Bab 16|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

240 8 0
                                    

"nanti petang aku nak pergi mall tau"

"Pergi dengan siapa tu? Sorang je ke? Pukul berapa pergi? Aku busy ni..maaf tak dapat teman kau jalan jalan.."

"Aku pergi sorang sorang je..Lepas asar aku gerak lah..tak pe..aku faham kau kerja.."

"Ok terima kasih kerana memahami aku..ada masa aku teman kau ya..dah lama kita tak spend time sama sama"

Panggilan ditamatkan.

"Hanif! Asyraf!" Lantang saja bicara si Qayyum.

"Ya tuan!" Jawab mereka serentak.

"Pukul 5. Follow Audiya" arah Qayyum. Bebola mata tekun melihat dua orang bodyguard dihadapannya.

"Baik tuan!" Jawab mereka.
。____________。

Audiya turun dari motor. Rambut yang serabai dibetulkan. Diikat.

Dengan yakin dirinya berjalan dengan bergaya seakan model.

Audiya masuk ke dalam kedai bag. Satu bag berbentuk seperti kucing diambil. Hatinya sudah melekat dengan bag itu.

"Cantiknya bag ni. Comel sangat!!" Audiya menjerit kecil.

Dengan gembiranya Audiya menuju ke kaunter bayaran.

"Auch!" Audiya jatuh terduduk. Kaki Audiya terkehel sedikit. Tangannya cepat saja mengurut kakinya yang kelihatan sedikit membengkak. Kepala didongakkan. Wanita yang berpakaian serba tertutup dipandang dengan teliti.

Wanita itu menggunakan mask untuk menutup wajahnya. Audiya tidak dapat mengecamnya. Wanita itu terus menerus mengikuti jejak Audiya.

Audiya berasa tidak selesa seakan ada seseorang yang mengikuti dirinya.
Langkah ditujukan ke tandas. Tempat yang paling selamat.

"Kau sabar Audiya. Kau akan jadi milik aku. Walaupun kau tak kahwin dengan aku. Kau tetap akan menjadi milik aku" bicara si Aqmar. Bibir sudah mengukir senyuman senget.

Kain disemburkan dengan ubat tidur.

Siapa sangka? Aqmar memakai pakaian serba wanita supaya dapat menculik si Audiya.

"To-tolong" ujar si Audiya dengan badan yang lemah akibat cairan itu.

"Kau diam! Tak lama lagi kau akan menjadi hak aku" katawa jahat mula terletus.

Mana perginya Hanif dengan Asyraf? Aqmar menyusun strategi dengan baik kali ini.

Hilang saja sosok tubuh Audiya dan Aqmar.

"Weh Hanif..mana Audiya!" Bahu kawannya ditepuk kuat.

Peluh sudah membasahi dahi Hanif. Risau. Takut. Kemana Audiya menghilang?

"Wehh Asyraf! Mana Audiya?! Bukannye tadi dia dekat tandas? Asal lama sangat nii?!" Wajah tenang si Hanif sudah berubah menjadi cemas.

"Kejap aku cek dekat pusat informasi" gelabah beruk si Asyraf. Takut bila dimarahi oleh bosnya. Zariq Qayyum Al-Fattah.

"Excuse me? Awak ada nampak tak seorang perempuan yang tinggi nya dalam 157 cm. Berpakaian serba biru? Ni gambar dia" telefon dihalakan ke perempuan di hadapannya itu.

"Ouh ya tadi saya nampak seorang perempuan yang menggendong akak ni lah.. pakaian pun serba biru. Kenapa ya?"

Hanif dan Asyraf mula memandang satu sama lain.

"Ha-hanif..aku rasa"

"Aqmar." Balas Hanif singkat.

"Awak boleh tak kami nak cek CCTV di sini" tenang saja nada bicara si Asyraf. Tapi kalau nak menceritakan satu persatu perasaannya..memang perasaan takut dan risau menebal di dalam dirinya.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now