CH 12

1.3K 55 0
                                    

"masuklah"ujarku seraya membuka pintu bilik. hana pun turuti. dia melabuhkan punggungnya ke atas katilku. aku meletakkan barang-barangku dan barangnya ke tepi.

matanya tak lekang meneliti setiap inci bilikku. bilik aku ni tidak lah besar mana. cukuplah seorang perempuan untuk duduk dalam ni.

"hana" aku berdiri di hadapannya. membawa fokusnya kepadaku. dia mengdongak sedikit memandangku.

"awak okey tak?" soalku kepadanya. aku rasa kesian sebab macam-macam jadi dekat dia.

"okey je. nampak macam saya sakit ke?" soalnya senyum palsu.

"haah nampak sakit. mata merah. rambut serabai. macam tak terurus dah"ujarku kepadanya. dia hanya memandang ke bawah.

aku menyentuh lembut dagunya lalu ditolak lembut memandangku.

"saya bawa awak sini nak hilangkan rasa sedih dalam diri awak"ujarku lembut

"so awak jangan sedih-sedih dah okey" ujarku kepadanya. dia hanya tersenyum lembut. kesian dia.

baru lepas break lepastu ex boyf dia pula pergi fitnah dia. kawan dia pula lupa pasal dia. haih. memang patut pun dia sedih. jarang nak nampak dia sedih. kalau tak sebelum ni tersenyum je setiap masa. sakit juga tengok dia sedih macam ni.

"awak pergi mandi dulu, lepastu kita dinner" ujarku kepadanya. dia hanya mengangguk lalu mencapai barang-barang di dalam begnya. aku hanya memandangnya dengan pandangan simpati.

usai itu, tetiba dia memelukku

"thanks" ujarnya lalu memasuki toilet bilikku. aku mula membahang. serapat itu aku dan dia.

selesai kitaorang bersihkan diri dan dinner. kitaorang semua duduk dekat ruang tamu. bukan main mesra lagi mama abah dengan hana. mungkin diaorang rasa hana sebagai anak perempuan mereka.

yelah aku seorang je anak perempuan sorang dekat dalam family ni. seronoklah diaorang bila dapat lagi sorang.

"kay pergi buatkan air coffee" hah! aku? buat air? memang tidaklah.

"mama, kakak tak reti buat air kan" bisikku kepada mama. walhal hana memang boleh dengar. ingat aku tak nampak dia cover gelak dia.

"haih kamu ni" mama menampar aku sedas dekat bahu. sakit tau.

"kejap ye, mama pergi buat air kejap" ujar mama

"saya tolong" hana berdiri serta merta.

"ehh takpe, kejap je" ujar mama lalu beransur ke dapur. aku menyuruh hana duduk dan tenang. nampak sangat wajah dia rasa bersalah.

selang beberapa minit mama tiba dengan bawa 3 biji cawan dan sejug air coffee. kenapa mama bawa 3 biji cawan je? sebab aku tak minum coffee. coffee tak sedap.

aku menuang air ke dalam cawan-cawan tersebut dan hana menghirupnya sedikit.

"wah sedap" ujar hana kagum. mama memang pandai buat coffee. memang sukalah hana.

"sedapkan" lagak mama.

"sedap sangat" hana meneruskan minumannya.

"hana ni memang suka coffee. kadang hari-hari boleh minum coffee. kalau tak dapat coffee mahu shaking seharian" ujarku. sempat dapat jelingan kecil hana. haih comelnya.

"yeke! samalah macam mama. mama pun suka coffee" ujar mama excited.

iyee parents aku memang suka coffee. setiap malam mesti minum coffee. bahaya betul. aku sorang je dalam family ni tak suka coffee. anak pungut ke aku ni.

################################

"saya tutup lampu ehh" hana hanya mengangguk. aku pun menutup lampu lalu menghampiri hana di katil.

CINTA HATI [gxg]Where stories live. Discover now