BAB 3

1 0 0
                                    

Lucy mengunjungi sebuah market, membeli barang-barang dapur yang sudah habis di rumah. Saat sedang menyorong troli yang masih kosong dan melihat-lihat barang mana satu yang ingin diambil, seseorang memperhatikannya dari jauh.

Dia menghentikan langkah setelah merasa ada mata sedang memperhatikannya. Dia memusing kepala ke arah tempat itu, tapi tak seorang pun yang dilihatnya selain hanya seorang wanita bertudung yang juga sedang memilih-milih barang belian bersama anak lelakinya yang berusia kira-kira 7 tahun. Dia mengerutkan kening dan kembali dengan aktivitinya.

Si pemerhati begitu cepat bersorok setelah dengan kebolehannya dia mampu mengesan dengan cepat ada tanda-tanda wanita itu akan memandang ke arahnya. Seorang lelaki berkaca mata hitam, bertopi hitam dan berpakaian serba hitam. Dia keluar lagi dari persembunyiannya setelah menyedari wanita itu kembali mengalihkan arah pandang. Tidak tahu adakah lelaki itu orang jahat atau hanya sekadar pengintip yang tidak diketahui apa alasannya mengintip.

Lucy kembali menghenti gerakannya menyedari orang itu kembali memperhatikan dirinya, tapi kini dia tidak lagi melirik sedikitpun.

'Kalau betul ada orang intip-intip aku di sini, siapa dia sebenarnya? Apa alasan dia mengintip aku?' Benaknya bersoal.

Dia yang mula ketakutan mempercepatkan aktivitinya memilih barang-barang belian supaya dapat segera beredar dari tempat itu. Sementara lelaki misterius itu senyap-senyap terus mengekorinya dari belakang. Dia terus mengikuti wanita itu sampailah di luar market.

Ketika sudah di luar, Lucy mempercepatkan langkahnya. Dia dapat merasakan yang orang tadi masih terus mengikutinya, dan memang benar demikian. Lelaki itu secara senyap-senyap terus mengikuti. Entah apa yang dia inginkan dari Lucy.

Lucy terus dihantui ketakutan, oleh itu dia sengaja pergi ke tengah kerumunan ramai orang dan barulah hatinya merasa aman. Lelaki itu berhenti mengikutinya. Tadi dia sempat menoleh sekilas hanya untuk melihat orang misterius itu, dan dia mendapati orang itu berpakaian serba hitam serta mengenakan kaca mata hitam. Itu bukan sekali, kerana sebelum ini pun berkali-kali dia diekori secara tidak wajar seperti itu.

Erin yang berada di rumahnya dan sedang berbual dengan seseorang dalam telefon gelak tak henti. Dia merasa sangat puas kerana orang suruhannya melaksanakan perintahnya dengan baik.

"Bagus. Good job. Teruslah kau kasih takut-takut dia sampai dia jadi gila. Kalau kau berhasil bikin dia jadi gila, aku bagi tiga kali ganda apa yang aku janji sama kau."

Suara orang itu kedengaran jelas di speaker telefon menjawab, "Okey. Kasih serah saja sama aku."

"Erin!"

Erin tersentak, William suaminya muncul tiba-tiba di belakang. Dengan cepat dia memutuskan panggilan telefon.

"William..."

William menatap tajam dirinya seakan-akan dia telah membuat satu kesalahan besar kepada lelaki itu.

"Kenapa kau tengok aku lain macam? What's wrong?" Dia sudah mengagak apa yang membuat lelaki itu berekspresi seperti itu, tapi dia berpura-pura tidak tahu.

"Sampai bila kau mahu ganggu biras kau sendiri?"

Erin mendengus dan dengan tenang menjawab, "Tidak payah munafik, William. Aku tahu sebenarnya kau pun memang tidak suka sama si Thomas, kan? Lagi-lagi dia sebenarnya bukan adik kandung kau. Cuma adik angkat. Kalau kau abang dia sendiri benci sama dia, jadi tiada masalah kan kalau aku benci bini dia?"

