Nayli, kawan hana. Haritu hana pernah ajak aku pergi bilik nayli sebab nayli sakit. aku takde masalah pun dengan si nayli ni tapi aku rasa si nayli ni yang ada masalah dengan aku. aku taktahu kenapa setiap kali bertembung dekat jalan mesti macam jeling-jeling aku. tapi padahal aku senyum kot.
aku ingatkan maybe sebab muka dia memang macam tuu. positivekan aku. tapii kalau aku jumpa dia depan-depan, dia bercakap dengan hana je. yang aku ni sikit pun dia tak pandang.
pernah sekali tu dia pandang hana bukan main senyum sampai ke telinga, nampak aku je macam pudar sikit senyuman dia. haih, ingat aku tak nampak kot. ke dia jealous aku dengan hana 24 jam je.
bukan apalah aku risau kalau aku ada sakitkan hati dia ke apa kan. yang aku tak perasan ke kan. tapi haih, banyak kali juga aku fikir apa yang aku buat. rasa macam takde. sebab jarang sekali aku jumpa dia.
kadang aku dengar cerita dari hana yang dia ni baik je, hati tisu tapi haih muka dia tak menunjukkan dia macam tu. risau pula aku.
"kay!" hana menegurku yang mengelamun sebentar. aku memandang hana yang membawa buku dan alat tulisnya ke arahku. sebenarnya aku tengah study dekat atas katil aku sambil meniarap.
"kenapa awak termenung lama sangat ni, apa yang awak fikir sampai saya panggil awak berkali-kali awak tak sedar ni""ujarnya. jelas riak wajahnya risau.
"takde apa" jawabku pendek. dia menggeleng lalu duduk bersila di lantai. katilku dijadikan mejanya. nak study sama-sama lah tuu.
"ni, nak tanya soalan ni"ujarnya seraya menunjukkan soalan kepadaku.
"oh soalan ni"
aku mengajarnya sebentar dan kemudian kami masuk ke dalam dunia kitaorang sendiri.
tak lama lepastu,
"awak, awak lapar tak?" soalnya kepadaku memberhentikan penulisanku.
"sikit" jawab aku.
"kejap"lantas dia bangun dari duduknya dan menyelongkar almarinya.
dia mengambil 2 bungkus apollo kuning dan satu kotak pepero.
"nah. kalau nak makanlah" ujarnya seraya menghulurkan semua itu kepadaku.
"ambik potato dekat bawah meja saya tu" dia pun hanya menurut mengambilnya lalu letak disebelahnya.
aku mengucapkan terima kasih sahaja lalu sambung buat kerjaku.
"kay, berhentilah buat kerja kejap. saya ngantuk. boraklah dengan saya" ujarnya. aku pun memandangnya, meletakkan pen di tangan. aku ni kalau dah fokus memang dah tak layan orang sekeliling. tapi kalau cinta hati yang minta kita kenalah turuti kan.
"haa yelah. buka topik cepat" ujarku seraya mengambil sekeping potato.
"err saya taktahu nak borak apa" ujarnya pula. haih, tadi dia yang ajak borak.
"sebenarnya lama dah saya nak tanya awak" fokus dia kepadaku.
"awak pakai product apa dekat rambut awak ni. rambut awak silky walaupun awak color rambut"soalku membuka topic
"oh saya pun taktahu. rambut saya memang semula jadi cantik" aku memandangnya memuji diri sendiri.
"colour merah memang sesuai sangat dengan awak. saya teringin nak colour rambut tapi saya takut rambut saya rosak" ujarku lagi. betul apa. aku takut nak colour hm.
"thanks" dia merapatiku lalu mencapai rambutku yang terkulai.
rapat sangat ni sampai dapat bau wangian dia.
"rambut awak takdelah rosak mana pun" dia membelai lembut, menyentuh lembut rambutku. aku terbuai. mata kami bertembung lama. dekat sangat.
