CH 1

3.5K 66 0
                                    

Aku merenung barang yang dikumpul elok di penjuru bilik. Memikirkan apa lagi barang yang perlu dibawa untuk ke hostel pada pagi ini. Ini sudah kali ke 3 aku memeriksa kembali semua barangku. Tidak mahu ada yang tertinggal sedikit pun memandangkan diriku yang terlalu cuai.

"Kakak, barang dah siap kemas ke? Document-document penting semua kakak dah letak dalam satu tempat ke. Surat permohonan, slip bayaran semua dah simpan ke?" soal mama dari luar bilik.

Aku hanya menjawab iya saja.

Jantung aku dari tadi berdebar tak tentu pasal. Rasa tak sedap di hati. Ini langkah pertamaku sebagai seorang pelajar selepas mendapat results spm. Sudah 4 bulan aku berehat, kini tiba masa untuk aku menjadi seorang penuntut ilmu semula.

Tetapi kalau diikutkan hatiku berat sangat. Kolej yang ingin dimasuk ini bukanlah pilihan hatiku. Apakan daya aku terpaksa terima juga atas pujukkan ibu bapaku. Abang aku juga seorang alumni di kolej ini. Lagilah ibu bapaku berharap untuk aku memilih kolej ini. Abang aku sudah berjaya dah pun memasuki university melanjutkan pengajian ijazah yang diidamkan dengan mudah . Jadi ibu bapa aku mahu aku mengikut jejak langkah abangku.

Lama jugak aku fikirkan tentang ini. Lagi satu yang menyebabkan aku was-was ialah aku tidak mempunyai kenalan langsung di kolej itu. Lagi beratlah hatiku. Aku sedar yang diriku ini memang susah sangat nak rapat dengan orang. Apatah lagi nak bercakap dengan orang. Aku ni seorang yang susah bergaul. Jadinya kenalan aku memang tidak ramailah.

"Kakak, jom gerak. Pukul berapa dah ni" ujar ayahku yang mengangkat barang-barang memasuki kereta. Dibantu oleh adik-adik aku jugak.

Aku hanya mengangguk. Senyuman di bibir dipasang. Takkanlah nak tunjuk riak sedih dekat parents pula kan. Nanti apa pula kata diaorang.

Usai barang-barang sudah dimasukkan ke dalam kereta, kitaorang bertolak. Kolej itu tidak jauh dari rumahku. Walaupun negerinya lain dari tempat tinggalku. Adalah dalam 45 minit juga.

Sepanjang perjalan parents aku tak habis-habis berbual denganku. Tapi aku hanya memjawab acuh tak acuh. Memikirkan apa yang bakal terjadi kepadaku di kolej nanti. Risau. Takut. Nervous.

Selepas perjalanan yang panjang kami tiba di kolejku dengan selamat. Besar juga kolejku berbanding dengan sekolah aku yang dulu. Ramai orang yang kehulu ke hilir. Sibuk untuk menguruskan diri masing-masing.

Aku pun tidak terlepas untuk menyibukkan diri bagi mendaftarkan diriku memasuki kolej itu. Aku diarahkan untuk naik ke tingkat atas untuk mendaftar. Tunggu pun bikin nervous.

Nombor giliranku dipanggil. Aku bangun untuk ke kaunter yang diberi. Elok aku melangkah seseorang melanggarku. Dia terjatuh. Tapi aku masih berdiri. Mungkin sebab dirinya yang kecik tak dapat imbangkan diri.

Seraya itu aku membantunya bangun. Mata-mata di sekeliling memandang kami. Gulp! Nervous. Tapi tidak menghalangku untuk bertanyakan keadaan si dia.

"Sorry, saya tak sengaja. Saya rushing sangat tadii" ujarnya. Suaranya sangat lembut. Wajahnya pun cantik. Dengan putih pucat. Jerawat merah-merah sikit di pipinya.

"Its okay. Awak okey kan" dia hanya mengangguk lalu aku membantunya bangun. Dia ucap terima kasih dan aku pun hanya membalasnya. Sampai situ sahaja perbualan kami. Tapi dalam hati ini berharap sangat yang kitaorang akan berjumpa lagi. Mungkin nak jadi kawan dengan dia.

Selesai aku habiskan sesi pendaftaran. Akak fasi yang baik itu menyuruh aku pergi ke blok yang diberi untuk mengambil kunci. Aku hanya menurut. Sempat aku menelefon parents aku. Memberitahu yang aku akan bergerak ke blok. Aku mahu melihat dulu keadaan blok itu.

