IRHAM Malik melihat pantulan dirinya di cermin. Kemeja putih yang dipakai sangat padan dikenakan dengan seluar slack berwarna hitam. Berkali-kali dia membetulkan tali leher yang masih senget. Kemeja putih bersama kot hitam menawan. Memang memukau mata yang melihat.
Semburan minyak wangi disapu bahagian lehernya. Wangian yang sungguh menggoda hidung yang menghidunya. Jam tangan Rolex yang tersimpan dalam almari kaca diambil lalu dipakainya.
Bertambah kemewahan pada seorang Irham Malik. Iya, itu yang dimahukan.
Langkah demi langkah diatur keluar dari biliknya. Aroma masakan menusuk hidungnya yang terlalu lemah. Dia menonong ke ruang dapur. Bau ini seperti memukau dirinya.
"Hmmm... Sedapnya bau.. Nek masak apa ni? Sampai ke bilik boleh bau ni.." Tertutup matanya menghirup bau yang menarik seleranya.
Kehadirannya mengejutkan sosok tua di situ.
"Bertuah punya cucu! Bagilah salam pagi-pagi buta ni. Mujur sudip ni tak naik atas kepala kamu.." Bebel Nek ma sambil mengurut dada. Sudip tu tegak dia pegang. Macam tunggu masa nak mendarat pada sasaran je tu.
Irham ketawa kecil. Dia memegang kedua-dua bahu neneknya. "Bawa bertenang, nek."
"Salah nek juga.. Siapa suruh masak sedap-sedap macam ni."
"Pandailah kamu!" Nek ma ketuk kepala cucunya dengan sudip. Kan dah kata tadi, tunggu masa je tu.
"Ini nasi goreng kampung aje. Bukannya spagetti yang kamu suka makan tu.. Aih.."
Irham gosok tempat sakit.
"Nasi goreng kampung ke cina ke mualaf ke.. Kalau dah nenek yang masakkan, sedap juga. Tak setandinglah dengan spagetti tu.." Kaw! Kaw! Dia ambil hati neneknya.
"Banyak pula kamu menjawab ye. Duduklah. Makan ni.."
Sepinggan nasi goreng dihidang untuknya.
"Papa kamu mana, Irham?" Soal Nek Ma.
Tiada respon dari Irham malah Irham lebih seronok menikmati nasi gorengnya. Bukan apa sangat..
Memang dia malas dengar jika papanya dibangkitkan. Tak fahamlah anak beranak ni.
Hubungan mereka makin renggang sejak menantunya meninggal dunia sebab kanser payudara.
"Mak masak apa ni?"
Panjang umur! Nek Ma terus berpaling ke arah suara tersebut. Anaknya menuju ke arah meja makan. Berbeza dengan Irham yang masih kekal dengan keadaannya. Sedikit pun dia tidak melihat papanya.
"Nasi goreng kampung." Nek Ma melabuhkan punggung.
"Baguslah sangat. Bukan nak tunggu orang tua. Terus melatak aje sorang." Cemuh Tengku Ismail tiba- tiba.
Secara tidak langsung juga suapan dihentikan. Dia memahami ayat papanya. Sudah tentu dialah orang yang dimaksudkan. Siapa lagi jika bukan dia.
Masalah. Masalah. Pagi-pagi buta nak kecoh.
Sudu dan garfu di tangan dihempas kuat. Pinggan ditolak jauh darinya. Irham bingkas berdiri. Malas dia bertikam lidah dengan papanya. Sudahnya dia juga yang berdosa. Tambahpula, nenek ada di sini.
Tak sepatutnya dia menyimbah minyak dalam api.
Jika bukan disebabkan nenek yang datang menginap di sini, dia pun takkan ada lah kat sini. Ini semua kerana nenek. Nenek yang merayunya untuk tinggal bersama papa untuk beberapa hari ini.Dia meluru keluar setelah tangan Nek Ma sudah diciumnya.
Nek Ma hanya menghantarnya ke muka pintu dengan sorotan mata. Bunyi deruman kereta yang semakin hilang menandakan Irham sudah pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
KERANA DIA
RomansaPerhubungan tak dijangka, menyatukan dua hati. Menerima insan baru dalam hidup susah. Tak mudah. Inikan pula insan yang bergelar suami. Pernikahan yang tak pernah diimpikan bersama lelaki bernama Irham Malik menjadi kenyataan. Pertemuan di resort...