"awak, sejak bila awak declare dengan boyfriend awak" soalku mematikan suasana. kalau lama-lama macam tadi mahu aku cium dia nanti.
bahaya. bahaya
"sekarang baru awak nak tanya ke" jawabnya dingin. dia memberhentikan sentuhan kepadaku.
"baru ada masa"jawabku bersahaja padahal dalam hati tengah sakit. silaplah tanya soalan macam tu dekat dia. haih, diri sendiri yang sakit.
"baru lagi" jawabnya pendek. aku hanya mengangguk.
senyap seketika.
"saya tak cintakan dia pun" lantas mataku beralih kepadanya.
berharap.
"habis kenapa awak couple dengan dia?" soalku.
"entahlah"
hm red flag dia ni.
aku hanya senyap. tak tanya soalan dengan lebih lanjut.
kami pun sambung buat kerja masing-masing. kali ni lain, masing-masing sedang memikirkan sesuatu. tak fokus terhadap kerja.
"kay, jom main game" ajak hana. ngantuk lagi lah tu lepas buat kerja.
"apadia?" soalku menongkat dagu. sebenarnya aku pun ngantuk.
dia mengambil satu stick pepero.
"saya akan letak pepero ni dekat bibir awak"berkedip-kedip mata aku. hairan. apa yang dia nak buat sebenarnya.
"saya akan buat apa-apa je dekat awak. awak jangan gerak atau lari. kalau awak gerak atau lari. awak kalah" ujarnya. macam bahaya je.
"kalau awak kalah awak kena belanja saya coffee" ujarannya hanya mendapat anggukan dariku.
aku mengubah tempat dudukku dengan lebih selesa. aku bersila lalu menggigit pepero yang diberi.
dia pun mengubah tempat duduk di hadapanku.
"saya mula eh" ujaranya hanya mendapat anggukan dariku.
cupp
dia mendekatiku lalu mencium pipiku. jangan kata wajah aku dah membahang sangat dah ni.
lalu dia mengigit pepero yang bersambung denganku sedikit demi sedikit. itu membuatkan jarak antara kami berdua semakin nipis. bauan dia dapat aku hidu. aku menutup mataku rapat. dia mencapai leherku mungkin taknak aku bergerak sangat.
rapat sangat. rapat sangat-sangat. bibir kami hampir bersentuh.
"hampa! aku ada bawa goreng pisang cheese. jom makan sama-sama" lantas kami berdua menjauh apabila mira memasuki bilik.
kami berdua diam. wajahku membahang sangat. aku tak mampu nak pandang hana sekarang ni.
"hampa, hampa okey tak ni? aku ada bawa balik pisang goreng cheese ni. jom makan sama-sama" ujar mira lagi. masih tiada sahutan dari kami berdua.
"aik awat muka hampa dua merah?" soalan mira lagi membuatkan wajahku membahang.
"erkk, pisang cheese ke? beli dekat acik cafe eh" hana menjawab. tapi boleh nampak lah muka merah dia.
"japgi saya join, saya nak pergi tandas kejap" ujarnya lalu keluar dari bilik.
"okey" mira meletakkan goreng pisangnya di atas meja.
"kay, apa jadi?" soal mira seraya mendekatiku.
aku memandang mira perlahan-lahan.
"mira cuba sentuh dada aku" ujarku lalu mengambil tangan mira dan letakkan tapak tangannya ke dadaku.
"hah! laju betui. apa jadi dengan hampa dua" mira sendiri boleh jadi saksi bertapa gementar dan seronoknya aku.
"panjang cerita dia mira, panjang cerita" ujarku lalu menekup wajahku dengan tanganku sendiri. wajahku masih panas tak boleh lupakan ingatan tadi.
"parah dah hang ni" mira yang melihat hanya menggeleng sahaja dengan reaksiku.
jujur aku nervous nak mati. kalau dia ter kiss aku tadi. HAH! boleh pengsan aku.
tbc...