Bab 1|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

1.9K 41 5
                                    

Nama diberi Zariq Qayyum al-Fattah namun lebih selesa dikenali dan dipanggil Qayyum. Hatinya dingin sedingin langit malam di kutub Antartika. Dingin sangat ke? Haha.
Mata hazelnya indah bercahaya saat matahari memancar melaluinya, seakan boleh terpukau dalam satu kelipan mata.

Cahaya Audiya, cukup manis nama yang diberi oleh puan Hafizah dan Tuan Hafiz. Namanya yang ayu itu sangat mesra dengan perilakunya yang elegan dan sopan. Susuk tubuhnya kecil hanya setinggi 157cm dihiasi mata amber yang terlihat seperti bidadari jatuh dari syurga.

Spoiler!

"Aku dah jumpa someone better dari kau" -Qayyum

"Jangan berani tonjolkan diri kau lepas ni" -Qayyum

"Tolong jangan tinggalkan aku" -Audiya

"Aku terpaksa layan kau. Tu je" -Qayyum

Bismillahirrahmanirrahim

𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂
Melabuhkn tirai

Me
Aqmar..uhm sorry laaaa

Cintahati🕸️
Kalau awak nak tahu,saya dah lama tawar hati dengan awak!
Awak buat saya serabut dengan sikap awak

"Oh..tawar hati dah lama dengan aku? Jadi selama ni berpura pura sayang aku? Sayang nya..dia tidak tahu aku tekad timbulkan rasa cinta ni semula..setelah dia sakit kan hati aku berkali kali semata mata tak mahu dia fikirkan semua perempuan sama sahaja.."

Maklumlah lelaki itu pernah dicurangi. Tetapi perlukah Aqmar melayaninya sebegitu rupa? Aqmar memang tak berguna!

"okay baik lah Aqmar bin Saifuddin aku lepaskan kau.." bisik hati Audiya.

Audiya sanggup berhenti di tepi jalan semata-mata mahu berbual dengan Aqmar di whatsapp.
Dia sangka.. Aqmar ingin memberi berita baik.. rupanya. Disebaliknya..
Enjin segera dihidupkan kembali. Laju sahaja kereta Axia merah miliknya meluncur dijalan raya.

Kereta kecil warna merah itu bergerak laju menuju ke taman bunga yang berdekatan.

Pintu kereta dibuka. Angin sepoi-sepoi dihirup. Tenang sahaja jiwanya. Audiya mengambil tempat di bawah pokok yang besar. Dirinya berteduh di situ. Rambut yang serabai dibetulkan sedikit. Wangian bunga tulip menambahkan lagi ketenangan di jiwanya itu.

MEOW

"Eh kucing. Comelnya awak."

Kucing yang bewarna putih kecoklatan itu didukung. Kepalanya dibelai manja.

"Sayang ni kenapa? Anak siapa ni? Anak siapa ni?" Audiya mengacah kucing itu.

。____________。

Sampai di rumah dimana rumah itu dihadiahkan oleh bapanya sempena lulus masuk ke UiTM.

Pintu bilik dihempas kuat oleh Audiya bagi melepaskan amarah nya. Masuk saja rumah, Audiya mengenang kembali apa yang dikatakan oleh Aqmar.

"Banyak kali aku bagi kau peluang tapi kenapa kau buat aku sakit hati lagi!"barang yang tersusun di meja study nya berteraburan akibat dibaling oleh Audiya dek kemarahannya yang semakin membara.

Semenjak kejadian itu. Audiya sudah menganggap semua lelaki sama sahaja..tiada yang baik..semuanya akan berakhir dengan pahit.

"Ok Diya..please tutup hati kau" kata Audiya seorang diri di hadapan cermin untuk menguatkan semangat dirinya.

Setelah puas menangis. Laju saja kaki Audiya menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhu.

Kain telekung dicapai lalu disarungkan ke badannya.

Sejadah dibentang.

Selesai sahaja solat isya' kaki Audiya terus menuju ke dapur untuk memasak..maklum lah dari petang dia tiada selera untuk makan..

"Melepaskan mu bukan mudah bagi ku untuk melalui semua ini..episod cinta hitam ku kini berulang kembali......"
nyanyi Audiya sambil memegang sudip sebagai mic 'olok-olok'

"Hmm bestnya kalau ada housemate..Rindu..mana lah kau ni..dah lama kita lost contact.." air mata Audiya mula bertakung akibat mengenang kembali kawannya yang berada bersamanya susah senang di UiTM

Pintu bilik dibuka dan dikunci sebelum selimut ditarik ke badan nya.

"Dont be stupid and cry for a boy that can't appreciate your effort" bisik Audiya untuk dirinya sendiri

Lampu tidur dimatikan sebelum doa tidur dibaca.

Nyenyak.

Bunyi guruh yang tidak berhenti berdentam-dentum dari tadi mengejutkan Audiya yang sudah terlena itu. Badan Audiya sudah mula kesejukan dek guruh dan kilat. Dengan mata yang terpejam. Audiya meraba meja yang disebelahnya. Tangan ligat mencari keberadaan telefon. Tertera di telefon sudah masuk jam 3 pagi.

"Aduh.."

Niat Audiya ingin menyambung untuk tidur terbantut apabila bulu roma semakin naik. Badan semakin menggigil. Torchlight dinyalakan.
Tangan meraba keberadaan selimut dengan keadaan mata yang masih kabur.

"Alahai selimut ni pun satu. Main nyorok-nyorok pulak" gumam Audiya.

Kaki bertekad melangkah menuju ke suis lampu.

"Ha ada pun dekat situ. Ingatkan dah hilang kene makan dengan mafia." Perli Audiya.

Audiya punya perangai. Kalau tersepak batu. Batu tu yang minta maaf. Nak sidai baju. Hanger bersangkut paut pun..Audiya terus buang hanger tu.

Badan terus direbahkan semula ke tilam.
Mata dicuba untuk pejam rapat. Tetapi tidak boleh.
Badan digolekkan ke kanan dan ke kiri. Sehinggalah matanya terlelap.





Author akan sambung publish selepas raya haji. Terima kasih yang membaca. Author masih dalam menjinakkan diri mereka karya.
Author nak 50 vote dan 5 komen, boleh?

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now