TIGA bulan berlalu begitu pantas. Terlalu banyak yang terjadi dalam tempoh tersebut. Semuanya dia usahakan untuk melupakan. Statusnya sebagai isteri langsung tak ada ertinya. Hanya sekadar status yang harus dia pegang sampai hari lelaki itu melafazkan cerai untuknya. Entah kapan..
Dia tetap akan menjalani hari-harinya dan membawa ke mana sahaja statusnya. Kakinya melangkah meluru ke tempat letak kereta.
Elena mengerling beberapa pekerjanya di pintu utama bahagian resepsi. Semua memandangnya aneh. Pastinya selendang di kepala dan pakaiannya yang menutup aurat menampakkan dirinya aneh hari ini. Dia kenakan jubah hitam dengan selendang hitam. Langsung tidak memberi masalah untuknya. Kereta Honda Civic dipandu keluar dari perkarangan resortnya. Majlis tahlil akan bermula selepas isyak. Dia sengaja pergi awal. Sekaligus ingin berjumpa ibu dan ayah yang lama tidak dengar khabar. Sampai bila dia nak merajuk dengan ibu dan ayah sedangkan mereka saja tempat dia menumpang kasih. Walaupun perih hatinya, dia akan cuba sedaya upayanya melenyapkan kenangan silam itu.
Sejak kepergian Irham, ayah dan ibu tidak lagi mengambil berat tentangnya. Selama itu juga hatinya rasa kosong. Hanya kerana statusnya sebagai isteri Irham, ayah tidak mahu masuk campur urusan rumah tangganya. Dugaan seorang Elena Airis. Tidak pasti bila akan berakhir.
Keretanya dibelok masuk ke kiri. Sebuah rumah milik orang tuanya tersergam indah di depan mata. Kereta dipandu masuk ke garaj kereta. Dari luar lagi dia sudah boleh agak betapa ramainya saudaranya yang datang ke majlis malam ini. Majlis tahlil untuk arwah atuk dan nenek kedua-dua belah orang tuanya.
"Elena..."
Tubuhnya dipeluk sebaik saja dia keluar dari perut kereta. Sesak nafasnya.
"Lama gila tak jumpa kau. Apa khabar sekarang?" Ceria suara Raisya.
"Baik je. Kau?"
"Tengoklah aku. Makin sihat ni." Selorohnya seakan mengatakan dirinya itu makin tembam. Padahal kurus saja.
Elena senyum. Matanya meliar mencari ibu dan ayah.
"Pak Lang keluar tadi dengan Ayden. Mak Lang pulak kat dapur. Pergilah.." Ujar Raisya seperti dapat membaca fikiran Elena.
"Oh, thanks.."
Elena terus meninggalkan sepupunya di situ. Dia masuk ke dalam rumah. Handbagnya diletak pada sofa di ruang tamu. Dapur menjadi tujuannya. Riuh bunyi ruang itu.
"Ya Allah, El.." Cepat saja Puan Afiyah mendapatkan anaknya. Sudah lama mereka tidak bertemu. Bersyukurnya dia melihat Elena ada depan mata. Lembut juga hatinya untuk pulang ke sini.
Elena cium tangan ibunya.
"Ibu sihat?"
"Sihat, nak.." Puan Afiyah usap kepala anaknya yang berlitup. Sejuknya hati tengok anak perempuannya memakai tudung.
"Balik.. Ingatkan nak tinggal kat resort tu aje. Sampai tak nak pulang ke rumah jumpa ibu ayah. Mujurlah masih kenal jalan ke sini ye.." Sinis suara itu bersuara. Siapa lagi kalau bukan Mak Longnya.
Itu baru tiga bulan dia tidak pulang dah bising. Belum lagi tiga tahun. Tak payah nak ambil hati sangat kalau dengan Mak Long. Bukannya tak biasa. Ada saja tak kena di matanya.
"Siti.." Tegur Mak Ngahnya. Mak Ngah dengan Mak Long berbeza. Padanya, Mak Ngah lebih beradab jika nak dibandingkan dengan Mak Long yang mulutnya puaka sangat.
"Apa nya? Betul lah aku cakap. Nasib baik juga kita buat tahlil malam ni. Jika tidak, entah bila budak ni balik jumpa orang tua dia. Tahulah kecewa. Tapi kecewa itu pun sendiri yang cari masalah." Bidas mulut puaka Mak Long.
![](https://img.wattpad.com/cover/343428326-288-k923088.jpg)
YOU ARE READING
KERANA DIA
RomancePerhubungan tak dijangka, menyatukan dua hati. Menerima insan baru dalam hidup susah. Tak mudah. Inikan pula insan yang bergelar suami. Pernikahan yang tak pernah diimpikan bersama lelaki bernama Irham Malik menjadi kenyataan. Pertemuan di resort...