Bab 38|𝒜𝓊𝒹𝒾𝓎𝒶 𝓂𝒾𝓁𝒾𝓀 𝒬𝒶𝓎𝓎𝓊𝓂

192 10 0
                                    

"IQD je? Penat kiteorang? Tak nak tanya ke?" Marah Hanif.

Jujur dirinya sangat penat apabila bercuti sambil bertugas di Brazil. Mahu menjaga anak buah Qayyum yang berperangai seakan budak-budak itu. Lagilah susah. Tiada yang serius sepanjang luar tugasan.

"Kau dah kenapa? Kalau kau boleh sampai kerumah aku ni. Takkan lah kau tak sihat?" Balas Qayyum selamba

"Garang lah kau ni. Takut aku" bebola matanya digulingkan.

"Panjang lebar borak? Tajuk utama yang aku tanya apa?" Kata Qayyum ingin menukar topik.

"Oh yeah. I think iQD ni ada masalah sebab si Aqmar aja lah. Dia kan kesunyian. Takkanlah ada kroni kut? Tidak mungkin." Terang si Asyraf.

"Berbual apa je tu? Korang berdua mesti haus kan? Ni Diya ada buat air ribena. Boleh basahkan tekak yang dahaga tu ya" kata Audiya sambil menghidangkan air ke atas meja. Senyuman yang manis tidak terlupa dilakarkan.

Siap sahaja dia menghidangkan air. Audiya terus melabuhkan punggung disebelah Qayyum. Tangannya naik melingkari lengan suaminya.

"Abang.. tengah soal selidik mereka tentang syarikat IQD abang ni ha." Balas Qayyum.

"Ooo" Audiya mengangguk.

"Kita honeymoon dekat Brazil nak?" Tanya Qayyum tanpa sebarang riak malu.

"Honeymoon? Haritu kan dah.." balas Audiya dengan menundukkan wajahnya.

"Itu lain. Ini lain"

"Diya tak nak Brazil. Diya nak rumah kita"

"Baik sayang. Kalau itu yang awak mahukan."

"Eh la dia ni. Macam jauh terpesong aja topiknya." Hanif mencelah dengan muka tidak puas hati. Panas membara apabila melihat sahabatnya bermanja bersama isteri.

"Ha ehem" Qayyum membetulkan sedikit suaranya yang agak kedengaran seperti mat Salleh apabila berbual bersama isterinya.

"Ha iQD tiada masalah. Kan?" Katanya sambil bertukar pandangan dari isteri ke rakan yang berada dihadapannya.

"Alhamdulillah semuanya okay. Aku rasa semuanya berpunca dari si Aqmar. Sebab kita bukan pembekal senjata haram. Yang beli senjata kita semua dari pihak tentera. Jadi, Aqmar lah punca semuanya." Terang Asyraf panjang lebar.

"Dah agak. Siapa saja musuh aku semenjak aku kahwin dengan Diya? Dia saja lah. Sebelum ni elok saja barang aku dekat Brazil. Tentera pun keluar masuk" balas Qayyum bersama sengihan sinis.

Suasana kembali janggal. Mereka bertiga saling bertukar pandangan. Kau pandang aku. Aku pandang kau. Ha gitu!

"Kau dah kenapa pandang aku macam gitu?! Aku tahu kau rindu aku. Kawan kau yang baik, kacak dan bergaya ni! Tapi jangan pandang aku macam tu! Kitonyo manjo tau."

Tidak terduga. Selain sisi mata helang si Qayyum. Ada juga sisi lain. Yang terlebih gelap.

"Aku mengantuk la bangang. Tak kuasa aku nak rindu kau. Bantal bubu ucuk acam aku lagi buatkan aku rindu." Berdiri bulu roma Asyraf apabila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Qayyum.

Selepas saja Asyraf berkata-kata seperti itu. Dia bingkas bangun dari duduk lalu menuju ke biliknya.

Hilang saja bayang tubuh Asyraf dan Hanif. Qayyum terus mendekatkan dirinya dengan Audiya.

"Sayang.." belum sempat Qayyum berkata-kata. Audiya terus menolak tangan suaminya.

Audiya berlari sambil menutup mulutnya. Dia berlari dengan pantas menuju ke tandas. Tanpa sebarang kata-kata, Audiya terus keluarkan segala isi di dalam perutnya.

Audiya Milik Qayyum Where stories live. Discover now