BAB 8

744 14 0
                                    


"EL!"

Belakang Elena ditepuk dari belakang. Cepat-cepat Elena pusing. Dia kenal sangat dengan suara perempuan ni.

Seorang perempuan tersenyum lebar padanya.

"Surprise..." Ujarnya dengan teruja. Dan tangan didepang seluasnya meminta pelukan Elena.

Elena terus memeluk Suha. Bahagianya tak terkata melihat kawan baiknya di hadapan mata. Alangkah bersyukurnya dia Suha sudah masuk semula bekerja setelah seminggu perempuan ni bercuti. Cuti pun nak lama-lama. Bukannya ada suami pun. Single-mingle je pun. Tetapi dia sebagai bos dan kawan yang baik, bagi jelah cuti asalkan masuk balik.

"Rindu gila aku kat kau."

"Kau lah cuti lama lagi.." Elena tampar bahu Suha.

Suha ketawa. Perangai Elena ni kan memang tak ubah. Ingatkan seminggu dia menghilang dah berubah si Elena ni. Tak juga.. Masih lagi dengan wajahnya yang cemberut.

"Macam mana cuti, best?" Soal Elena. Berseri-seri muka Suha. Takkanlah ambil cuti seminggu tu sebab ada orang masuk meminang. Yelah, seri naik semacam aje.

"Best gila! Tapi kalau ada kau sekali, lagi best... Kau pun asyik kerja aje.. Cuba cuti dua tiga hari. Bukannya lingkup pun resort ni nanti." Siapa je tak kenal dengan Elena Airis ni. Kalau dah bekerja, nak cuti pun susah. Bukannya apa pun, cuti je. Sepatutnya dia bos, dia lah dapat cuti lebih. Ini tak, staf yang cuti lebih ada lah. Alasannya apa? Tak bolehlah nanti tak ada orang jaga resort ni. Dah tu buat apa bayar staf ramai-ramai? Buat stok? Aaa tak faham betul lah.

"Lingkup?" Berkedut kening dia dengar perkataan itu.

"Ha kenapa? Bukannya lingkup pun. Kau pun ada staf kan.." Ulang Suha lagi. Belum mendapat apa yang membuatkan kening Elena berkedut sebegitu rupa.

"Ish! Dah la. Jangan sebut lagi perkataan tu. Aku tak boleh betul lah." Wajahnya yang ceria tadi berubah.

"Kenapa pulak kau ni.."  Pelik Suha dengan kawannya itu.

"Ada lah. Nanti-nantilah aku cerita. Aku pun dah naik fed up dengan guests kat sini. Macam-macam perangai. Mulut macam tak ada insurans." Marah Elena.

Suha ketawa lagi. "Kau ni.. macam lah tak biasa. Kau kenalah bertabah. Dalam sehari kita ni kena jumpa lebih tau 30 orang sehari. Kenalah biasakan.."

"Ha yelah. Kalau dah 30 orang tu perangai macam hanat. Kau ingat aku boleh bersabar?"

"Besar sangat masalah kau ni. Aku baru cuti seminggu. Bukannya sebulan. Kalau nanti aku minta cuti bersalin. Lagi lama tau.." Seloroh Suha membuatkan Elena merenung matanya. Dia raih jari-jemari Suha.

Ya! Benar sangkaannya. Jari-jemari Suha cantik dihiasi inai merah.

"Maksud kau? Apa ni, Suha?" Luas matanya dicelik. Menunggu masa untuk tersengih selebar mungkin saja ni.

"Hahahaha.. Kau dah kenapa ni, El?"

Suha menahan tawa lagi. Yang aneh-aneh saja kawannya ini.

"Ada orang masuk minang kau eikk??" Tekanya.

Lagi dan lagi tawa Suha terburai. Kali ini lebih besar.

"Aku? Orang masuk meminang?" Tawanya berlanjutan.

"Siapa yang nak kat aku ni.. Elena oiii!"

"Mana ada lah! Kau ni.."

Senyumannya mati. Baru je nak gembira bagi pihak Suha. Sangkaannya salah rupanya.

"Dah tu ni.. Inai bagai ni.. Siap nak cuti bersalin lagi. Biasanya orang yang dah ada niat nak berkahwin je akan cakap begitu. Kau jangan main-main, Suha. Aku ni kawan kau.. Kau tak jemput aku siap lah kau." Bebel Elena panjang lebar.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now