final kitaorang dah habis dan bermulalah cuti sem aku. cuti sem kolej aku nii tak lama pun, seminggu je. seminggu pun kalau berjauhan dengan crush pun tak boleh juga.
aku membuka lama chat Whatsapp aku dan hana. kenapalah kau nun jauh di sana. kalau tak aku dah ajak kau dating dah. iyeee rumah aku dengan dia sangat jauh. rumah aku dekat barat dia pula dekat selatan. memang jauhlah.
aku memandang siling kosong bilikku ini. btw birthday dia nak dekat dah and aku still tak tahu nak bagi apa lagi dekat dia. lama aku berfikir. lalu aku menelefon mira.
hello"sapaku.
"hello, haa awat?"
"kau dah tahu ke nak beli apa untuk birthday hana nanti" soalku. bising betul dekat sana. ni mesti budak ni keluar.
"dahh, awat? hang tak beli lagi ka"
"aku taktahu nak beli apa" aku mencebik. sejujurnya walaupun aku banyak tahu pasal dia, tapi secara spesifiknya takda benda istimewa pun yang aku boleh bagi dia.
"kau beli apa?" soalku
"botol air tyeso tuu. dia kata dia nak benda tu" ujar mira. aku hanya mengangguk saja. walaupun aku tahu dia taktahu aku tengah angguk
"okeylah mira, nanti aku fikir lagii. lambat lagikan. seminggu lagii cuti" ujarku. dia hanya meniya saja lalu kami menutup panggilan.
haih. aku dulu nak bagi hadiah dekat boyfriend aku pun tak serabut ini.
telefonku bergetar menandakan seseorang menelefonku.
aku melihat nama yang tertera. Haziq. wah panjang umur pendek akal. baru je terfikir pasal dia. mimpi apa dia ni nak call aku.
aku pun angkat.
"hello" sapaku
"hello, hii sayang"sayang acik kau, bukan main lama kau tinggal aku tetiba nak bersayang dengan aku.
"nak apa" aku pun malas nak layan
"jom keluar. esok. i nak settlekan hal kita" finally, free juga kau.
"okey, pukul berapa? dekat mana?" soalku pula
"pukul 12. I pick up you"
"okey" aku mematikan panggilan. akhirnya aku boleh settle masalah aku dengan dia.
aku naik bosan duduk dekat rumah. aku ni sangat malas untuk keluar tapi bosan pula duduk rumah. takde langsung aktiviti menarik yang boleh hiburkan hati.
tetiba aku terfikir nak stalk crush kejap. dia ada bagi ig private dia dekat aku. tengoklah bertapa rapatnya aku dengan dia sampai dia bagi private ig tau dekat aku.
aku stalk dia. dia banyak post pasal kawan dia dekat sini. dekat main account dia takde post langsung.
tetiba mataku tertancap pada satu gambar. gambar dia tengah pegang bouquet bunga dengan berpakaian baju graduation sekolah dia.
omg dia puny senyum nampak lesung pipit tu comel gila
that's will be my favorite picture. hahaha, gila kan aku. tapi crush kot, tipulah kalau korang tak pernah buat macam tu dekat crush korang. eii comel je dia. nii boleh tenung gambar ni pagi petang siang malam.