BAB 5

859 16 1
                                    

"CIK EL!!"

Tercungap-cungap Faris mengejar majikannya dari belakang. Punya laju dia berjalan macam nak pergi perang.

Elena berpaling. Dia mendekati Faris yang berhenti tidak jauh darinya. Penat sangat tu sampai berhenti awal. "Ada apa, Faris?"

Faris tarik nafas kemudian dihembus. Rasa jantung dia ni berdegup kencang macam kena kejar anjing. "Cik El marahkan saya lagi ke? Saya panggil cik El macam tak dengar je.." Ucapnya dengan tercungap-cungap.

"Marah? Kenapa pula?"

"Pasal semalam lah, cik.."

Elena cuba mengingatinya. "Oh.. Tak lah. Awak panggil saya ni kenapa? Ada apa-apa masalah ke?"

Faris geleng kepala. "Saya betul-betul minta maaf pasal semalam tu, cik.."

"Tak ada apalah, Faris. Cuma saya nak pesan, jangan lagi buat bising kat blok bilik guest kita. Nanti dia bagi nilai teruk pula. Boleh?"

Faris tenganga. "Kenapa Cik El?"

"Tak ada apa..Cuma saya nak ingatkan saja. Itu je ke awak nak cakap, kejar saya bagai nak rak ni?" Seloroh Elena.

"Haah.."

"Hm.. Okaylah. Saya nak pergi bilik adik saya jap. Pergilah buat kerja.." Arah Elena sebagai majikannya.

Dia mengangguk dengan senyuman melebar lalu pergi dari situ.

Bagus budak Faris ni. Berbeza sangat dengan Ayden. Mungkin juga Ayden terlalu dimanjakan. Itulah pasal jadi tak tentu arah hidupnya. Macam-macam ragam. Ayah hantar pergi kolej, bergaduh dengan rakan sekelas dia. Entah apalah puncanya lah sampai nak bergaduh. Paling memalukan gaduh dengan perempuan. Apa bendalah budak tu.. Buat malu muka aku je. Dah la Wildan tu pensyarah diorang. Tebal muka ni ha bila Wildan tu telefon dia hanya semata-mata nak bagitahu hal Ayden.

Pintu bilik 401 itu diketuk berkali-kali selepas menekan loceng. Sekilas saja dia kerling bilik yang berada berhampiran dengan bilik ini. Itu pasti bilik lelaki tua tu kan..

"Errr.. malanglah nasib aku kalau jumpa lelaki tu lagi." Omelnya perlahan.

Sekali lagi dia ketuk pintu bilik adiknya. Tak ada sahutan pun. Dia letakkan telinganya pada pintu. Tak ada apa pun kedengaran. Ayden ni masih hidup lagi ke tidak ni?

"Kau pulak perempuan tak sedar diri! Kau ingat aku akan berdiam ke lepas kau tarik rambut aku macam tu? Ha?!"

Terbungkam Elena apabila mendengar suara Ayden dari dalam. Dia yakin, itu suara Ayden. Dia bergaduh lagi ke?

Elena mendengus kuat. Dia meluru ke belakang bilik itu yang ada balkoni. Terjenguk-jenguk dia di luar balkoni itu. Mujur saja balkoni ni tinggi, kalau tidak memang dia dah panjat.

Niatnya untuk memanggil adiknya terbatal apabila kelibat Ayden mula menuju ke arah balkoni itu. Dia menunggu masa saja.

"Gila punya perempuan." Sumpah Ayden yang masih belum menyedari kehadiran kakaknya.

"Siapa yang gila?"

Terkedu Ayden di situ. Melihat kakaknya yang sudah bercekak pinggang di situ merisaukannya. Dia tengok sekeliling kawasan itu. Dia pejamkan mata dan membukanya semula berharap yang dia lihat itu bukanlah kakaknya, Elena Airis.

"Akak tanya ni.. Siapa yang gila? Kau gaduh lagi?" Soal Elena yang terpaksa kuatkan suaranya sedikit.

"Ta..ta..ta. Tak adalah! Apa pulak nak bergaduh. Malas la nak layan perempuan tak guna tu."

"Tadi gila, sekarang tak guna pula. Kau ingat kau siapa boleh panggil anak dara orang macam tu? Ha? Mak ayah dia bagi nama kat dia elok-elok, kau panggil dia macam tu. Siapa ajar kau ha, Ayden?"

KERANA DIAWhere stories live. Discover now