Bab 15|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

294 11 3
                                    

"auch..sa..sakit nye kepala" ruangan yang sungguh asing dipandang lama.

OY OY OY ADA ORANG CALL NI. ANGKAT CEPAT

Sungguh menarik nada dering telefon milik si Audiya.

Telefon di sebelahnya diambil.

Nombor telefon asing tertera.

"Ya hello ni siapa"

"Assalamualaikum dekat mana tu..maaf aku tak call dan mesej kau selama beberapa hari ni..aku sibuk sangat sangat..setiap kali nak call kau..ada sahaja halangan"

Air mata mula mengalir.

"sampai hati kau tinggalkan aku. Kau jahat tah tah banyak je alasan tak mahu nak call dan mesej aku kan?" Nada merajuk sudah timbul.

"Ya Allah Querido..kalau aku tak mahu call..aku takkan call..kau sekarang ni.." jelas Qayyum.

"Abis tu kau pergi mana sampai takde jejak dah.."

"Aku ada kerja..ada hal penting..lepastu dah sampai sana.. telefon hilang lah pulak..tu yang ni guna telefon baru.. nombor pun baru beli ni..tu yang bangun je tidur terus call kau" terang Qayyum panjang lebar.

"Oooo yelah orang kata apa? 'kalau kau nak, kau buat..bukan seribu alasan diberi'..dah lah haritu Yum bagi janji janji manis dekat kau..kau takut kau jadi macam Aqmar..yang suka tabur janji manis dekat D.."

"Setahu..aku tak pernah janji apa-apa kan? Kita tunang pun sebab mak bapak je kan? Aku pun tak cintakan kau pun haha" Qayyum ketawa hambar.

Audiya seakan tersedar dengan status pertunangan mereka.

"Tak pe lah kalau macam tu"

"Kau ada dekat mana ni? Sihat tak?" Soal Qayyum prihatin. Mana taknya sudah berhari hari tidak berbual dengan tunang paksaannya itu. Sudah pasti kerisauan melanda diri si Qayyum. Kalau tidak mengambil berat. Kene marah dengan keluarga pulak

"Aku..dekat wad.." balas Audiya singkat.

"HAH? SHARE LOKASI AKU DATANG KE SANA. SEKARANG" wajah Qayyum sudah mula panic. Kenapa Audiya di hospital?
。____________。

"Assalamualaikum Querido" bibir mula terukir senyuman yang manis. Manis seperti kandungan gula dalam air tin.

"Waalaikumussalam eh awal sampai"wajah Audiya kembali ceria apabila melihat encik tunangnya di depan mata.

"Nah" gubahan bunga tulip ditangannya dihulurkan ke Audiya.

"Cantik nyaaaa. Macam mana kau boleh tahu aku suka bunga tulip"

Exited betul si Audiya. Bangun dari koma dapat bunga tulip. Ah nak koma lagi lah. Mana tahu dapat sport bike ke kan?

"Macam mana kau boleh tahu aku suka bunga tulip" bunga ditangannya dihidu. Wangi. Macam bau ketiak Qayyum.

"Dari dulu lagi aku perhatikan kau"

"Perhatikan?"

"Ya semua ahli iQD bahagian bodyguard..ada beberapa orang yang saya amanahkan untuk jaga kau semasa aku menetap di Brazil" jelas Qayyum. Ayam goreng yang dibungkus dibuka.

"So selama ni..yang selamatkan aku daripada ancaman si Aqmar tu..anak buah kau?" Otak mula mentafsir apa yang dikatakan oleh Qayyum.

"Yes. Setiap malam aku amanahkan 5 orang untuk pantau keadaan rumah kau. Dan 2 orang untuk mengikuti kau.."

Ayam goreng ditangannya dihalakan ke Audiya.

"Nah. Kau mesti lapar kan? Doktor bagitahu aku yang kau kemalangan..maafkan aku..aku cuai untuk jaga kau. Kalau lah aku jaga telefon saya dengan baik. Aku boleh arahkan bodyguard untuk jaga kau..maafkan aku Cahaya Audiya. Kite baru je tunang...tapi aku dah cuai untuk jaga kau..macam mana aku nak jadi suami yang baik untuk kau?" Air mata mula mengalir di pipi milik Qayyum. Pertunangan mereka memanglah terpaksa. Tetapi Qayyum sedar akan tanggungjawabnya.