William terdiam. Dia tidak dapat menafikan kenyataan yang sememangnya dirinya dari dahulu sudah membenci Thomas. Thomas hanyalah anak angkat dalam keluarga itu, dan dianggap anak bongsu kerana usianya yang lebih muda dari mereka. Thomas sering dilebih-lebihkan oleh orang tua mereka, dan mungkin itulah alasan mengapa William tidak menyukainya. Ditambah lagi Thomas telah mendapat bahagian lebih banyak dari harta warisan mendiang datuk mereka.

Melihat lelaki itu terus terdiam dan tidak bereaksi sedikitpun, Erin menyungging senyum senget dan maju untuk lebih dekat.

Dia langsung berbicara dengan suara berbisik ke telinga William, "Kau tidak terima dia dapat harta warisan lebih banyak dari kamu, kan?"

Dia terkekeh dan meneruskan kata-katanya, "Kau yang patut dapat tu bahagian dia, William. Bukan dia. Sebab kau darah daging bapa kau, David Anak Buma."

William yang sudah lenyap wajah kesalnya terus merenung anak mata isterinya agak lama dan akhirnya bertanya, "Jadi apa perlu aku buat sekarang?"

"Aku rasa kau sendiri tahu apa perlu kau buat, suamiku tercinta. Rebut apa yang sepatutnya jadi milik kau."

Dan setelah itu William tidak berkata apa-apa lagi sebaliknya langsung melangkah pergi. Wanita itu tersenyum puas. Sehebat-hebat kerbau memiliki tanduk keras, pasti akan takluk ketika telah dicucuk hidung.

Dahulu, dua Pretty tidaklah serukun sekarang dan tidur dalam bilik yang berasingan. Tapi kini, dua gadis itu telah berkongsi satu bilik tidur.

Nella mendekati Nelly yang duduk di birai katil, menikmati alunan lagu remix menggunakan earbuds.

Dicuitnya bahu gadis itu sebelum dia menghulurkan satu kotak kecil di tangan dengan ekspresi penuh persahabatan, "Nelly. ini..."

Nelly melepaskan earbuds dari telinga dan langsung mencapai kotak itu, "Apa ni?"

"Bukalah. Tengok sendiri."

Nelly membuka kotak itu untuk melihat apa isinya. Seutas kalung silver berharga mahal. Dia mengeluarkan benda itu dan direnung dengan teliti.

"Kau bagi aku?"

Nella mengangguk dan menjawab, "Aku tahu. Kau memang mahu ini dari dulu, kan? Cuma dulu kita selalu gaduh. Satu benda pun kita kedekut mahu bershare. Tapi sekarang, itu untuk kau."

"Thank you, Nella." Nelly sangat senang menerima pemberian itu dan mengukir senyum lebar sampai ke telinga.

"Jaga baik-baik."

Hari terus berlalu. Gedung supermarket milik Thomas sepenuhnya telah siap dibina dan telah mula beroperasi. Sangat meriah dengan kehadiran para pelanggan yang tak henti-henti datang berkunjung. Thomas meminta dua Pretty mengurus supermarket itu, menyebabkan dua gadis itu terpaksa berpindah tempat tinggal, ke sebuah rumah yang dibeli oleh Thomas sendiri.

Nella memandu keretanya. Dia mengunjungi satu-persatu tempat di daerah yang baru pertama kali kaki dia dan Nelly berpijak. Daerah B, sebuah daerah yang kelihatannya masih sedikit mundur jika dibandingkan tempat asal mereka.

Ketika keluar dari perut kereta, seorang lelaki tampan tiba-tiba menyapanya, "Hai, Pretty Nella. Makin cantik kau."

Garry, lelaki seusianya yang sudah lama menyukainya.

"Hai... Garry." Responnya dengan senyuman, tapi dirinya tidak begitu berminat untuk melayan lelaki itu.

"Jadi kau sekarang tinggal di sini?" Soalnya, dan lelaki itu langsung mengiakan.

Kerana tidak mahu lama-lama berurusan dengan si lelaki, Nella memutuskan untuk segera pergi dengan memberi alasan ada urusan penting.

SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANGWhere stories live. Discover now