Usai selesai mengambil kunci, aku naik ke tingkat 3. Sangat tinggi ye. Kalau mama naik ni mahu berdarah telinga dengar dia membebel sakit kaki ataupun penat.

Aku mencapai tombol pintu bilikku. Berkunci. Maksudnya, aku orang pertama yang tiba. Alhamdulillah. Bolehlah aku pilih katil yang selesa.

Aku pun membuka kunci bilik itu. Ada 4 katil setiap penjuru. Di sebelah katil ada meja dan loker. Nampak luaslah tengah-tengah tu kosong.

Selesai aku membuat keputusan yang aku nak. Aku terus menelefon ibu bapaku untuk naik ke atas.

Selang beberapa minit, pintu bilikku dikuak. Terdapat seorang pelajar dan adiknya mungkin bersama ibunya. Macam mana aku tahu dia pelajar. Sebab dia pun mengenakan baju kurung sama sepertiku. Cantik juga. Wajah dia clean saja.

and Oh! This gonna be so awkward.

Aku hanya memberi senyuman sahaja. Suasana senyap berubah apabila ibu kepada pelajar itu menegurku. Biasalah. Buat buka bicara. Aku pun melayannya. Aku ini bukanlah tidak ramah cuma malas nak bergaul. Tapi bila orang mula berbual denganku. Aku pun akan cuba berbual dengannya.

Lama aku berbual. Ayahku menelefonku mengatakan mereka tiba di hadapan blok. Aku meminta izin untuk beredar.

Aku mengangkat barang-barangku menaiki tangga dibantu oleh mama dan adikku. Waktu aku letak barang. Ada seorang lagii pelajar yang baru jugak.

Dia Chinese.

Buat aku excited. Aku memang macam ni. Excited kalau jumpa orang lain bangsa. Rasa nak berkawan. Berkawan.

Ada satu lagi katil kosong.

Selesai aku simpan barang-barangku, parents aku ajak makan then diaorang kata diaorang nak balik terus. Dan aku pun okey. Biasalah mestilah akan ada drama air mata dari mama. Sayang sangat dekat anak perempuan dia yang seorang ni. Aku pun mana boleh tengok mama aku nangis. Aku ikut nangis jugalah. Tapi tak lama pun.

Parents aku pun pulang. Tinggallah aku di sini. Aku bergerak naik ke atas. Tengok kasut macam ramai. Aku masuk ke dalam bilik. Beri senyuman sikit dekat roommate² aku dan... eh! budak yang terlanggar aku tadi.

oh roommate aku rupanya.

Aku sempat bertentang mata dengannya. Dia hanya memberi senyuman dan aku membalas. Ada 2 orang rakannya yang lain. Jadi aku malas nak ganggu.

Aku sambung kemas barang-barangku. Senyap je. Yang kawan-kawan dia je bising. Tanya dia bawa keperluan cukup ke tak. Aku macam biasa pasang telinga je. And kadang-kadang ada jugak diaorang tanya course kitaorang yang lain. Lepastu diaorang pun balik bilik diaorang memasing. Nampak macam diaorang tu first intake.

"Nama, nama korang apa?" soal gadis yang aku terlanggar tadi.

"Nama aku Keyin. Boleh panggil Kay je" jawabku.

"Nama aku Amira. panggil mira" ujar gadis yang aku sembang dengan mak dia tadi.

"Nama I Hui xing" jawab Chinese itu.

"Nama awak?" soalku pula.

"Hana" jawabnya pendek. Comel namanya.

"Hampa tau kan petang satgi kita ada orientation" ujar mira. Lupa bagitahu, dia ni asal kedah jadi loghatnya begitu. Dia tak pandai cakap keyel katanya. Kitaorang iyakan aje.

"Kita baru je masuk harini dah ada orientation ke?" balasku saja nak berbual.

"Kawan saya cakap kolej ni memang macam ni. Biasalah kan nak laju je memanjang. One year kan" jawab Hana.

Aku hanya mengangguk.

"Pukul berapa tu?" soalku.

"Pukul 4 sampai 5" jawab mira. Aku mengangguk. Mana diaorang dapat info-info macam ni. Patut tak aku tanya.

"Korang dapat mana info ni?" soalku lagi

"Ada group. Meh nombor awak, saya bagi link" jawab Hana seraya mendekatiku. Tak tipu, wangian dia sangat kuat. Even dia duduk jauh pun aku boleh bau, apatah lagi depan-depan macam ni. Buat aku rasa nak hidu dia sepanjang hari. Apa yang lain macam sangat aku ni.

tbc...

CINTA HATI [gxg]Where stories live. Discover now