Bab 22|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

200 6 0
                                    

"apa pulak dia datang sini ni.." keluh Audiya.

Pintu balkoni ditutup. Hanya langsir sahaja yang terbuka luas. Supaya mata tidak muak memandang wajah Maisarah nanti. Sekali sekala boleh pandang langit. Betul tak?

"Ye kejap" balas Audiya.

Pintu bilik dibuka.

"Lambat lah kau ni. Kau ingat aku ni tunggul kayu ke nak duduk tercangak je dekat depan pintu ni?"

Bilik Audiya diterjah masuk. Dengan selamba dia melabuhkan punggung di atas meja study milik Audiya. Tiada adab betul!

"Kau memang tak reti nak hormat bilik orang ke?" Soal Audiya. Wajahnya masih mengawal riak tenangnya.

"Suka hati aku lah" lidah dijelirkan tanda mengejek.

"Sewel" ujar Audiya selamba.

"Aku nak cakap sikit ni. Memandangkan Qayyum hilang ingatan....jadi..dia lupa pasal kau lah kan? Apa kata aku je yang menggantikan tempat kau. Aku tengok kau ni tak layak lah nak jadi isteri dia..yang layak tu aku." Senyuman sinis diberikan. Wajah Audiya yang beriak tenang itu dipandang atas bawah. Kedengaran seperti bangga ya menjadi penyondol ni.

"Rampas lah kalau berani. Kalau kau berjaya. Itu jodoh kau. Allah dah tentukan. Kalau kau tak berjaya...maaf ya" mulutnya ditutup dengan tangan. Seakan akan mengejek. Saja mahu menaikkan amarah si Maisarah.

"Kau ni memang lah perempuan!"

Tangan yang baru saja ingin menampar muka Audiya terhenti. Dengan spontan badan Audiya dipeluk.

"Ye Audiya..aku tahu kau kuat..kau boleh hadapi ujian yang macam ni.." belakang badan Audiya ditepuk perlahan-lahan.

Dahi Audiya sudah berkerut. Perempuan ni dah kenapa?

"Alhamdulillah..Mai layan Audiya dengan baik..sejuk hati mama.." ujar puan Hafizah yang baru saja melihat aksi Audiya dan Maisarah yang berpelukan.

"Erh..ah haah ye mama.." bohong Audiya.

Maisarah menunjukkan riak wajah yang bersimpati terhadap Audiya. Topeng!

"Kau rehat lah ya..ada masa kita jenguk Qayyum sama-sama" pelukan dilepaskan. Kata-kata yang dilontarkan oleh Maisarah seperti prihatin dengan nasib Audiya.

"Itu lah ya Maisarah. Ada masa kita pergi sama-sama ya" balas Audiya. Wajah Maisarah dipandang seperti ingin mengejek.

Hilang saja bayang-bayang puan Hafizah di mata kasar mereka.

Maisarah terus merendahkan diri si Audiya.

"Again lah kan..aku nak tanya..kenapa si Qayyum pilih kau eh? Padahal aku lagi elok dari kau. Kau tu pakai tudung pun waktu nak pergi kerja aja. Kau tengok aku. Pakai tudung pun tak lah on off macam kau. Kau tu hah. Dah lah kerja office aja pangkat apa? Hahah entah entah cleaner aja" ujar Maisarah penuh bangga.

"Kau pernah tengok syaitan bertopengkan manusia?" Soal Audiya dengan tenang.

"Tak pernah. Asal?"

"Kau tak payah cari..kau tengok cermin. Kau nampak dah siapa syaitan tu. Sejahat jahat aku yang tak bertudung ni pun. Aku masih mencuba untuk istiqamah. Masih cuba untuk perbaiki diri! Bukan sindir orang sana sini acah diri tu bagus! Sejahat jahat aku ni pun. Tak pernah lagi nak sondol tunang orang. Oh ya apa kau cakap tadi? Aku cleaner dekat office? HAHHAH aku ni belajar dekat Universiti pun sampai Master. Takkan aku nak jadi cleaner? Dari kau? SPM aja kan? Jadi kerani dekat office kan? Tu pun sebab cable. Betul tak wahai Maisarah Aliya?" Bidas Audiya panjang lebar.

Maisarah sudah mengetapkan bibirnya.

