BAB 9

1 0 0
                                    

Erin yang membara-bara dengan rasa benci mencari kesempatan yang tepat untuk menjalankan rancangannya. Dia ingin melihat keluarga yang ditinggalkan Lucy itu hancur sehancur-hancurnya. Lucy telah menyebabkan dirinya kehilangan insan yang paling disayang, Daniel. Jadi baginya, Lucy harus membayar lunas semuanya.

Dia menemui Pretty Nella yang sedang melihat barang-barang branded dalam sebuah shopping mall.

Nella yang sedang memegang dan mengamati satu handbag berkilat dibuat terkejut saat seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

"Aunty Erin." Dia langsung bersalaman dengan wanita itu.

"Macam mana aunty tahu aku di sini?"

Kedua-duanya saling memberi senyuman. Nella tidak tahu ada apa di balik senyuman wanita itu, yang dia tahu hanyalah senyum itu diukir dengan hati Ikhlas.

"Kebetulan aunty nampak kau dari jauh, jadi aunty pigi sini."

"Kenapa aunty lama tidak datang rumah?"

Ketika itu juga Nella membahas soal kematian ibunya kerana bunuh diri, disebabkan mental yang terganggu akibat sering berhalusinasi. Semua itu berpunca dari beberapa kuntum bunga beracun yang lama tersorok dalam bilik ayahnya. Sampai sekarang gagal diketahui siapa yang telah menaruh bunga itu di situ.

Erin agak gentar gadis itu membahas soal bunga beracun, tapi dia berusaha mengubur rasa itu, sebaliknya berpura-pura terlihat sedih akan kejadian yang telah menimpa Lucy.

"Tidak apa, nanti aunty tolong kamu cari tahu siapa tu orang."

Nella mengangguk dan berkata dengan nada sayu, "Terima kasih, aunty. Tu orang cukup pintar. Dia bikin semua kamera CCTV dl rumah rosak. Aku tidak tahulah apa dendam dia sama mendiang mommy sampai dia sanggup guna cara licik begitu untuk buat mommy meninggal."

"Aunty pun terkejut dengar mommy kau bunuh diri hari tu. Setahu aunty, mommy kamu tu langsung tiada musuh."

Dan Erin langsung mengungkapkan apa tujuan sebenar menemui Nella di situ. Dia ingin mengajak gadis itu makan tengah hari di sebuah restoran seafood terdekat, dan gadis itupun mengiakan.

Ketika memasuki pintu restoran, Nella terkejut Nelly berada di situ dan sedang memesan makanan kepada seorang pelayan perempuan. Benak Erin tersenyum senang kerana dia sendirilah yang telah merancang supaya dua gadis itu saling bertemu di situ.

"Nelly..."

Nelly langsung memusingkan kepala, dan diperhadapkan dengan ekspresi hairan di wajah saudaranya. Nella dan Erin langsung mendekati gadis itu lantas duduk pada bangku di meja yang sama.

"Tidak sangka kamu dua berjumpa di sini ahh." Erin tersengih.

Beberapa saat kemudian, Erin meraih telefon dari handbag dan mulai mengirim chat kepada seseorang, "Maxwel. Si Nella ada di sini restoran F. Lama sudah dia tunggu kau. Datanglah sini cepat."

Di luar sana, Maxwel yang hanya mengenakan seluar pendek ketat kebetulan sedang menaiki tangga kolam renang, dan menyedari telefon yang dia letak di meja kecil tepi kolam berbunyi. Seseorang mengirim chat kepadanya.

Seluruh tubuh kekarnya basah. Dia mengelap untuk mengeringkan tangannya dengan tuala putih kecil sebelum menggapai telefonnya. Chat dari aunty Erin. Ya, dia cukup kenal dengan Erin kerana wanita itu bersahabat baik dengan ibunya.

Setelah membaca sampai habis isi chat itu, dia tersenyum. Biasanya dialah yang mengajak Nella atau Nelly untuk keluar ke mana-mana, tapi kali ini malah sebaliknya. Cintanya terbahagi dua. 50 peratus untuk Nella, dan 50 peratus lagi untuk Nelly. Dia masih kesulitan untuk menentukan yang mana satu dari kedua-duanya benar-benar dirasanya layak menjadi pasangannya sebelum beralih ke hubungan yang lebih serius.

