BAB 4

785 16 0
                                    

IRHAM lajukan langkah menuruni anak tangga kecemasan syarikat itu. Lif terlalu lama untuk dia yang bukan jenis penyabar. Dia perlu cepat. Berkali-kali jam tangannya dilihat. Farisya sedang buat hal di bawah. Kalau papanya ada matilah dia. Kenapalah dengan perempuan tu. Perangai macam budak tadika!

Sebaik saja dia tahu di mana keberadaan Farisya, dia terus tarik wanita itu mengekorinya. Dia memaksa wanita itu untuk masuk ke keretanya. Kasar. Terjerit-jerit Farisya. Macam minta penampar saja.

Tanpa banyak cakap, Irham menekan pedal minyak keretanya keluar dari perkarangan syarikat Risz iaitu syarikat yang menjual kereta import dan local.

Wajah tunangnya langsung tidak dipandang walau sekilas. Marah sangat tu..

Setelah jaraknya sudah jauh dengan syarikat, dia berhenti di sisi jalan. "Keluar." Arahnya tanpa rasa serba salah. Nak jadi tunang Irham Malik sangat kan.. Sekarang terimalah padah dia. Kau ingat aku akan layan perangai bodoh kau ni. Sikit-sikit dah lah. Lebih-lebih siapa nak layan?

"WHAT?!"

"You pekak ke sekarang? I cakap keluar!" Sekali lagi dia menghalau wanita itu.

"Apa salah I sampai you nak tinggal I tepi jalan ni?"

"I rasa you boleh fikir sendiri kut. Dah keluar.."

Farisya merenung Irham. Dan, dia menghembus nafasnya bagi menahan rasa kecil hatinya dengan tunang tak berhati perut ini.

"Okay.. I minta maaf sebab datang office you.. Salah you juga. Kalau you jawab mesej dan call I, takkanlah I datang office you.."

"Salah I? Yang you keluar dengan mamat tua tu dah kenapa? You sedar tak you tu tunang I?" Balas Irham mengenangkan malam dia terserempak dengan Farisya bersama lelaki mana entah. Siap berpeluk-pelukan lagi. Siapa tak marah?

"Yang tu I tak kisah. Sebab you kan. Siapa je tak kenal you. Suka bertukar jantan. Yang kisah sekarang ni, you buat kecoh kat company tu dah kenapa? You nak papa I nampak. Ha?" Marah Irham.

"Silap hari bulan, papa akan batalkan perkahwinan kita. Faham?" Ugut Irham. Sengaja dia ingin menakutkan Farisya.

"You cakap I suka bertukar jantan? Kalau you pula? Apa dia? Jantan tak cukup satu? Macam tu ke?!" Bidas Farisya.

Sebaik itu juga mata Irham mencerlung ke muka Farisya. Berombak dadanya Farisya yang suka melawan. Sekarang pun dah suka melawan, entah bagaimanalah kalau dah nikah. Aku pun tak tahulah kenapa wanita ini yang menjadi pilihannya. Dah macam tak ada wanita lain.

Irham raup rambutnya ke belakang. Rambutnya yang kemas tadi sudah berserabut hanya gara-gara wanita kurang siuman ini.

"You nak I keluar kan? Baik! You jangan ingat I terhegeh-hegeh sangat kat you!" Tempelak Farisya seraya keluar dari perut kereta Audi A5 milik Irham. Pintu dihempas kuat tanda memberontak.

Irham sudah ketap bibirnya. Dia terus menekan kuat pedal minyak keretanya meninggalkan Farisya di situ.

Terhuyung-hayang tubuh Farisya saat Irham meninggalkannya. Misinya gagal. Argh!!

"Bodoh betul punya lelaki. Bukannya nak pujuk aku. Tinggalkan aku pula adalah! Kau tunggu.. Aku akan buat kau menyesal tinggal aku tepi jalan macam ni. Kurang ajar!" Bebelnya seorang diri.

Kakinya yang sakit dipandang. Tak gunalah!

Dia cabut heels merah di kakinya lalu dibaling. Sakit kakinya pakai heels murah ni..

"Sekarang aku nak balik dengan apa?" Sekeliling kawasan itu dipandang. Selama dia di sini tak adalah lagi kereta yang lalu-lalang. Memang sengaja ke Irham tinggalkan dia di sini? Ishhh!!

KERANA DIAWhere stories live. Discover now