Bab 37|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

365 19 1
                                    

"Querido, dah siap?" Qayyum menjengah Audiya sedikit sambil membutangkan bajunya.

"Kejap abang. Sikit je lagi ni" lipstick bewarna coklat kemerahan dicoletkan sedikit ke bibir munggil miliknya.

Qayyum melihat tingkah laku Audiya. Matanya tertumpu pada bibir Audiya yang bewarna merah.

"Sayang" Qayyum memegang tangan Audiya menandakan dirinya tidak suka Audiya memakai lipstik bewarna merah sehingga menampakkan bibir isterinya yang munggil itu. Kerana dirinya tahu bagaimana pandangan lelaki diluar sana.

"Why abang?"

"Bibir sayang nampak terlalu sexy. Buat abang rasa nak..."

Qayyum merapatkan wajahnya dengan wajah Audiya. Hidungnya menggosok perlahan hidung Audiya.

"Ish abang ni lah"

"Hehehe"

"Pat kit cayang'

"Yee lagi sikit je ni" dengan sepantas kilat dia melilitkan tudung selendang.

Sampai sahaja di rumah Makcik Jamilah. Audiya terus menyalam tangan Makcik Jamilah.

"Dah lama tak nampak kamu. Kan?"

"Itu lah mak. Diya pun dah rindukan mak" Audiya tersenyum manis.

"Eh Qayyum." Kak Ani yang baru saja keluar dari bilik menyapa adiknya yang baru saja muncul di penglihatannya.

"Eh kak Ani" Audiya tersenyum manis apabila melihat kakak iparnya. Fayyadh yang berada didokongan kak Ani disambut.

"Budak payad dah berapa tahun?" Soal Audiya. Pipi gebu milik Fayyadh dicubit manja.

"Mammah. Mammah"

Audiya tergelak kecil mendengar kata-kata yang baru saja keluar dari mulut anak lelaki kecil itu.

"Baru tiga tahun budak tu" kak Anis menjawab soalan yang diajukan oleh Audiya.

Qayyum memeluk pinggang Audiya dengan erat.

"Querido. Comel kan?" Qayyum berkata-kata dengan pandangan mata yang penuh dengan maksud tersirat.

"Comel" balas Audiya tanpa menghiraukan pandangan Qayyum.

"Sayang" Qayyum merengek.

"Iya iya kenapa?"

"Comel tak budak ni?"

"Iya lah comel. Kenapa?"

"Sayang tak nak seseorang secomel ini dalam rumah kita?"

"Abang!" Jerit Audiya dengan perlahan.

"Apa?"

"Tch. Tak de apa lah"

"Dah jom makan. Gaduh aja kerjanya." Celah Makcik Jamilah. Dia kemudiannya meninggalkan pasangan itu di ruang tamu.

"Jom sayang" kata Qayyum dengan girangnya. Dia berlompat keriangan menuju ke dapur.

Dalam bergelak ketawa nya mereka di dapur. Tiba-tiba Cik Illa yang baru tiba di dapur mencelah.

"Ketawa-ketawa. Bila nak ada anak? Ke mandul kau ni?"

Suasana menjadi janggal. Audiya yang sedang mengunyah ayam goreng terdiam lalu dia berdiri mendekati sinki. Pinggan dibasuh dengan perlahan dan diletakkan ke rak pinggan.

Dengan perlahan dia menghempaskan punggung disebelah Qayyum.

"Querido. Don't be sad." Qayyum mengusap perlahan-lahan bahu Audiya bagi menenangkan isterinya.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now