BAB 9

832 22 2
                                    

IRHAM keluar dari biliknya. Dia hirup udara pagi yang segar. Gelak tawa kanak-kanak yang bermain di sungai inilah yang jadi penyebab dia bangun awal. Tak marah pun lah. Biasalah kan. Dia yang nak kan bilik ini. Memang selesa. Semua keinginannya, semua dituruti. Padan muka staf kat sini.

Dia mahu ke kaunter resepsi untuk ambil tuala sendiri. Tualanya dalam bilik ini sudah digunakan dan ia kotor. Esok hari terakhir dia di sini. Lepas ni, warga resort ni boleh la senang-lenang.

Kakinya segera melangkah sambil menikmati pemandangan di kawasan resort ini. Kawasan yang redup dan berangin menjadikan keadaan tenang.

Seorang budak lelaki yang beruniform putih ditegur.

"Ya bang. Ada apa?"

"Umur berapa?" Tanya Irham. Tubuh dan muka dia terlalu nampak mentah. Sebab itu dia bertanya. Boleh eh minah tu ambil budak sebagai pekerja. Entah-entah bawah umur lagi ni.

"Kenapa bang?" Soalan berbalas soalan.

Tak payah hairan lah kalau stafnya begini. Tengoklah bosnya bagaimana.

"Bawah umur ke?"

Faris kerut kening. Dia geleng. "Saya 19 bang. Kenapa ya?"

"Oh. Tak apalah."

Dia meneruskan langkah ke bahagian resepsi. Pintu kaca ditolak perlahan. Dari jauh dia boleh nampak beberapa orang di kaunter itu. Sepertinya owner resort sedang bergelak tawa di situ. Perlahan-lahan dia berjalan merapati. Sayup-sayup dia dengar namanya disebut. Apa yang dibualkan?

Langkahnya terhenti. Ralit sangat mengutuk aku sampai tak perasan aku kat sini. Ini ke resort kebanggaan Affan, bisik hatinya.

Hatinya masih tak puas dengan apa yang jadi kat kafe hari tu. Makin ingat kata-kata minah tu, makin sakit hati ini.

"Suka hati dia lah, Farah. Esok dia dah check out kan. Korang boleh la hembus nafas lega lepasni. Saya pun sama juga.." Itu suara Elena, pemilik resort.

Tak sabar betul tunggu aku keluar dari resort ni. Kau tunggu..

Sebaik saja ingin melangkah, dia terpandang banner di hadapannya. Lama dia merenung. Idea yang bernas. Masa untuk bermain..

Irham berdeham kuat. Tindakannya menyentakkan makcik-makcik bawang di situ. Kelam-kabut stafnya mengemas meja kaunter itu. Dah macam kedai mamak dia nampak.

Dia berbalas pandang dengan Elena. Nampak sangat kebencian padanya tu. Ada aku kesah?

"Selamat datang ke kaunter resepsi, encik. Ada apa yang boleh saya bantu?" Ramah stafnya bertanya. Ini bukan staf yang biasa bertugas di sini. Ini orang lain.

"Aku datang nak ambil tuala. Tolong ya sediakan service yang tak menyusahkan guest kat sini. Tuala pun kedekut." Kata Irham tak semena-mena. Sengaja nak menyakitkan hati manusia di situ.

Elena mencebik. Dia mahu melangkah pergi.

"Aku nak stay dua hari lagi. Ada diskaun kan untuk weekend?"

Langkah Elena terhenti dan matanya dengan mata Farah saling berpandangan.

Farah mengangguk. "Kami ada diskaun 10% untuk sabtu dan ahad. Encik nak stay ke?" Soal Farah semula untuk memastikan.

Irham angguk. Dia penat nak bertengking kat sini. Lagipun hari ini dia ingatkan nak tenangkan diri saja. Ramai pula guest kat sini hari ni.

"Baik, encik." Farah meneruskan kerjanya.

Sehabis daya Elena menyimpan keluhannya. Dia sambung melangkah pergi dari bahagian resepsi. Dia mendaki tangga untuk ke tingkat atas.

Irham menjeling arah yang dituju oleh Elena. Sejujurnya, dia baru perasan bahagian ini bertingkat-tingkat. Ingatkan ini je yang ada.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now