CH 3

1.4K 49 0
                                    

"class hampa start pukul berapa?" soal mira memecahkan kesunyian.

Walaupun still ada orientation lagi tapi kitaorang dah dapat jadual class. Sangat cepat kan. Padahal orientation berlangsung selama seminggu.

"pukul 8" jawab hui xing. hui xing ni comel. dia punya usaha nak cakap bahasa melayu tu comel gila. slow-slow je dia cakap.

"sama" jawab aku dan hana serentak.

"I dengar cerita hari ni kita ada ice breaking" ujar hui xing. Kitaorang hanya mengangguk sahaja. Maksudnya bermulalah aktiviti fizikal pada hari ketiga ini. must be so tired. Aku paling tak suka macam ni. Nak kenal-kenal orang.

"Nak kena bergaul" keluh hana. Hana pun sama sepertiku tak suka bergaul sangat. Lurve dia.

Yang aku dari tadi tak habis-habis menguap. Mana taknya, program start pukul 8 tapi diaorang suruh datang awal setengah jam. Sangat mengantuk ye untuk orang yang bukan morning person macam aku. haih.

"ngantuk eh" aku hanya mengangguk dengan pertanyaan hana. dia mengusap perlahan rambutku. terduduk statik aku. dia ingat aku kucing ke buat macam tu. tapii bestlah.

"awak tidur pukul berapa semalam? saya tengok awak study" soal hana kepadaku. iyee aku ni baguskan. class tak start lagi aku dah study. well, inilah kebaikan aku. memandangkan aku ni second intake, budak first intake dah start belajar. aku dah ketinggalan seminggu dengan diaorang. jadi aku nak kejar diaorang balik dengan study awal-awal. sila contohi aku.

"awal je. pukul 2 macam tu" jawabku.

"awal awak cakap. 2 tuu dah lewat" ujarnya. hm aku rasa awal je lagi. Mungkin sebab aku ni night owl kot. dia takleh relate dengan aku.

aku hanya mengjungkitkan bahuku.

"Salam sejahtera semua dan selamat pagi" ujar seorang pelajar yang dikenali sebagai ketua fasi dekat situ a.k.a senior kitaorang.

Disebabkan dia start bercakap hana memberhentikan belaiannya dirambutku. hm sedih sikit.

Selesai fasi itu memberi tentatif kitaorang pada hari ini. Dia pun meminta kitaorang untuk membuat kumpulan. Satu kumpulan 10 orang. Dan aku dengan hana stick together.

Mira entah siapa-siapa dia panggil suruh masuk kumpulan kami. Jadinya cukuplah 10 orang. Macam tu je mira cari ahli kumpulan. Bagus mira ni. Takdelah aku dengan Hana kena bergerak sangat.

Jadinya kitaorang perkenalkan diri masing-masing. Kumpulan ni ada semua perempuan. Sebabnya syarat dia memang macam tuu. kena sama jantina satu kumpulan.

Setiap kumpulan akan dapat satu fasi. Kitaorang dapat fasi kak mel. akak fasi yang pernah tegur aku masa hari pendaftaran hari tu. dia kata dia senior waktu sekolah aku dulu. Sejujurnya aku tak pernah kenal dia. Aku cuba ingat muka dia dekat sekolah dulu. Haih. memang tak ingat weh.

game kitaorang pun berterusan. Siapa sangka dalam game pun aku dapat tahu biodata pasal hana. tarikh lahir dia. warna kesukaan dia. hobi dia. semua benda pasal dia aku dah tahu.

sukanyaaa.

"okey game seterusnya, rasanya korang dah tahu kot" kak mel mengeluarkan kain bandage dan 2 utas tali. masing-masing dah mengeluh.

aduh dah macam kem pengakap.

"erm okey, Kay meh sini jadi model" panggil kak mel. And ni dah masuk kali ketiga dia panggil aku suruh jadi model. every game okey dia panggil aku suruh jadi model. ingat aku ni apa. bayarlah.

aku sempat mengeluh sebelum aku bangun dari dudukku. Hana hanya memerhati. Entah kenapa aku boleh rasa aura hitam dekat sekeliling hana. Aura apa eh panggil tu. Aura cemburu? ehh tak mungkin tak mungkin.

