Bab 31|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

288 9 0
                                    

"Audiya. Makan lah" Qayyum ingin menyuap untuk Audiya.

"Aku kata tak nak!" Audiya memusingkan kepalanya menghadap televisyen.

"Kalau tak nak nasi ni, saya ada bawak ayam goreng." Bekas yang berisi ayam goreng itu dibuka. Perlahan-lahan bekas itu dihalakan ke hidung Audiya.

Audiya sudah menelan air liur. Ayam goreng dipandang lama. "Nak amik ke tak nak?" Kata hati Audiya.

"Nak tu amik je lah"

Audiya terus mengambil bekas ayam goreng itu. Dia memakan dengan perlahan kerana mulutnya sakit.

"Good girl" Qayyum mengelus lembut kepala Audiya yang dilapisi dengan tudung.

Audiya mengecutkan dirinya. Dia masih takut dengan sentuhan lelaki.

"Ma..maaf" Qayyum kembali duduk. Nasi disuapkan ke mulut Audiya.

Audiya menganga. Puan Hafizah hanya tersenyum manis.

Suapan demi suapan akhirnya habis juga makanan yang dimasak oleh Qayyum.

◉⁠----------◉

Hari demi hari telahpun berlalu. Audiya kini kembali cergas. Semua trauma yang dialaminya telah terkubur di pelusuk hatinya.

Bunga-bungaan tulip dicium dengan lama. Rindunya dia dengan alam sekitar. Tulip putih yang terletak ditengah-tengah taman berbentuk seperti hati ditatap lama.

Ting!

"Jom pergi pesta buku"

Mesej yang dihantar oleh Qayyum dipandang lama.

"Malas..tapi buku. Novel. Novel. Aduh!" Audiya sempat merungut.

"Kejap saya siap-siap." Balas Audiya. Dia terus berlari pergi ke bilik mandi untuk bersiap.

 Dia terus berlari pergi ke bilik mandi untuk bersiap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Audiya membuka pintu dan terpapar jelas. Qayyum sedang menunggunya sambil bermain telefon.

"Hah apa lagi?!" Sergah Audiya.

"Dah siap? Jom!"

"Semangat eh kau" Audiya memandang Qayyum dengan pelik.

"Alah sekali sekala bersemangat."

"Yelah" Audiya pasrah.

Sampai saja di mall. Mereka terus mencari kedai buku.

"Kau nak buku apa?" Tanya Qayyum sambil memandang muka Audiya. Audiya hanya tersenyum.

"Entah lah..hampir semua buku aku dah baca tau"

"Kalau macam tu. Harini! Apa yang kau pegang. Aku akan amik dan bayar." Kata Qayyum sambil bersandar di dinding.

"Ulala. Best tu"

Audiya menyentuh mana-mana novel yang menarik perhatiannya. Qayyum mengambil semua novel yang disentuh Audiya.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now