Erin menatap mata dua Pretty itu secara bergantian sebelum akhirnya berkata, "Nella... Nelly... Sekejap lagi boyfriend kamu dua datang sini jumpa kamu."

"Oh ya?" Dua Pretty terkejut.

"Macam mana aunty tahu? Aunty kenal sama diorang?"

"Kenal. Muka diorang betul-betul seiras. Baju diorang pun sama, sama-sama pun guna kemeja hitam lengan panjang." Erin terkekeh membuat dua Pretty itu makin hairan.

Maxwel yang mengenakan kemeja hitam lengan panjang seperti yang dikatakan Erin tiba di restoran F. Saat dia masuk, ketika itulah dia merasa dirinya seperti haiwan liar yang telah termasuk perangkap. Dua Pretty sedang memperhatikan dirinya dengan penuh kemarahan yang menyala-nyala dahsyat.

Erin memanfaatkan kesempatan itu untuk menambah minyak tanah ke api hingga makin membakar, "Aunty tidak sangka, rupanya boyfriend kamu dua ni orang yang sama. Kau hebat, Maxwel."

Erin mengarahkan pandang pada Maxwel dan menyungging senyum sinis, sementara lelaki itu masih terlopong tak terdaya untuk berkata apa-apa. Segala-galanya telah terungkap di depan mata dua Pretty itu.

Nella memandang saudaranya dengan tatapan setajam pisau, "Nelly, jadi selama ni diam-diam kau ada hubungan sama dia?"

"Sepatutnya aku yang tanya begitu sama kau, Nella." Jawab Nelly dengan kesal.

"Apa? Sudah nyata-nyata kau salah, boleh-boleh lagi kau cakap begitu sama aku?" Nella hampir mendaratkan tamparan tapi tangannya sempat ditahan seorang pelayan perempuan yang kebetulan lalu di situ.

"Please, sis... Kamu dua jangan gaduh di sini."

"Dari dulu sampai sekarang kau tidak pernah berubah oh kan, Nelly. Setiap yang aku ada kau pun mahu kongsi. Perempuan tidak tahu malu." Nella sepertinya tidak mempedulikan teguran si pelayan, sebaliknya makin agresif menunjukkan kemarahannya kepada saudaranya.

"Kau yang tidak tahu malu. Kau yang perampas, tapi berlakon jadi mangsa."

"Aku perampas? Oh... Jangan-jangan... Kau yang letak tu bunga dalam bilik mommy sampai dia jadi gila. Sebab kau mahu dia mati cepat, kan?" Nella sengaja mengubah topik pembicaraan supaya makin memancing kemarahan Nelly.

"Tutup mulut kau." Pekik Nelly sebelum dia melangkah pergi meninggalkan tempat itu.

Sesampainya di rumah, Nelly mengemas semua pakaiannya, 'Aku tidak sudi lagi tinggal satu rumah sama tu perempuan.'

Dia benar-benar kecewa dengan kenyataan yang terjadi. Betapa dia berharap dia akan segera melangkah ke hubungan yang lebih serius dengan Maxwel, namun rupanya lelaki itu telah menduakan cintanya.

Nella yang baru sampai ke rumah langsung memasuki bilik Nelly dan melihat gadis itu sedang memasukkan pakaian ke dalam bagasi.

"Tindakan yang tepat. Jangan lagi pernah balik pigi sini." Nella berkata dengan tenang.

Nelly memberi tatapan tajam sebelum menjawab dengan tegas, "Kau tidak berhak halau aku dari sini, Nella. Sebab ni rumah daddy beli untuk kita dua. Tapi memandangkan aku sendiri yang mahu keluar dari sini, jadi harap-haraplah kau tenang."

"Memang aku tenang kalau kau tiada lagi di sini."

Nelly membungkam dan langsung menarik bagasinya untuk segera mengangkat kaki dari rumah itu. Nella tersenyum puas melihat kepergian gadis itu.

Dalam sekelip mata, kerukunun mereka runtuh hanya disebabkan seorang lelaki.

SETEGUH SANTUBONG DAN SEJINJANGWhere stories live. Discover now