BAB 1

3.9K 48 0
                                    

BERLARI di taman sambil menikmati keindahan alam adalah sesuatu yang dia patut bersyukur. Hirup udara pagi dapat menenangkan hati dan emosinya yang agak kurang stabil sejak dua menjak ni. Dengan kerja yang banyak, perangai pekerjanya yang pelik-pelik. Semua tu memeningkan dan menyerabutkan kepalanya.

Elena Airis mengerling sekilas lelakinya yang tercungap-cungap di sebelah. Lelaki ini menemaninya pagi ini. Selalunya dia seorang diri saja keluar berjoging hirup udara segar ni. Hanya kadang-kadang saja dia ditemani begini.

Peluh renik yang berjejeran di sekitar dahi teman lelakinya diseka dengan tuala muka. "Penat?"

Izham menghembus kuat nafasnya. Dia tetap terpana dengan tingkah Elena walau perkara itu sudah terbiasa bagi Elena. "Belum. Why? You penat ke?"

Elena menghentikan langkah kemudian menggeleng kepala. "Nope."

Izham tertawa. "Then, kenapa berhenti?"

"Hahaha.. Saya tak penat. Cuma, apa kata kita rileks kejap. Rehat kat sini.." Kakinya menghala ke bangku di tepi tasik. Dari situ, dia dapat melihat beberapa ekor itik yang sedang berenang. Comel.

Izham tersengih. Punyalah tak nak tunjuk dia tu dah penat.

"Yelah tu."

"Have a sit, Mr. Izham."

Izham duduk di sampingnya.

Angin sepoi-sepoi bahasa serba sedikit boleh mendinginkan peluh di badan.

"Dah stabil ke?"

Elena menoleh pada Izham dengan muka berkerut. Selepas beberapa saat barulah dia memahami perkara yang diajukan. Dia mengukir senyuman.

"Alhamdulillah.. Dah stabil sikit. Maybe.. perlukan masa untuk cas mental dan fizikal yang dah banyak guna untuk layan karenah pelanggan kat resort tu.." Jawabnya.

Tiada kesenangan tanpa dugaan kan? Itulah yang dia sedang hadamkan. Selagi dia mampu hadap, dia akan teruskan semangat untuk teruskan kerjayanya. Walau kadang-kadang layan perangai pekerja sendiri lagi susah dari guest kat resort tu.

Memang dia bangga dengan diri sendiri sebab dapat buka sebuah resort hasil usahanya. Dengan bantuan ayah juga sebenarnya. Syukur.. Tak sia-sia dia belajar bertahun-tahun.

Izham merenungnya. "Bagusnya lahai bakal isteri saya ni." Pujinya.

"Alahh malu lah. Janganlah tengok saya macam tu!" Elena menampar bahu Izham. But, wait! Bakal isteri? Lelaki ini selalu saja buat muka dia rasa membahang. Bukan kerana marah, tetapi malu.

Pandangan Izham tidak beralih. Wajah itu sungguh mempersona. Walaupun ada sedikit peluh renik di wajahnya.

"Ya Allah, Mr. Izham! Janganlah pandang saya macam tu. Segan lah saya.." cebik Elena lagi. Kali ini dia berdiri.

Izham turut berdiri. "Awak.."

"Hm?"

"Boleh saya tanya tak?"

"About what?"

"Saya nak tanya pendapat je. Kalau awak rasa pendapat saya ni, terbaik. Saya akan teruskan. And, if awak rasa pendapat saya ni kurang menyenangkan, saya nak awak pertimbangkan. Boleh?" Masih gugup sebenarnya dia ingin mengatakan hasratnya.

Ternaik kedua-dua belah kening Elena. Perlahan-lahan dia tertawa kecil. "Macam tak ada beza je.. Hahahaha.."

Izham telan liur. "Boleh tak?"

"Cakap dulu.. Pasal apa ni?" Entah mengapa, dia pun turut gementar untuk dengar fasal yang ingin dikatakan.

"Emm.. Aa.. aa.. Saya.. aa.."

KERANA DIAWhere stories live. Discover now