ELENA Airis pandang imej dirinya di pantulan cermin. Memerhatikan dress yang tersarung di tubuhnya. Dress labuh yang berwarna putih suci itu elok terletak di tubuhnya. Dia tersenyum bangga melihat dirinya. Dress yang diberi oleh ayahnya sangat cantik.
Malam ini, majlis ulang tahun perkahwinan orang tuanya yang ke-24. Lama kan.. Kukuhnya hubungan cinta abadi ibu dan ayah dibina. Ibu dan ayah adalah contoh terbaiknya. Impiannya juga sama ingin jadi seperti ibu dan ayah. Dia sangat mengharap hubungannya bersama suaminya nanti dapat sebahagia ibu dan ayah. Kebahagiaan rumah tangga ibu dan ayah langsung tak boleh dia nak samakan dengan apa sekali pun.
Cinta ayah dan ibu bak cinta Adam dan Hawa. Pelbagai rintangan yang datang pasti mereka cekal menepis. Cinta ibu dan ayah adalah cinta yang pertama. Dahulu, ayah dan ibu berkahwin sedangkan mereka tidak mengenal antara satu sama lain. Tetapi kerana mereka pernah berjanji, jadi cinta itu hadir tanpa diduga.
Ayah pernah berkata, cinta tak mudah. Namun, bila cinta itu dipupuk maka, cinta itu dengan sendirinya akan hadir tanpa harus memaksa. Walaupun, cinta itu tidak pernah kita duga. Ayah juga ada berkata, cinta itu mudah. Jika, kita mencintai orang yang tulus. Dan, orang yang tulus mencintai kita.
Cinta yang tulus itulah yang sukar, bukan?
Telefon di atas meja dicapai. Nombor telefon Izham didail untuk kesekian kalinya. Namun, keluhan hampa menyusul beberapa saat selepas itu apabila suara operator yang kedengaran. Dia tahu, Izham baca mesejnya cuma dia saja yang tidak membalas. Untuk kali terakhirnya, dia menghantar mesej lagi kepada Izham tentang majlis hari ini. Telefon diletakkan semula di atas meja.
Elena berpaling ketika pintu biliknya diketuk dari luar. Suara ayah dan ibunya memanggil namanya. Lantas itu dia berjalan ke pintu dan melihat wajah insan yang dia sayang. Kedua-dua wajah itu indah dipandang.
"Ayah ibu dah siap. Macam pengantin baru!" Pujinya. Tangan Tuan Khairul dan Puan Afiyah digenggamnya.
"Anak ibu pun cantik ni. Dah macam dia pulak yang nak nikah.." Usik Puan Afiyah pula.
Tersipu malu anak daranya.
"Dah la. Jom ke dewan. Suha cakap semua dah tunggu kat sana.." Ujar Elena sekaligus ingin menukar topik. Macam mana nak nikah kalau calon suami pun entah ke mana.
Elena menutup pintu biliknya. Kedua-dua tangannya merangkul pinggang ayah dan ibu mengikuti langkah yang diatur.
"Izham datang?" Soal ayahnya tiba-tiba. Ini antara soalan cepumasnya.
Elena hanya membalas soalan itu dengan senyuman pendek. Dia tidak tahu apa yang harus dia nyatakan. Dia sendiri pun tidak tahu perkara apa yang sedang bermain di fikiran Izham Danial. Rasa patah hatinya mengingatkan Izham. Sampai hati Izham buat dia begini. Macam dia pula yang terhegeh-hegeh inginkan Izham. Macam dia pula yang menagih perhatian dari Izham.
"Kalau dia tak datang, ayah ada calon baru untuk El."
Langkah mereka bertiga terhenti. Terbeliak besar mata Elena. Elena angkat wajah dan matanya silih-berganti bertembung dengan mata orang tuanya. Dia harap ayahnya hanya bergurau.
"Ayah serius. Ayah dah jumpa calon untuk El."
Sungguh tak pernah terlintas dalam benaknya yang keadaannya akan jadi begini. Apatah lagi berkahwin secara paksa.
"Siapa, bang? Saya kenal ke?" Tanya ibunya.
Itu yang mengejutkan. Ibu pun tidak tahu pasal ni? Ini makin pelik. Kebiasaannya semua yang ada dibenak ayah, akan diketahui oleh ibu dahulu. Kali ini tidak.
"Kejap lagi awak akan kenal." Jawab ayah terlalu ringkas.
Kejap lagi? Ayah ada jemput sesiapa ke selain staf kat sini?
![](https://img.wattpad.com/cover/343428326-288-k923088.jpg)
YOU ARE READING
KERANA DIA
RomancePerhubungan tak dijangka, menyatukan dua hati. Menerima insan baru dalam hidup susah. Tak mudah. Inikan pula insan yang bergelar suami. Pernikahan yang tak pernah diimpikan bersama lelaki bernama Irham Malik menjadi kenyataan. Pertemuan di resort...