BAB 7

1 0 0
                                    

Nella mengepal kedua-dua tangan dengan kekesalan yang ditahan-tahan. Ketika dia akan maju untuk mendekati mereka, telefonnya berbunyi. Thomas menghubunginya.

"Nella... Daddy mahu kasih tahu hal penting sama kamu dua sama si Nelly." Kedengaran suara Thomas bergema di speaker telefon. Nada bicaranya seperti sedang menahan air mata, membuat Nella hairan.

"Hal penting apa, dad?"

"Daddy mahu hantar mommy pigi oversea. Dia ada urusan penting. Mungkin lama juga dia di sana."

"Apa? Mommy tidak cakap apa-apapun sama kami?"

Tanpa berkata apa-apa lagi, Thomas langsung memutuskan panggilan. Dia tidak mahu gadis itu bertanya lebih banyak tentang Lucy, kerana dia enggan dua Pretty itu tahu apa sebenarnya yang telah terjadi kepada Lucy.

"Hello... Dad... Daddy..."

Sebaik saja melepaskan telefon dari telinga, mata Nella sempat mengarah kembali pada Maxwel yang masih begitu terlihat mesra berbual-bual dengan perempuan itu. Nella tidak dapat mengecami wajah perempuan itu kerana dalam posisi duduk membelakanginya.

Matanya agak lama mengamati pakaian si perempuan dan benaknya bersoal, 'Kenapa baju tu perempuan macam baju si Nelly?'

Dia tidak mahu berlama-lama di situ dan langsung beredar pergi.

Puas menghabiskan masa bersama Maxwel, Nelly pulang ke rumah ketika jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Nella duduk di sofa ruang tamu.

"Nelly, dari mana kau ni?" Dengan ekspresi serius Nella bertanya.

"Dari jumpa sweet heart aku lah bah. Kau ingat kau saja boleh?" Nelly menjawab dengan bibir mengukir senyum kecil.

"Kasih kenallah bah sama aku."

"No. Kau duluan kasih kenal aku kau punya, baru aku."

Masing-masing enggan memberitahu buah hati mereka.

Maxwel bersama seorang sahabatnya mengunjungi sebuah kelab malam. Mereka tidak mengambil alkohol, melainkan hanya menikmati minuman berkarbonat biasa.

"Max, kau betul-betul seriuskah mahu couple dua-dua sekali, Nella sama Nelly?"

Maxwel tertawa dan meneguk sedikit minumannya sebelum menjawab, "Mahu macam mana lagi. Susah aku mahu buat pilihan, sebab dua-dua pun mantap. Adik-beradik lagi."

"Kalau kau kedapatan macam manalah nanti? Habis kau kena cincang-cincang oleh bapa diorang. Bapa diorang tu dato tu, dato Thomas. Sedangkan kau? Berani betul kau dekat-dekat sama anak dato."

Maxwel menepuk bahu sahabatnya dan berkata, "Rileks kau, Jerry. Kita ni dari sekolah lagi sama-sama. Takkan kau tidak tahu aku ni dari dulu pro kalau pasal simpan banyak perempuan."

"Maxwel... Maxwel... Dari dulu sampai sekarang tidak berubah-berubah gaya kau." Jerry tertawa dan menggeleng-geleng kepala lantas meneguk minumannya.

Maxwel mengubah wajahnya menjadi serius dan berkata, "Tapi, Jer... Kalau aku sudah dapat buat pilihan tepat sama ada si Nella atau si Nella, aku janji sama diri aku sendiri. Aku mahu setia."

"Muka kau mahu setia? God have mercy on you sajalah."

Keadaan Lucy makin parah. Dia sering mengamuk tanpa alasan dan merosakkan barang-barang di rumah. Dia merasa setiap saat dihantui oleh sesusuk lembaga hitam yang berkali-kali muncul di depannya, dan sudah tentu semua itu hanyalah halusinasi yang dialaminya. Tidak nyata.

"Tidak! Jangan bunuh aku! Jangan!" Dia menjerit dan melempar bingkai gambar kahwinnya bersama Thomas ke dinding hingga rosak.

Dia cuba menyerang makhluk bertubuh agak besar dan hitam itu sebelum akhirnya susuk itu menghilang dari pandangannya. Lagi-lagi dia berhalusinasi melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud.

