang sini?" Soal Sheila.

"Tu perempuan sudah mati. Jadi apalagi kau tunggu?"

"Maksud kau?" Sheila sudah tahu apa maksud di balik kata-kata Erin, tapi dia tetap bersikap pura-pura tidak mengerti.

"Ambil hati si Thomas. Bukan memang ini impian kau dari dulu?"

"Kalau pasal itu tidak perlupun kau cakap, aku memang sudah terfikir begitu, Erin."

Erin tidak berkata apalagi selain hanya tersenyum dengan lebar. Dia sengaja ingin menghasut perempuan itu supaya menggoda Thomas. Dengan cara begitu, rancangannya untuk membantu William merebut harta warisan mendiang Buma dari tangan Thomas dapat berjalan dengan baik.

Persatuan yang dibentuk oleh Thomas untuk membantu orang-orang yang kesusahan makin dipermantap dibawah pimpinan Pretty Nella dan Pretty Nelly. Perniagaan yang masing-masing dijalankan dua gadis itupun semakin maju ke depan.

Erin si perempuan licik mengetahui setiap gerak-geri dua Pretty itu. Dia sudah terlanjur membenci dua gadis itu sebagaimana dia membenci Lucy.

Dari kejauhan, dia sedang memperhatikan dua gadis itu dengan ramah dan penuh persahabatan berbual-bual bersama beberapa wanita janda yang hidup melarat. Satu-persatu dari wanita-wanita janda itu mereka berikan selembar sampul putih yang terdapat sejumlah wang bantuan di dalam.

'Pretty Nelly... Pretty Nella... Mari kita tengok, sejauh mana kamu dua boleh tetap rukun macam sekarang.' Benaknya berkata dan bibirnya menyungging senyum sinis yang samar-samar.

SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANGWhere stories live. Discover now