Bab 39|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

295 13 0
                                    

"sayang sure ke tak mahu pergi klinik buat check up?" Tanya Qayyum dengan riak muka yang amat kelihatan sedang merisaukan keadaan isterinya yang kerap muntah-muntah kebelakangan ini.

"Yes i'm very okay. Diya kuat lah. Ni mesti salah makan aja ni. Tu yang muntah tak habis-habis.." kata Audiya sekadar ingin menyedapkan hati Qayyum.

"Kita mana ada makan pelik-pelik. Kebersihan pun terjaga. Takkan lah muntah dah 4 hari ni sayang?" Ragu Qayyum.

"Alah biasa lah. Kita mana tahu kebersihan makanan rumah kita ni macam mana?" Sangkal Audiya.

"Sayang pergi pakai tudung. Kita gerak pergi klinik. Sekarang." Arah Qayyum dengan tegas.

Audiya hanya menayangkan wajah malas.

◉⁠----------◉

"Macam mana dengan keputusannya doktor?" Soal Qayyum dengan penuh riak kerisauan.

"Alhamdulillah hasil keputusan yang saya dapat. Encik bakal menjadi ayah. Encik bakal menimang cahaya mata" balas doktor. Senyuman tidak lekang dari bibirnya tanda menumpang gembira atas berita yang baru saja dia beritahu tadi.

"Alhamdulillah terima kasih ya Allah." Qayyum mengucapkan kata-kata kesyukuran.

"Sayang! We did it!"  Qayyum menggoncangkan sedikit bahu Audiya.

"Ya abang. Kita bakal ada anak" kata Audiya dengan terharu.

"Alhamdulillah ya Allah. Aku bersyukur sangat-sangat." Kata kesyukuran tidak lepas dari mulut Qayyum.

"Bayi lelaki atau perempuan doktor?"

"Encik dapat sepasang. Tahniah sekali lagi"

"Dah berapa lama isteri saya kandungkan anak saya ni doktor?" Soal Qayyum.

"Dalam 2 bulan. Tapi isteri encik kuat. Tiada sebarang simptom mengandung yang dia alami."

"Ada ja doktor. Saya kerap muntah dan alahan dengan habuk" celah Audiya.

"Itu semua simptom biasa. Tapi tuan. Siap sedia dengan karenah ibu mengandung. Ibu mengandung tidak boleh stress. Tidak boleh buat banyak kerja. Dan siap sedia dengan kejutan pada pagi buta"

"Setakat itu saja? Semua benda saya boleh buat untuk isteri saya ni doktor." Lagak Qayyum.

Di dalam kereta. Menjadi amat riuh dengan suara Qayyum.

"Sayang! Kita dah nak ada anak ni sayang! Alhamdulillah."

"Sayang. Sayang rasa nama apa yang kita patut letak?" Soal Qayyum. Mata masih memandang kehadapan. Fokus dengan perjalanan.

"Saya tak terfikir kan lagi lah abang" ucap Audiya sambil membuat muka berfikir.

"Tidak mengapa. Yang penting anak.. anak.." tergagap-gagap si Qayyum memikirkan apa yang patut dia bahasakan dirinya.

"Anak mama dengan daddy" sambung Audiya.

"Yeah! Anak daddy. Come here daddy dah balik! Ee tak sabarnya sayang!" Jerit Qayyum.

Tidak sangka dirinya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Sudahlah kembar sekali dapat. Alhamdulillah.

Qayyum terus memijak pedal minyak. Keretanya laju meluncur di jalan raya. Pusat membeli belah dituju.

◉⁠----------◉

Sesampai sahaja di rumah. Qayyum terus meletakkan beberapa bag belanja mereka di atas meja yang berada berdekatan dengan ruang tamu.

"Jantung abang. Sayang pergi duduk rehatkan diri tu dulu. Abang nak buat air panas kejap ya. Tunggu ya." Ucap Qayyum. Dirinya terus melangkah maju menuju ke dapur.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now