SILAU cahaya yang menyusup dari tingkap bilik menyuluh muka. Siang sudah menjengah. Irham menggeliat. Walaupun bilik ini kelihatan biasa saja, lenanya begitu enak sekali. Langsung dia tidak sedar sama ada dia sempat bermimpi atau tidak semalam. Mungkin juga bunyi air sungai berdekatan biliknya menjadikan tidurnya lebih nyenyak. Dia sengaja memilih bilik ini kerana berhampiran dengan sungai.
Dia mencapai telefonnya di atas meja. Sudah jam 11:00 pagi. Sepatutnya lepas subuh tadi dia tak sambung tidur. Dah lewat ni..
Irham masuk ke bilik air.
Siap mandi dan berpakaian, Irham ke balkoni. Dia menarik nafas sedalamnya lalu dihembus. Tenangnya dia berada di sini. Tidak salah dia memilih bilik ini.
Dia keluar dari bilik. Perutnya dah berkali-kali berkeroncong. Masa untuk dia ke kafe. Berdasarkan apa yang diberitahu budak taman tu, kafe resort ada tak jauh juga dari biliknya ni. Apa yang ada lah kat kafe tu..
Telefonnya berdering sebaik saja dia ingin melangkah. Lantas diangkat.
"Apa dia?"
"Macam mana? Suka tak?" Tanya Affan di talian.
"Hmm.. boleh la." Lalu dimatikan.
Dia meneruskan langkahnya mencari keberadaan kafe.
Benarlah kata budak taman tu, tak sampai lima minit pun dia berjalan dah nampak kafe. Kecil sangat resort ni sebenarnya. Tak adalah mewah sangat. Macam kampung.
Keadaan di kafe agak lengang. Sunyi sepi. Ini sebab makanan tak sedap ke guest kat sini memang buat tempahan kat bilik saja?
Dia ke kaunter untuk melihat menu yang ada.
"Selamat datang, encik.." Sapa seorang pekerja di situ.
Tiada balasan darinya. Dia memilih makanan yang tertera pada menu kemudian ditunjukkan kepada pekerja di situ.
"Cappucino je, encik?"
Dia hanya angguk kepala.
"Okay. Encik boleh duduk ye. Kejap lagi saya hantarkan." Ujar staf itu.
Irham beredar. Dia duduk di meja yang berada di hujung kafe. Dia menanti sambil membaca buku yang tersedia di meja itu. "Kisah kita.." Buku itu diselak satu per satu. Tidak menarik. Buku itu diletak kembali. Membosankan. Patutlah tak ada sesiapa yang datang ke kafe ini. Sunyi sepi.
Hanya beberapa minit menunggu, pesanannya sudah sampai.
Pintu kafe yang terkuak membuatkan anak matanya tertancap ke arah itu. Lama dia merenung perempuan itu sambil otaknya ini berfikir, apa benar budak ini sebenarnya pemilik resort ini? Tak terduga sebenarnya. Nampak macam budak tak matang tapi dapat buka resort.
Kelihatan Elena sangat selesa dengan suasana kafe Bayu. Sudah tentulah kafe ini kafe resort kan. Angin pagi sepoi-sepoi bahasa bertiup masuk melalui tingkap yang terbuka.
Walau hati ini tengah dilanda badai, harinya harus juga dilalui dengan aman. Tidak kiralah apa jua yang sudah dia hadap. Dia patut jadi manusia yang tenang. Suasana kafe ini pun sangat mengecewakan dia. Tiada sesiapa pun di sini kecuali...
Berusaha Elena melarikan pandangan mata bila sedar mata seseorang yang berada di hujung kafe itu bertembung. "Kenapa dia pandang aku macam tu?" Getus Elena.
"Cik El.." Secawan hot chocolate sudah diletakkan di meja bosnya.
Elena senyum.
Stafnya kembali bekerja.
Perlahan-lahan dia menghirup air panas itu. Sekilas saja dia memandang semula lelaki di hujung kafe itu. Entah bagaimana dia nak terangkan. Macam mana lah dia boleh bertemu semula dengan lelaki ni di sini. Di resort dia pula tu. Masalah betul. Padahal boleh katakan lebih kut 40 kali dia berdoa agar tidak dipertemukan semula dengan lelaki yang hampir bertumbuk dengan Izham disebabkan aku. Nampaknya tuhan tak makbulkan doanya, namun memberinya lagi ujian demi ujian.
YOU ARE READING
KERANA DIA
RomancePerhubungan tak dijangka, menyatukan dua hati. Menerima insan baru dalam hidup susah. Tak mudah. Inikan pula insan yang bergelar suami. Pernikahan yang tak pernah diimpikan bersama lelaki bernama Irham Malik menjadi kenyataan. Pertemuan di resort...