Lisa masuk dan cuba menghentikannya, "Sis, stop. Ingat Tuhan, sis. Ingat Tuhan."

Dia terus memberontak dan berteriak menyebabkan Lisa kelelahan menghadapinya. Badannya kurus dengan wajah pucat dan bahagian bawah matanya hitam. Sekarang dia benar-benar kelihatan seperti orang yang tidak terurus.

Ketika itu juga Thomas muncul dan langsung memeluk tubuhnya erat, mencuba menghentikan tindakan agresifnya.

"Lucy, stop. Sudahlah."

"Aku mahu halau tu hantu. Dia balik-balik muncul depan aku. Aku takut." Jelas Lisa dan mula terisak-isak menangis.

"Tiada hantu di sini, Lucy."

"Ada. Aku nampak sendiri. Besar, hitam."

"Tu cuma halusinasi kau, Lucy. Tiada hantu di sini. Tiada apa-apa di sini. Jangan takut, sayang."

Setelah puas dipujuk, akhirnya wanita itu membisu. Dia tertunduk dan matanya merenung corak-corak di lantai.

Thomas memandangi Lisa yang masih berada di situ dan tanpa bersuara memberi isyarat kepada wanita itu supaya mengambilkan jarum suntik. Lisa menuruti dan mendapatkan benda itu di laci almari kemudian diberikan kepada Thomas.

Thomas mulai menyuntik pergelangan tangan Lucy menyebabkan wanita itu mulai terlihat tenang dan ada tanda-tanda akan tertidur.

"Sayang, tidur ahh..."

Lucy yang kian lemas dibawanya ke katil dan langsung dibaringkan. Wanita itu tertidur nyenyak kesan suntikan itu.

Erin muncul di pintu dan memasang wajah simpati yang penuh kepalsuan, "Kasihan wife kau, Thomas. Apa juga penyebab dia jadi begini?"

Thomas yang sayu menggeleng-geleng kepala dan berkata, "Aku pun tidak tahu, Erin."

Hari terus berganti, keadaan Lucy menjadi semakin teruk dan dengan berat hati, Thomas merelakannya dibawa ke hospital psikiatri untuk diberikan rawatan yang selayaknya. Dia memutuskan untuk merahsiakan semua itu, jangan sampai diketahui oleh sesiapapun terutama dua Pretty.

Dua Pretty pulang ke rumah ayah mereka. Mereka ingin bermalam beberapa hari di situ. Mereka mempercayakan kedai mereka masing-masing kepada pekerja kedai untuk dijaga.

Nella pergi ke bilik orang tuanya, dan mendapati pakaian-pakaian di almari telah berkurang. Hanya tersisa pakaian Thomas.

Thomas masuk dan Nella langsung bertanya kepada lelaki itu, "Kenapa mommy tidak bagi tahu aku sama si Nelly dia mahu pigi oversea, dad? Tidak biasanya dia begitu."

Nelly juga masuk ke situ dan langsung menyampuk, "Ya. Kami call-call, tapi number mommy tidak aktif. Kenapa begitu, dad?"

Thomas menyungging senyum kecil dan berusaha untuk terlihat tenang sebelum menjawab, "Telefon mommy kamu kena curi orang. Jadi dia beli telefon sekaligus number baru sebelum dia jalan. Sekarang mesti dia sibuk di sana. Nanti pandailah dia call kamu tu kalau dia free."

Dua Pretty terdiam dan kelihatannya mula percaya dengan kata-katanya. Thomas terpaksa berbohong dan merasa berat untuk melakukan itu, kerana dia tidak biasa tidak berkata jujur kepada kedua anaknya.

Nelly menyeret-nyeret skrin telefon seraya melangkah mundur, dan tidak sengaja kakinya melanggar meja samping katil hingga pasu bunga yang ada di situ jatuh ke lantai serta pecah.

"Sorry, dad..." Dia bergegas memungut serpihan-serpihan pasu itu sekaligus bunga-bunganya.

Dan ketika itulah dia mengerut kening setelah melihat ada beberapa kuntum bunga hidup yang kelihatan sudah kering di antara bunga-bunga plastik itu.

"Bunga apa ni?" Soalnya dan perlahan-lahan dia memajukan bunga itu ke hidungnya untuk dihidu.

SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANGWhere stories live. Discover now