"Oh ya apa kau kata dekat aku tadi? Aku? Cleaner? Hello! Aku dah bekerja dejat syarikat SWI HOLDING tu dah hampir 6 tahun and Alhamdulilah aku naik pangkat menjadi Manager syarikat tu. Semua percaya kan aku. Dari kau! Kerani pun acah bagus. Semua orang diarahkannya seolah olah diri tu lah yang terpaling bagus!" Bidas Audiya sekali lagi. Bagaimana Audiya tahu tentang masalah si Maisarah? Banyak saja gossip tentang dia di syarikat SWI HOLDING.

Maisarah menghentakkan kaki ke lantai.

"Padan muka. Dah lama aku pendam." Bisik hati Audiya.

"Bila lah aku ni dapat jumpa si Qayyum..dah 3 hari dekat bilik.. terkurung aja..nak keluar..bosan. Nak drive pergi lawat Qayyum..badan tak okay lagi.." keluh Audiya.

"Mai pulak datang..kang tak layan tetamu dikata sombong..alah layan sekejap je lah" Audiya mula berceloteh sendiri.

Langkah mula mencorak menuju ke ruang tamu.

Walaupun fikiran masih bercelaru, wajahnya masih mengawal riak wajah yang tenang. Bibir mencuba untuk mengukir senyuman.

"Cik Illa. Maaf Diya baru keluar." Tangan cik Illa disalam.

"Iya tak pe"

"Tak de adab betul perempuan ni.. tetamu dah lama sampai baru nak keluar. Nak duduk dekat dalam bilik tu sampai jadi jeruk ke macam mana. Cuba lah layan tetamu dari awal sampai tetamu balik" ujar cik Illa didalam hati.

Maisarah mencuit siku ibunya.

"Ye mommy tahu..tengok rupa pun dah tahu. Tak sesuai untuk Qayyum" bisik cik Illa ditelinga anaknya.

Maisarah sudah mengukir senyuman yang sinis.

"Jemput minum cik Illa..ais lemon tea je kami mampu buat..ni ada kek lapis sekali. Makanlah" pelawa Audiya.

Kek lapis yang dihidangkan itu dirasa. Sedap!

"Eh Diya.. sedap lah kek lapis ni. Awak beli dekat mana?" Sungguh sopan tutur kata si Maisarah.

"Oh..kek lapis tu..Diya buat dengan Qayyum..baru aja 6 atau 7 hari lepas.."

Maisarah sudah terbatuk-batuk apabila mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Audiya. Mereka buat sama-sama?

"Oh ye eh" kek lapis diletakkan ke atas meja semula. Tisu diambil untuk membersihkan tangannya.

"Bye Audiya. Ariani. Makcik. Pakcik. Kami pergi dulu" keluarga Audiya dilambai sebelum dirinya memasuki ke perut kereta.

"Haah iya bye Maisarah" balas Audiya. Tahu saja itu semua lakonan semata-mata.

◉⁠----------◉

"Cintaku klepak klepak sama Qayyum. Sayangku klepak sama Qayyum. Oh cintaku klepak sama Qayyum" nyanyi Audiya dengan girangnya.

Setelah beberapa hari tidak melihat tunangnya. Harini! Dia bertekad untuk bertemu tunangnya itu.
Barang barang disimpan.

"Ma..Diya dah siap ni..Diya pergi dulu yaa" pamit Audiya.

"Hati-hati memandu!" Bahu anaknya ditepuk perlahan.

。____________。

Dengan gembiranya kaki Audiya mula menuju masuk ke hospital. Wad Qayyum dituju.

Langkah Audiya terhenti apabila mendengarkan satu suara...

"Abang..abang cepat sihat tau..Mai rindu abang. Kalau abang dah bangun nanti..Mai akan jaga abang"

Audiya hanya mendengar kata-kata itu disebalik pintu.

"Ada apa dia datang.." bisik hati Audiya.

Dahi sudah berkerut kehairanan.

"Abang.." Maisarah menggenggam tangan Qayyum. Tangan Qayyum dikucup lembut. Maisarah melentokkan kepalanya di bahu Qayyum. Tangan Maisarah terus mengelus dada Qayyum.

Selepas melihat keberadaan si Maisarah. Audiya terus memberhentikan niatnya ingin melawat tunangnya itu.

Nombor Rindu didail.

"Assalamualaikum. Kau sibuk ke harini?" Soal Audiya. Buah ditangannya digigit sedikit demi sedikit.

"Waalaikumussalam. Tak sibuk pun kenapa tu weh"

"Teman aku pergi healing"

"Okk jap aku siap siap"

Audiya meletakkan gagang telefon.





Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now