"K..kau nangis?" Audiya mula membangunkan dirinya.

"Ha ha tengok ni alahh sakit sikit je" Audiya mula berlari dari kiri ke kanan.

"Audiyaa jangan lah macam tuuu aku sedih tauuu" Qayyum sudah mula risau.

"Tapi kenapa kau kemalangan?" Soal Qayyum dengan tersesak esak.

"Aku..nak balik rumah aku..lepastu aku drive dalam keadaan menangis..nangis sebab kau..." Jelas Audiya.

"Sebab aku?" Air mata masih mengalir deras di pipi Qayyum. Sedih. Tunang nya kemalangan kerana dirinya.

"Aku baru jadi tunang kau Cahaya Audiya..tapi kenapa aku macam ni..aku cuai untuk jaga kau" kepala dilentokkan ke peha Audiya.

"Shh shh dah dah semua ni takdir dan ujian dari Allah..kita siapa nak mengelak?" Pujuk Audiya. Kepala Qayyum di usap perlahan.

"Tapi aku takkan benarkan mana mana lelaki rampas kau dari aku!" Kata Qayyum dengan tegas. Air mata di pipi nya di lap laju.

"Ye betul aku milik kau sahaja, Qayyum"

"Audiya milik Qayyum"

"Qayyum" panggil Audiya.

"Iye kenapa "

"Tak de apa la"

"Dah dahh..Diya nak mamam ayam goreng. Kau nak?"

"Naakk"

"Say AAAAA"

"AAAAA.. nyom nyom nyom."

Audiya ketawa apabila melihat karenah si Qayyum. Seperti budak budak. Siapa yang sakit sebenarnya?

"Anak mamaaaa dah bangunnn" sapa puan Hafizah. Gembira kerana anaknya sudah bangun dari koma.

"Ye maaaa linduuu nyaa Diya dekat mama" badan mamanya dipeluk erat.

"Dokter..anak saya dah boleh discharge?" Dokter yang berada di muka pintu di panggil.

"Alhamdulilah.. keadaan puan Audiya semakin memulih..anak puan boleh discharge harini" jelas dokter di situ.

"Maaa Diya nak balik dengan Yum boleh?" Lengan mamanya digoyangkan tanda memujuk.

"Ye ye pergi lah balik dengan tunang kamu tu..kesian dia..mata merah dah tu..rindu sangat dengan kamu" balas puan Hafizah.

"Aku kemaskan barang kau tau"

"Okay"

◉⁠----------◉

"Terima kasih sebab hantarkan aku" Qayyum disebelahnya di pandang manis.

"My pleasure sayang.. setakat hantar kau? Heh celah ketiak aku je lah. Kalau nak akad nikah sekarang pun boleh" usik Qayyum. Hidung Audiya dicuit manja.

"EEE kau nii" bahu Qayyum di pukul. Gatal sangat awal awal nak pergi mana?
cuitan dibalas pukulan

"Awal la lagiii bagus" bibir Qayyum mula terukir senyuman jahat.

"EEE dari pada kau fikir macam macam. Baik tolong aku angkat kan barang barang ni" peha Qayyum dicubit kuat.

"Auchh okk baik puan Audiya" adu Qayyum.

"Ha tahu takut" senyuman sinis diberikan. Acah gangster lah tu.

"Eh kejap Audiya" Qayyum memanggil Audiya serentak tangannya mengeluarkan seutas rantai dari poket seluarnya. Cantik sangat.

"untuk apa ni?" Audiya ternganga. Dahi berkerut kehairanan. Ni dah kenapa?

"Tak ingat ke kau lahir bila?"

"Hah? Aik?"

"birthday kau kan?" Bibir Qayyum tersenyum senget. Gentleman lah tu. Kut lah.

Audiya yang baru saja tangkap dengan apa yang dikatakan Qayyum sebentar tadi..dia bersorak kegembiraan. Rantai yang dipakaikan oleh Qayyum disentuh. Cantik!

"Sweet jugak kau ni kan" perli Audiya.

"Oh macam ni ke sweet? Aku tak tahu. Ni pun aku main pilih. Nampak sesuai dengan kau. Aku amik lah" balas Qayyum dengan malasnya. Perempuan memang suka barang kemas eh?

Audiya mengeluh panjang. "Yelah kalau macam tu.."

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now