BAB 12

824 26 0
                                    

ANGIN pagi yang damai menyenangkan. Sungguh nyaman menyapa wajah. Keletihan yang dirasanya kian hilang dek bunyi air sungai yang mengalir menemaninya berlari di sekitar kawasan resortnya. Peluh renik yang berjejeran di sekitar dahinya diseka dengan tuala muka. Hampir satu jam dia menghabiskan masa untuk berlari di taman resort ini. Biasanya dia akan berlari bersama Izham di taman yang tidak jauh dari rumah ayah dan ibu. Sekarang tidak lagi. Dia mahu mengosongkan fikirannya sebelum mula bekerja sepenuhnya di resort dan hadap perangai pelik-pelik para tetamunya.

Meskipun sudah beberapa hari semenjak Izham datang ke resort menghina dirinya, dia masih tak dapat lupakannya. Bahkan, perasaan marah tu membesar dalam diri. Malu dengan stafnya. Malu dengan guest yang ada masa tu. Tebal rasanya muka dia nak berjalan-jalan keluar dari pejabat. Main sedap mulut saja lah Izham menghina dia. Kalau bukan sebab dia, benda ni pun tak jadi lah.

Irham? Lelaki itu menghilang tanpa berita. Apa tujuan dia menikahi aku sebenarnya. Nak gantung dirinya tak bertali ke apa ni..

Lelaki, macam-macam perangai. Susah sangat nak percaya lelaki zaman sekarang ni. Itulah sebabnya ramai yang takut bila disoal tentang kahwin. Bukan tak nak kahwin, cuma takut. Takut salah pilih. Kahwin ni bukan perkara yang boleh dibuat main. Semua pasangan nak kan perkahwinan yang kekal kan.. Tapi soal itu hanya bergantung pada takdir.

Iya, takdir. Takdir yang menjadikan dia sebagai isteri kepada Irham tanpa rasa cinta. Pernikahan yang mendadak dan terselit seribu satu salah faham yang sengaja dirahsiakan.

Akhirnya, bibirnya melepaskan keluhan. Penat.

Dia duduk di bangku yang menghadap sungai. Peluhnya diseka.

"Apa lah nasib aku.." Getusnya sendirian.

Air botolnya diteguk perlahan.

Telefon yang berbunyi dibuka. Terbeliak matanya saat membaca satu per satu pesanan yang diterimanya. "You've received RM7000.00 from TIM."

"Tujuh ribu?! Siapa ni?" Berkerut keningnya. Takkanlah ada orang senang-senang masukkan jumlah yang besar ke akaun banknya. Baiknya lahai tuan punya badan. Untungnya dia kan. Alah, ingat dia akan tertipu lah tu kan. Tak lah!

Sebenarnya ini bukan kali pertama dia mendapat notifications seperti ini. Ini kali kedua. Sebelum ini pun dia anggap mesej ini scammer saja. Iyelah, musim sekarang ni kan memang banyak scammer buat hal. Sampai menangis-nangis mangsa yang tertipu dengan cagaran yang ditawarkan. Bukan setakat menangis, yang hampir mental pun ada lah sebab scammer ni. Diorang hanya fikir nak duit saja. Tak pernah pun fikir pasal masalah mangsa yang kena tanggung. Eii, manusia sekarang!

"Nak usaha tu malas. Kerjanya menipu orang juga. Err.." Omelnya sendirian.

"Cik El.."

Lantas Elena menoleh. Umar berdiri di sebelahnya. "Ya, Umar.." Senyum diukir.

"Cik bebel apa tu? Dari tadi saya dengar. Bebel kat siapa? Encik Ayden ke?" Tanya Umar ramah. Dia sudah berada di situ sejak dari tadi lagi. Dutynya pagi ini di sungai. Melayan guest yang perlukan peralatan untuk mandi-manda dan berkelah.

"Tak ada lah, Umar. Ini scammer mesej saya terima RM7000.00. Ingat saya mudah tertipu lah tu. Kita pun tak bodoh lah nak percaya benda macam ni. Kan?"

Umar buat muka terkejut sambil kepalanya diangguk. "Betul tu. Apa-apa mesej sekarang ni bukan boleh percaya sangat, cik. Bahaya betul lah. Kita ni sepatutnya kena berhati-hati. Tak boleh mudah sangat termakan tipu daya diorang." Balas Umar bersungguh.

"Hmm itulah. Awak pun jangan mudah terpedaya tau, Umar. Fikir secara bijak dahulu sebelum bertindak. Jangan fikir nak cepat kaya saja." Elena memberi pesanan.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now