Lelaki itu kecewa, kerana sekali lagi gagal mendekati gadis yang memang sudah lama dikejar. Dua Pretty sememangnya dua gadis cantik yang sulit untuk didekati oleh mana-mana lelaki. Tidak hairanlah hingga kini kedua-duanya masih belum berpunya.
Suasana rumah sunyi sepi semenjak ketiadaan dua Pretty. Dengan terpaksa Lucy mengambil pembantu rumah buat pertama kalinya, bukan cuma untuk memudahkan kerja-kerjanya di rumah, tapi lebih dari itu adalah untuk menemaninya terutama ketika Thomas tiada di rumah. Lisa, nama pembantu itu. Usianya tiga tahun lebih tua dari usia dua Pretty.
"Lisa, ini bilik kau." Lucy menunjukkan bilik yang akan ditempati Lisa, iaitu bilik lama Nella yang sudah lama kosong semenjak gadis itu berkongsi satu bilik dengan saudaranya.
Lisa yang senyum tersipu-sipu menuruti kata sang majikan, menjinjing beg pakaian dan masuk ke bilik yang sudah ditunjukkan.
Lisa memasak untuk makan malam, sementara Lucy berada di luar rumah, bersantai-santai di kerusi buaian. Dia yang menikmati lagu-lagu berirama balada di telefonnya langsung mencabut earphone dari telinga setelah terkejut saat sesuatu dilemparkan tepat di dekat kakinya. Sebuah bungkusan berukuran sedang.
Nafasnya laju, dan matanya menangkap kelibat seseorang yang sangat gesit berlari meninggalkan pagar rumahnya.
Dengan perlahan dia mencapai bungkusan yang terbungkus dengan indah dan langsung dibuka pembungkusnya. Kotak kertas berwarna merah darah. Dia berfikir apa motif orang tadi memberikan benda itu dengan cara melempar.
Perlahan-lahan dibukanya penutup kotak itu, dan saat itu juga semangatnya langsung melayang entah ke mana melihat anak patung beruang putih yang dilumuri darah merah serta ditusuki sebilah pisau berukuran kecil. Dia langsung membuang benda itu ke lantai dan bergegas masuk ke dalam.
Sesampainya di dalam, dia lantas menutup pintu rumah dengan keras. Lagi-lagi dia dihantui tanpa tahu alasannya.
Lisa yang kebetulan dari dapur kehairanan melihat ekspresi Lucy seperti sedang ketakutan dengan tubuh bersandar pintu, "Sis, kenapa?"
Lucy tidak menjawab apa-apa selain hanya menggeleng-geleng kepala. Jika dia memberitahu Lisa apa yang baru saja dialaminya, sudah tentu pembantu itu akan segera angkat kaki dari rumah kerana takut serta menganggap suasana rumah itu menggerunkan. Jadi adalah lebih baik untuk tidak mengatakan apa-apa.
"Sudah siap masak?" Tanya Lucy, sengaja mengalihkan fikiran Lisa.
"Sudah, sis. Semua sudah tersedia di meja makan."
Thomas kembali ke rumah dan langsung mandi. Selesai mandi, dia naik ke katil untuk segera berbaring. Lucy menceritakan kepadanya apa yang dialami. Seseorang memberikan bungkusan berisi anak patung berdarah kepadanya.
Bukannya ikut risau, Thomas sebaliknya berkata dengan nada tenang, "Maybe orang yang bagi tu bungkusan salah alamat. Positive thinking sajalah."
"Tapi aku takut, Thomas. Aku takut kalau tu orang ada niat jahat sama aku." Lucy benar-benar dalam ketakutan.
"Buat apa kau mahu takut kalau memang kau tiada buat salah apa-apa sama orang? Sudahlah."
Thomas langsung berbaring dan memejam mata. Sementara Lucy memandang sekeliling suasana bilik, dan matanya menatap lama ke arah jendela bilik. Dia dapat membayangkan dengan jelas orang itu memecahkan kaca jendela dan masuk menyerangnya. Apatah lagi tempat dia berbaring berdekatan dengan jendela. Dia berusaha mengubur dalam-dalam rasa takutnya dan mula berbaring di sebelah suaminya.
