bosannn. aku berbaring di atas katilku tanpa berbuat apa-apa. aku melihat sekeliling bilikku. kosong. Hana dia join bola jaring. Mira tu memang tak reti duduk bilik. Hui xing pula join badminton.
aku ni, bukannya malas nak join apa-apa aktiviti. tapi aku memang takde talent nak join sukan-sukan ni. kaki aku berat sangat. bukan kaki je. tangan kepala haih semua berat nak join sukan-sukan ni.
lagi satu sukan ni berpeluh. aku tak suka buang lemak dalam badan aku ni. cukuplah lemak aku ni tak naik-naik. inikan pula nak buang dia. memang tidaklah.
seraya tu telefonku berbunyi menandakan notification Whatsapp. aku membuka. rupanya group classmate perempuan aku. aku pun buka.
Qis
jom jalan-jalanAin
jommmalang-alang aku macam bosan aku ikut jelah. aku pun dah makin rapat dan selesa dengan kawan perempuan class aku tu. kelakar² je semua. masuk air.
jom lah. pukul berapa?
kak mel
pukul 5 jumpa dekat cafeoh kak mel pun ikut. okeylah. entah kenapa aku rasa aura pelik dengan kak mel ni. dia punya clingy lain macam.
Aku menunggu mereka di cafe. terlihat qis dan ain sudah tiba.
"lambat 5 minit" ujarku.
"5 minit je kak, bukannya 5 jam" jawab Ain. mahu sahaja aku lepuk budak ni.
"kak mel lagi lambat wehh" jawab qis pula.
"penat ni ha menunggu. dengan korang pun lambat. dasar melayu. tak tepati janji ishh³" balasku lagi.
qis menampar aku sedas.
"adoi, sakitlah" aku mengosok-gosok bahuku yang dipukul.
"membebel pula engko ehh. tuu kak mel dah sampai" sampuk Ain.
"kak mel takde training ke hari ni?" soalku seraya kak mel mendekati kami.
"takde. hari ni cuti training" jawabnya. kak mel ni player volleyball. kuat oo tangan dia. kalau sepak melayang orang.
"jomlah, kita pergi koop dulu, aku nak beli aiskrim. jalan-jalan makan aiskrim" qis dan ain berjalan berdua di hadapan. aku dan kak mel seiring berjalan di belakang.
classmate aku yang lain semua takde sebab masing-masing ada training sebabtu lah tinggal kitaorang berempat je.
################################
Sedang sedap aku menjilat aiskrim strawberry aku. Aku terasa ada bola terkena tanganku sehingga aiskrim aku terjatuh ke bawah.
"kau okey tak kay?" soal si ain. aku tidak memandangnya langsung. malah merenungi aiskrim strawberry aku yang selamat di atas jalan tar itu. mencair sedikit demi sedikit.
"kay! kau okey tak. ada luka mana?" soal Qis yang concern. aku tak peduli lansung pasal mereka.
"aiskrim aku. tuu last. stock yang ada dekat koop. aiskrim aku tuu hm" aku hanya meratapi aiskrim aku itu.
"kay takpe hari lain kita beli eh" hm hari lain tak sama rasa dia dengan hari ni.
"meh sini siapa yang baling bola sampai jatuhkan aiskrim kesayangan aku tu. meh sini aku jijak² dia, aku gigit² kepala dia biar sampai botak" sempat aku meroyan dekat situ sebelum Hana mendekat, terus dicovernya aku.