CH 11

1.2K 47 0
                                    

angin malam menyapa lembut pipiku. dentuman guruh mula kedengaran tak henti-henti . cuaca ini sangat memahami perasaan aku sekarang ni. sedih. kecewa.

dah 5 hari aku tunggu aiskrim yogurt strawberry aku restock tapi tak restock² lagi. arghh! sakit hati aku. batu-batu yang aku jumpa di sekitarku aku main sepak aje. biar batu ni pun rasa sakit macam aku.

tetiba aku terasa sejuk. tanganku dimasukkan ke dalam poket hoodieku. baru aku perasan malam ni macam tak ramai orang dekat kawasan dataran ni. jarang keadaan ni berlaku.

aku pun mengambil keputusan untuk jalan-jalan pusing kolej aku ni. lama aku tak jalan-jalan ambik angin malam. asyik busy saja dengan assignment.

sedang aku pusing-pusing tiba-tiba aku rasa macam dah lambat. aku tengok jam aku and betul memang dah lambat. kejap lagi guard ada ronda. kalau aku kena tangkap masak aku kena rampas kad.

aku pun ikut shortcut lalu belakang library. cepat sikit aku sampai hostel.

tetiba aku menangkap satu couple ni tengah berpelukan dekat pondok.

ooo pandai ye cari port tersembunyi sikit nak main peluk-peluk.

tak lama lepas tu mereka melepaskan pelukan dan gerangan perempuan tu...

gaps!

dapat dengar hatiku berkecai bak kaca pecah. aku kenal sangat gerangan dia. sakit. sakit sangat permandangan di depan mata. air mataku mula mengalir setitis demi setitis.

Ini kali pertama aku menangis demi dia. mengapa. mengapa aku perlu menangis demi dia. dia bukan milikku.

aku menangis kerna aku sedar dia takkan jadi milikku. apatah lagi mencintaiku.

aku undur. pulang ke hostel aku.

dentuman guruh mula menyapa lagi. setitis demi setitis air hujan membasahi aku.

bolehlah menutupi air mata yang sedang mengalir ini.

sakit

seraya itu aku terasa hujan tidak lagi membasahiku.

aku memandang gerangan yang memayungiku.

kak mel.

"kay, kenapa duduk tengah-tengah jalan ni. sekarang tengah hujan kan" kak mel memberi pesanan. aku hanya memandangnya dengan riak kosong.

wajahnya sedikit terkejut. mungkin melihatkan mataku yang memerah.

dalam sekelip mata aku berada di dalam dakapannya.

I feel calm.

lagi sekali air mataku mengalir tanpa henti. kak mel tidak berkata apa. cuma membiarkan aku menangis dengan sepuas hati. lepaskan perasaan sakit yang ada di hati.

setelah reda aku melepaskan pelukan kak mel.

"dah?" soalnya. aku hanya mengangguk. tak pernah terfikir pun yang aku akan jatuh cinta sedalam ini dengan namanya hana.

"kak mel!" jerit seseorang dari jauh. dan aku tahu gerangan itu.

"oh mika, kenapa tak balik lagi" sapa kak mel mesra.

"baru habis ronda je kak mel" oh maybe mereka ada duty untuk ronda hari ni. iyee lah masing-masingkan mpp. kak mel ni senior mika.

mataku bertembung dengan mika.

"eh kay, kau nangis ke" aku hanya memandang tempat lain.

"mana ada" ujarku.

"tipu. kau nangis" balasnya lagi.

"diamlah" budak ni kalau takde benda lain baik takyah cakap apa-apa. kak mel hanya memandang pergaduhan aku dengan Mika.

##############################

"kau balik pukul berapa mira?" soalku kepada mira yang siap mengemas barangnya.

"ni sat lagi. bapak aku mai dah" ujarnya lalu mengangkat beg kecilnya. kitaorang dapat cuti 3 hari, so masing-masing nak balik rumah.

"aku gerak dulu. apa-apa call" mira pun beransur pergi. yang hui xing awal pagi sudah gerak. padahal rumah dia paling dekat.

lalu mataku beralih ke arah hana yang sibuk bermain dengan telefon pintarnya.

FLASHBACK

"hang tau dak ada gossip baru" mira menghampiri aku. aku hanya mendengar.

"pasal hana" lagi lah aku nak dengar.

"hang tau dak dia dah break dengan boyfriend dia" ujar mira berbisik. aku terkejut sekejap. baru minggu lepas aku nampak hana dengan boyfriend dia berpelukan dekat belakang library hari tu. sampai bengkak ha mata aku nangis.

"bila breaknya?"soalku hairan. sekarang ni aku taktahu nak rasa bahagia ke apa.

"baru lagi. yang tu tak penting. hang tau dak hana viral satu kolej. depa kata hana tu player. depa kata hana curang dengan boyfriend dia. sebab tu depa break" dahiku berkerut. sejak bila pula hana buat macam tu. aku pula yang sakit hati bila orang kata hana macam tu.

"aku rasakan boyfriend dia lah yang pii tabur fitnah semua tu" aku hanya diam. taktahu nak balas apa. ada juga manusia kejam macam tu dekat hana.

END FLASHBACK

aku teringat akan perbualan aku dan mira pagi tadi. hana tak dapat pulang sebab rumahnya agak jauh dari kolej. cuti 3 hari jadi macam membazir sahaja dia book ticket nak balik rumahnya. jadi dia tinggal di kolej.

aku perasan matanya merah macam baru lepas nangis. dia pernah cerita yang dia pernah kena buli dekat sekolah dulu. jadi bila benda ni jadi mesti dia takut.

"hana, kawan kau datang pukul berapa?" dia kata kawan dia yang nayli tu nak datang teman dia dekat sini.

"dia tak jadi, dia kata dia lupa dekat aku. dia pergi setuju kawan dia ajak tidur rumah kawan dia"

tak sempat aku membalas mama call kata dia dah sampai. aku sebagai anak yang baik tak buat mama menunggu aku terus turun ke bawa dengan beg galasku.

"mama, kalau kawan kakak ikut balik rumah sekali boleh ke. rumah dia jauh, so dia tak boleh balik. sekarang dia tinggal seorang kat bilik" soalku kepada mama dan abah.

"boleh je" jawab mama.

aku menaiki tangga dengan pantas taknak bagi mama dengan abah tunggu lama-lama. kesian diaorang.

"hana!" aku menguak pintu.

"packing barang. ikut saya balik" dia memandangku berkedip-kedip.

"eh, takpe ke" soalnya lagi.

"takpe" aku dengan tak malunya buka almari dia lalu bawa beg galasnya.

"awak siap. saya kemas barang awak" ujarku lalu dia pun cepat-cepat kemas. dia pun faham akan parentsku yang sudah tiba di bawah.

dalam kelam kabut itu kitaorang mengemas. habis bersepah bilik. tapi kitaorang kemas baliklah lepastu.

selesai semua kitaorang turun bawah.

mama dan abahku menyapa hana dengan senyuman.

usai itu kitaorang bergerak pulang. banyak soalan yang mama tanya dekat hana.

hana pun pandai menjawab dan ambik hati mama. eh! ambik hati?

pandai melayanlah maksudnya haih. belum apa-apa dah jump to conclusion.

tbc...

CINTA HATI [gxg]Where stories live. Discover now