Di usia mereka yang sekarang, dua Pretty makin banyak penggemar dari kalangan lelaki, tapi tak satu pun berjaya menaklukkan hati keras mereka. Mereka sangat selektif dalam memilih siapa saja yang dirasa sesuai berganding dengan mereka.
Di tingkat dua supermarket milik ayah mereka, Nella dan Nelly duduk di bilik office masing-masing yang hanya bersebelahan jaraknya. Kedua-duanya serius dengan kerja masing-masing. Seorang supervisor perempuan datang menemui Nella.
"Terima kasih, sis Nella." Ucap tiba-tiba gadis seusia Nella bernama Ariana itu.
"Untuk?" Nella mengerut kening dengan perasaan hairan tapi bibirnya menyunggingkan senyum samar-samar.
"Since daddy sis bikin ni supermarket di tempat kami, tidak lagi kami kesusahan cari bahan makanan. Harga barang di sini pun murah sikit."
Ariana memberi penjelasan panjang lebar apa alasannya untuk berterima kasih. Dengan adanya supermarket besar itu, orang-orang di daerah itu tidak lagi perlu berangkat jauh-jauh hanya untuk mendapatkan barang-barang makan. Kejadian kebakaran yang memusnahkan banyak kedai sebelum ini benar-benar memberi kesan ketara berupa beban kepada seluruh warga daerah.
Thomas yang kaya raya dan kini bergelar seorang dato membuat satu persatuan khusus demi membantu golongan-golongan yang serba berkekurangan. Kelimpahan yang dimiliki tak mengaburkan hatinya untuk menaruh simpati kepada sesama. Baginya, kelebihan untuk dikongsi bersama, bukan sekadar dinikmati untuk diri sendiri.
Dua Pretty berangkat pulang ke rumah orang tua mereka. Mereka disambut dengan penuh mesra dan rasa rindu oleh pasangan suami isteri itu. Mereka memutuskan untuk bermalam, dan akan kembali lagi ke daerah B esok.
Saat sedang menikmati makan malam, Thomas memberitahu dua Pretty itu tentang persatuan yang dibuatnya.
"Kalau kamu tidak keberatan, sekali lagi daddy minta tolong kamu dua handle. Boleh?"
Dan dua Pretty itu serentak menjawab, "Boleh."
Mereka kelihatan begitu bersemangat, kerana sememangnya mereka suka melibatkan diri dalam apa saja perkara yang berhubungan dengan kebajikan. Bukan kerana ingin mencari populariti, melainkan mereka memang benar-benar suka dan ikhlas.
"Baguslah. Sebagai hadiah dari daddy, nanti daddy mahu buat dua buah kedai besar. Satu untuk Nella, satu untuk Nelly. Suka hati kamulah apa saja kamu mahu bisnes. Semua modal biar daddy yang tanggung. Supermarket daddy tu, biar daddy sama mommy saja yang urus."
Dua Pretty makin bersemangat mendengar apa yang akan diberikan ayah kepada mereka. Sudah lama mereka ingin memiliki sebuah kedai sendiri untuk menjalankan bisnes yang masing-masing mereka inginkan.
Thomas dan Lucy sangat senang dengan kerelaan dua gadis itu menerima tanggungjawab yang diberikan.
Di tengah senyum senangnya, Thomas memberi peringatan, "Tapi ingat. Daddy tidak mahu kamu bergaduh macam dulu. Daddy mahu kamu dua tetap rukun macam sekarang. Janji sama daddy?"
"Ya, dad. Kami janji." Jawab Nelly seraya merangkul Nella di sebelahnya.
Betapa Thomas sangat berharap agar dua gadis itu terus mempertahankan kerukunan hubungan mereka, dan tidak saling bertengkar seperti ketika kedua-duanya masih dalam usia remaja dulu.
YOU ARE READING
SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANG
General FictionLegenda Rakyat Sarawak 'Puteri Santubong & Puteri Sejinjang' menginspirasikan sebuah cerita tentang dua gadis jelita bernama Pretty Nella dan Pretty Nelly yang seringkali berselisih. Nella dan Nelly merupakan anak angkat kepada sepasang suami isteri...