Bab 34|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

288 13 0
                                    

"weh Zahid. Pinjam fon kau" pinta seorang lelaki.

"Telefon kau mana Mar?"

"Tch! Bagi aje lah. Telefon aku ni habis bateri."

Zahid mengeluarkan telefonnya di poket. Dia berikan telefon itu kepada rakannya.

"Thanks" senyuman jahat terlakar di bibir.

TING! Telefonnya yang berbunyi diraba.
Qayyum membaca mesej itu dengan matanya yang separuh terbuka.

"Emergency"

Qayyum menarik nafas sebelum dia kembali memeluk Audiya.

"sayang" Qayyum memandang Audiya yang sedang terbaring disebelahnya.

"Ye abang?"

"Abang..ada kerja"

"Abang kerja apa abang?" Audiya menyembamkan mukanya di bidang dada Qayyum.

Qayyum tahu isterinya mahu bermanja di pagi hari. Tapi kerja dan tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan orang lain juga perlu diutamakan.

"Abang..abang kerja jaga api..tengok haiwan..tu je sayang."

Audiya menampar bahu Qayyum perlahan. "Abang. Jangan main-main lah"

"Abang kerja bomba je sayang"

"Kerja bomba tapi rumah besar gedabak macam ni?"

"Soon you will know Querido." Ujarnya dengan suara serak basah.

"Tapi Diya nak abang. Diya rindukan abang. Diya nak tengok abang depan mata je. Tak nak jauh. Diya tak pandai jaga diri" Audiya tidak mahu melepaskan Qayyum. Entah mengapa hatinya gelisah sewaktu Qayyum ingin meninggalkan Audiya. Padahal.. sebelum ini. Biasa saja bila tiada Qayyum disisinya.

"Sayang. Sekejap je sayang."

"Abang pergi lah mandi. Diya siapkan apa yang patut."

Qayyum mengangguk. Audiya tersenyum kelat.

"Dalam wardrobe tu ada baju abang. Sayang tolong keluarkan. Abang nak mandi sekejap. " Lantas Qayyum mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Audiya mengambil baju kerja Qayyum. Kemudian, dia turun ke bawah untuk membuat makanan. Karipap Frozen digoreng. Simple.

Qayyum menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa.

Dia mengambil dua biji karipap dan disumbatkan ke dalam mulutnya. Qayyum mencium dahi Audiya. Dia terus bergegas keluar dari rumahnya.

Qayyum menghidupkan enjin kereta. Dia memecut keluar dari garaj kereta.

Audiya rasa berat hati. Entah mengapa dia tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu buruk yang berlaku.

Qayyum memakirkan keretanya di ruang parking khas kakitangan.

Dia memandang bangunan JBPM dengan pandangan kosong. Dahinya berkerut. "Mana emergency nya?"

Telefon dikeluarkan dari poket. Nombor Zahid didail.

"Zahid." Sapa Qayyum dengan tegas.

"Ye awat ni call aku? Rindu eh"

"Tadi kata emergency"

"Bila masa?" Zahid mula pelik.

Qayyum mati kata.

Dia mula panik. Siapa yang kata emergency tadi? Tapi mesej itu dihantar guna nombor Zahid.

TOK TOK TOK! Seseorang mengetuk pintu.

"Abang dah balik" Audiya berlari anak ke arah pintu dengan harapan suaminya sudah balik.

"Long time no see Cahaya Audiya binti Tuan Hafiz" ujar lelaki itu. Dia terus terjah masuk ke dalam rumah Qayyum.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now