"tangan letak macam ni" arah kak mel suruh buat tangan macam orang sakit tangan tu. Aku pun ikutlah. Dia pun start mengajar diaorang. aku hanya pasrah jadi model sakit tangan.

waktu dia mengajar, dia duduk belakang aku tapi macam ke tepi sikit. boleh rasa hembusan nafas dia tepi telinga aku. aku sensitive. geli.

aku toleh wajahku ke arahnya. "kak mel ke tepi sikit" ujarku perlahan. Dia kaku. Aku pun terkedu. tak sangka dekat sangat wajah kitaorang sampai hampir tersentuh hidung.

"ehem" mira berdehem. kitaorang tersedar.

"oh okey, erm ko, korang faham dah kan?" ahli kumpulanku hanya mengangguk faham.

"korang boleh start dah. setiap balutan 10 minit. korang boleh jadikan model dekat depan ni as model korang sendiri" ujar kak mel. seraya itu ahli kumpulanku bergerak. kak mel membuka semula balutan di tanganku.

"sorry" ujarnya perlahan. aku hanya mengangguk. apa tadi tu.

"Kay" sapa mira melihatkan aku tak lepas pandang dari kak mel apabila kak mel pergii.

"hang pasai pa?" soal mira.

"erk, aku okey je. nah tangan aku. balutlah. hihi. aku malas berfikir" jawabku.

"sebelum hang habaq kami tau dah aih" jawab mira.

hana yang memegang bandange di tangan menarik tanganku kasar.

"aww, sakit" aduhku. hanya mendapat jelingan dari hana. dah kenapa.

bukan main kasar dia balut tangan aku. bercakap pun taknak. ini dari takde sakit apa-apa terus jadi sakit ni.

"hana hang balut sat naih, aku nak pi tandas sat" ujar mira yang tetiba sakit perut. dia dekat mana-mana pun boleh membuang.

hana hanya mengangguk. akhir sekali, situation aku dengan hana sangat awkward. dia diam. aku diam. jadi aku kena mulakan perbualan. aku tak suka awkward².

"hana... awak okey tak?" soalku kepadanya. dia hanya membalas dengan jelingan. apa salah aku. aku ada buat apa-apa yang tak kena ke. haih.

"hana, saya ada buat apa-apa yang sakitkan hati awak ke?" soalku lagi.

dia menghembuskan nafasnya.

"takdelah, saya penat je. sorry" ujarnya lembut.

"betul ni" aku telengkan kepalaku menghadapnya. rapat sangat sampai terhenti perbuatannya. dia memandangku lama. lalu tersedar.

dia menolak kepalaku mengjauhinya dengan lembut.

"be, betullah" ujarnya pula. wajahnya memerah. hm panas ke. memang panas. dalam dewan ni takde aircond. setahu aku kolej nii kolej terbaik tapi takkan kerajaan taknak tolong langsung pasang aircond dekat sini. haih.

"dah" aku menekan punat jam randik menandakan kitaorang dah siap balutan. Kak mel menghampiri kitaorang.

"bagus dalam masa 8 minit awak dah siap. boleh buka balik and tunggu kawan awak yang lain atau nak tolong kawan awak yang lain pun boleh" aku dan hana hanya mengangguk. memang tak lah kitaorang nak pergi tolong yang lain. masing-masing malas.

yang mira ni balik dari tandas terus pergii bergaul dengan siapa-siapa entah. hyper sangat budak tu.

hana membuka balutan di tangan aku. kali perlahan-lahan. angin dah baik kot.

"awak lapar tak?" aku hanya mengangguk dengan pertanyaan hana. semua kerja-kerja fizikal ni membuatkan aku tersangatlah lapar.

"jom makan" ajaknya.

"bukan tak boleh keluar ke?" yelah kitaorang masih dalam program lagi. suka-suka hati je nak blah macam tu.

"yeke"hana mulai murung.

"saya ada biskut. kalau awak nak bolehlah buat lapik perut" ujarku. padahal biskut tuu untuk aku. tapi apakan daya. untuk crush semua boleh bagi.

"boleh ke?" soalnya lagi. kali ni nampaklah mata dia bersinar sikit.

"haah, kejap. saya gi ambik" ujarku terus keluar dewan menghampiri tote bag ku.

tbc...

CINTA HATI [gxg]Where stories live. Discover now