BAB 11

835 29 3
                                    

SEMINGGU berlalu dia sah bergelar isteri kepada seorang lelaki namun, hubungan mereka tidak seperti pasangan-pasangan lain. Suaminya entah ke mana dan dia pula masih dihanyuti kebencian terhadap lelaki itu. Sampai kapan dia harus begini. Pintu biliknya yang sudah sekian lama tidak dijenguk, dikuak. Baru hari ini dia ada perasaan untuk masuk ke bilik ini. Sebelum ini dia meminta bantuan Dian untuk mengambil apa-apa dalam bilik ini. Suha sudah seminggu ini juga tidak mahu bercakap dengannya. Mengelak aje kerjanya.

Dia pun tak tahu kenapa hatinya berat sangat untuk masuk ke bilik ini. Inikah yang dinamakan trauma? Tidak. Dia tidak selemah itu untuk trauma dengan perkara seperti ini. Dia hanya takut. Takut benda itu berulang lagi.

Elena meneliti keadaan bilik tersebut. Keadaannya masih sama dan tidak terusik walau seinci sama seperti malam itu. Hanya ruang pakaiannya saja berubah kerana itu saja ruang yang dia benarkan Dian untuk masuk. Melihat keadaan dalam bilik ini membuatkan dia seakan dapat melihat situasi saat itu. Ayah masuk dengan tiba-tiba dan mengatakan perkara yang tidak sepatutnya. Dia pula hanya diresahi dengan fikiran karut ayah. Lelaki itu pula hanya berdiam diri seperti tiada apa yang berlaku. Bencinya dia ingatkan semua yang berlaku. Hanya dalam satu malam, statusnya berubah.

Tak kira apa pun yang berlaku sebelum ini, dia perlu gagahkan diri untuk mula bekerja. Sampai bila dia kena meratapi perkara yang sudah terjadi. Namun, itu bukan bermakna dia melupakan segalanya. Tidak. Dia hanya bersikap profesional. Pasti staf-stafnya pun sedang bercakap tentangnya. Sudah tentulah mereka berkata buruk tentang bosnya ini.

Ketukan di pintu membuang lamunan Elena. Kepalanya berpusing sebelum kakinya diatur menghampiri pintu. Suara kak Mila meyakinkan dia untuk membuka pintu tersebut.

"Cik El.." Terukir sebaris senyuman. Dia pun teragak-agak nak bahasakan bosnya ini dengan panggilan cik atau puan. Aduhh! Hairan.

"Masuklah akak.." Pelawa Elena. Dia sudah tahu akan kehadiran kak Mila ini.

Kak Mila masuk ke ruang pakaian untuk kutip pakaian-pakaian yang belum berbasuh. Selain cleaner di sini, dia jugalah orang yang memastikan pakaian majikannya bersih dan dicuci.

"Kak, kejap."

Tindakan kak Mila terhenti. Elena menghampirinya dengan raut yang berkerut. Apa yang salahnya..

Tangannya memegang sehelai baju berwarna hitam. Dia tilik baju itu sepuas hati. Dan fikirannya terlintas memori di gim tempoh hari. Sweater ini kepunyaan Irham.

"Hm.. Cik El nak saya basuh tak tu?" Tanya kak Mila setelah selesai memasukkan pakaian ke dalam bakul. Lama betul majikannya merenung baju itu.

"Tak apa kak. Baju ni saya basuh sendiri je nanti."

"Baiklah. Akak pergi dulu lah ye.." Kak Mila meminta diri. Sebelum beredar dia mengusap lengan majikannya itu untuk memberi semangat. Dia tahu apa yang telah terjadi walaupun ketika itu dia bercuti. Semua staf kat sini kecoh pasal tu. Mana tidaknya perkara ini tak tersebar cepat. Hmm..satu hal dapat staf kaki gosip ni.

Pintu tertutup.

Elena bawa baju itu ke katil. Matanya kembali merenung. Otaknya sedang berjalan memikirkan perkara yang logik. Takkanlah dia masuk bilik ini hanya semata-mata untuk baju ini. Penting sangat ke baju ni. Mahal sangat ke. Nampak biasa saja. Kalau nak sangat kenapa tak minta semula pada aku? Kenapa perlu masuk bilik orang tanpa izin, getus hatinya.

Kalau dia minta cara elok, memang sah-sah la semua ni takkan jadi. Tapi kalau bukan ini punca utamanya jadi apa lagi? Apa sebenarnya lelaki tu nak dari dia ha? Tak faham lah.

Kepalanya diurut berkali-kali. Sampai bila lah dia kena jadi macam ni..

Ketukan pintu sekali lagi buat dia terganggu. Kakinya melangkah menghampiri pintu. Buat sejenak, dia sempat berdoa bukan Irham yang mengetuk pintu bilik tersebut.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now