Bab 35|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

436 16 0
                                    

"sayang dah bangun?" Soal Qayyum. Dia mengelap tangannya yang basah di kain apron. Tubuh Audiya dipeluk kemas.

"Em" jawabnya.

"Pergi mandi dulu. Lepastu makan." Qayyum memandang Audiya yang berada dipelukannya.

"Ok" Audiya mengangguk. Matanya yang kelat di digosok.

Qayyum menghidangkan beberapa makanan yang dimasaknya di atas meja makan.

Audiya berlari anak menuju ke meja makan.

"Abang masak semua ni?"

"Haah sayang"

"Kenapa abang tak kejut Diya? Diya boleh masakkan untuk abang" 

"..."

Audiya masih menunggu jawapan dari Qayyum.

"Abang?"

Qayyum termenung seketika.

"Abang. Saya tanya ni!" Audiya ingin merajuk. Kakinya dihayunkan sedikit.

"Semalam sayang penat kemas rumah. Jadi, abang tak nak ganggu sayang. Abang nak biarkan sayang tidur dan rehat buat seketika."

Qayyum melabuhkan punggung disebelah Audiya. Lengannya menarik pinggang Audiya supaya jarak mereka lebih dekat. Tangan kanannya pula menyuap Audiya.

Audiya menayangkan wajah tidak puas hati. "Tapi..rumah ni nampak berselerak sikit abang..maaf Diya tak kemas rumah dengan betul." Audiya menunduk.

"No sayang. Sayang dah kemas rumah bersih sebersih-bersihnya. Tapi tu lah.. semalam ada babi hutan terjah masuk rumah kita."

"Babi hutan?" Soal Audiya.

"Ya babi hutan. Abang dah bunuh dia. Humban terus dalam gaung kat belakang rumah kita ni."

"Luka abang?" Audiya menyentuh lengan Qayyum yang berbalut kapas.

"Abang bergaduh dengan babi tu lah. Tu yang sampai luka"

Audiya membuka ikatan kapas. "babi ada kuku?"

"Haah. Babi ni banyak spesies tau. Tak semua babi dalam bentuk binatang"

Audiya memeluk Qayyum dari tepi.

"Ni kenapa ni sayang?"

"Tak de apa..saja nak peluk suami tercinta."

Bunyi deruan enjin yang memasuki kawasan rumah Qayyum membuatkan Audiya terjaga dari tidurnya.

TOK TOK TOK!

Kepala Audiya yang berada di ribanya dielus lembut. "Sayang. Abang pergi tengok dulu tau siapa dekat luar tu"

"Mm" balas Audiya tanda 'ya'

Qayyum bangun dari sofa panjang. Dia berjalan menuju ke pintu utama. Qayyum membuka pintu.

"Baa!" Sergah Maisarah. Tangan naik memeluk Qayyum dihadapannya itu.

Qayyum terkejut. Audiya yang sedang pergi ke arahnya di pandang dengan perasaan cuak.

Audiya tetap berjalan tanpa perasaan. Dia tetap dengan nafsu tidurnya. Mata digosok. Dia datang ke arah Qayyum. Tangan Maisarah yang berada di pinggang Qayyum dialihkan. Dia terus memeluk suaminya itu.

"Huaa" Audiya menguap sedikit.

Qayyum bersyukur kerana isterinya bertindak dengan tenang.

Maisarah tetap berdegil. Dia masuk ke dalam rumah Qayyum. Dia mengekori langkah Qayyum dan Audiya. Tangannya yang gatal itu memeluk lengan Qayyum.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now